Bakes2bites Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa



Siapa je yang tak suka makan kek kan? Lembut, gebu dan manis di mulut menjadi sebab kenapa berat badan saya masih tak turun sehingga sekarang. Apatah lagi bila terjumpa pula page bakes2bites yang menjual kek mini pelbagai perisa di instagram, makin menjadi-jadilah selera makan kek saya


Kebiasaannya jika saya terasa nak makan kek, tak perlu tunggu lama. Suami akan terus dapatkan kek untuk saya. Bukan sepotong tapi sebiji kek terus. Tapi kalau kebetulan duit hanya tinggal beberapa keping dalam wallet, kek mini menjadi sasaran kami. Kek mini pilihan saya tentulah kek coklat manakala untuk suami, beliau lebih sukakan cheese cake.


Bakes2bites : Kek Mini Terengganu Pelbagai Perisa
Kebetulan pula terlihat page bakes2bites menjual kek mini pelbagai perisa dengan topping yang menarik dan berwarna-warni, terus hati saya tertarik untuk mencubanya. Selain daripada faktor kek yang cantik dan nampak lazat, bakes2bites juga beroperasi di Terengganu serta turut menyediakan servis cod kepada pelanggannya. Jadi mudahlah saya nak membeli


Tak perlu saya memandu ke Gong Badak Terengganu demi untuk mendapatkan kek mini pelbagai perisa daripada bakes2bites kerana pihak bakes2bites sendiri boleh hantarkan kek kepada saya dengan syarat sekurang-kurangnya saya membuat belian minimum. 

Jika tidak pun, saya boleh bayar sedikit cas penghantaran supaya kedua-dua pihak mendapat win-win situation. Saya boleh makan kek sedap dan pihak bakes2bites boleh hantarkan kek mini pilihan saya hingga ke depan pintu rumah


Lokasi penghantaran bagi servis cod kek daripada bakes2bites adalah di sekitar Gong Badak, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Penghantaran percuma bagi pelanggan yang berada di Gong Badak manakala bagi penghantaran ke sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, sedikit cas tambahan akan dikenakan sebagai duit minyak kenderaan ye


Pelbagai Perisa Kek Mini yang Sedap dan Menarik
Untuk memenuhi nafsu makan saya terhadap kek, tanpa teragak-agak saya terus mencuba lima jenis kek mini daripada bakes2bites. Antaranya adalah chocolate moist cake, indulgence cake, pandan cheese cake, oreo cheese cake dan vanilla cheese cake. Setiap kek mempunyai keistimewaan masing-masing dari segi rasa dan toppingnya juga tentulah berbeza


Di antara kelima-lima kek tersebut, indulgence cake adalah antara kek yang paling berjaya menambat selera kami sekeluarga. Kek yang tebal, lembut dan gebu ditambah pula dengan topping daripada cream cheese dan pure chocolate ganache menjadikan setiap suapan ke dalam mulut sangat menyelerakan. Tak hairanlah mengapa kek ini menjadi kek pertama yang habis dimakan oleh kami dalam masa sehari sahaja


Selain daripada kek indulgence, chocolate moist cake dan oreo cheese cake juga berjaya merangsang nafsu makan tanpa henti saya. Meskipun setiap lapisan kek diperbuat daripada jenis kek yang sama iaitu chocolate moist, namun perbezaan topping menjadikan setiap satu kek mini tersebut menghasilkan rasa yang berbeza dan lazat.


Puas hati kami makan kerana setiap bekas diisi penuh dengan kek. Bagi suami, kek yang paling disukainya tentulah yang berunsurkan cheese. Bukan lima jenis perisa kek mini ini sahaja yang dijual oleh bakes2bites, malahan bakes2bites turut menghasilkan perisa kek mini yang lain seperti chocolare cake dan chocolate nutella cheese cake.


Bagi pelanggan yang ingin membuat belian kek bersaiz besar, tiada masalah kerana bakes2bites juga turut menjual dua jenis kek bersaiz besar iaitu chocolate moist cake dan chocolate marble cake. Jadi pelanggan mempunya pilihan untuk meraikan tetamu dalam majlis perkahwinan dengan kek mini bersaiz kecil atau mengadakan majlis makan malam bersama keluarga terdekat dengan pilihan kek bersaiz besar


Macammana nak Order?
Harga bagi satu bekas kek mini pelbagai perisa ini adalah di antara RM7 hingga RM12 sahaja. Bagi pelajar yang turut ingin mencuba kek mini daripada bakes2bites namun mempunyai masalah wang belanja yang terhad, jangan lupa untuk tunjukkan id pelajar kepada pihak bakes2bites. Kenapa? Kerana awak akan mendapat potongan harga


Bagi yang berminat untuk membuat pembelian atau tempahan kek mini pelbagai perisa dengan bakes2bites, boleh hubungi atau whatsapp terus ke nombor >> 013-434 0960. Tapi jika awak nak tengok contoh kek yang dijual terlebih dahulu, bolehlah singgah ke page >> bakes2bites di instagram


Buat masa ini, bakes2bites masih lagi beroperasi daripada rumah. Namun diharapkan semoga bisnes kek mini pelbagai perisa bakes2bites akan berkembang maju dan dapat membuka kedai jualan suatu hari nanti seterusnya mengembangkan jualan hingga ke sekitar kawasan perumahan saya pula. Jadi makin senanglah saya nak membeli :D


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/11/bakes2bites-kek-mini-sedap-terengganu-pelbagai-perisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Pandan Mini

Kek Pandan Mini

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 399 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini KK dapat tempahan sebiji kek mini kek saiz enam inci kek ni comel je sebab tak besarMasih kek pandan mungkin musim orang terasa nak makan kek pandan mujurlah kat rumah ni tak pupus daun pandanIni...
Makan Tengahari Di Restoran Singgang Budu Kuala Terengganu

Makan Tengahari Di Restoran Singgang Budu Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 2285 hits
restoran Singgang Budu Kuala Terengganurestoran Singgang Budu Kuala TerengganuMasakan kampung sangat menyelerakan Di Terengganu makanan tradisi seperti ikan singgang biasanya di makan bersama budu acam pelik sikit kan tapi itu la yang orang...
Makan Di Hotel Uitm Dungun Terengganu

Makan Di Hotel Uitm Dungun Terengganu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1014 hits
Hotel UiTM Dungun TerengganuJalan jalan terengganu jika sampai di Dungun boleh la makan makan di Hotel UiTM Dungun Tapi biasalah kan harga pun harga hotel la juga Memang mahal dari warung warung biasa Tapi dari segi rasa makanan di sini men...
Uptown Kontena Terengganu

Uptown Kontena Terengganu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 919 hits
Uptown This container is located in Gong Badak Kuala Terengganu or more specifically in the coastal area of Kampung Pantai Tok Jembal Containers providing food and beverage service in Uptown This container is called Dapo Pata which means be...
Terengganu Won T Turn Into Taliban State

Terengganu Won T Turn Into Taliban State

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 182 hits
The guidelines drafted to govern matters related to entertainment culture and tourism in Terengganu next year would not have a negative impact to the point of it being labelled as a Taliban state State Syariah Education and Higher Learning ...
Terengganu Lakar Sejarah Jaguh Ragbi Malaysia

Terengganu Lakar Sejarah Jaguh Ragbi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 196 hits
SERDANG 23 NOVEMBER 2019 Pemain Terengganu meraikan kejayaan muncul juara selepas menewaskan Sabah 26 24 pada perlawanan akhir rugbi Piala Agung 2019 di Kompleks Sukan UPM STR OWEE AH CHUN Mereka adalah jagub baharu sukan ragbi Malaysia apa...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang

Sultan Mizan Suggests Implementation Of Vertical Farming In Terengganu