Sedang Hamil Kembar Terfikir Macam Mana Nak Menyusu Bayi Nanti Ikuti Panduan Ini


Adakah ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba untuk memudahkan proses penyusuan.
Cara menyusu anak kembar
Sekiranya anda seorang ibu bayi kembar, penyusuan susu badan boleh menjadi 2 kali ganda mencabar pada permulaannya. Ini kerana terdapat 2 mulut perlu diberikan susu, 2 badan kecil untuk diseimbangkan dan 3 individu harus mengetahui cara penyusuan yang betul.

Semestinya, manfaat susu badan yang banyak menjadikan segala usaha berbaloi. Apabila anda berjaya untuk mengetahui rentak dan cara menyusu anak kembar, pasti segalanya akan dirasakan mudah. Malahan, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencuci botol susu, kan?
Jadi adakah ibu-ibu sekalian sudah bersedia untuk mengetahui rahsia cara menyusu anak kembar?
Jadual penyusuan bayi kembar
Umumnya, untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran, bayi perlu menyusu 8 hingga 12 kali dalam sehari. Jika dipecahkan, ia dikira sebagai sekali setiap 2 hingga 3 jam, siang dan malam.
Setiap sesi penyusuan akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 minit. Tetapi disarankan untuk ibu menunggu bayi memberi isyarat bahawa mereka sudah selesai sebelum menghentikan sesi menyusu badan.
Bagi permulaan cara menyusu anak kembar, ibu dinasihatkan untuk melakukan penyusuan mengikut jadual yang sama. Namun, harus diingatkan bahawa setiap bayi kembar mempunyai personaliti, selera makan dan corak penyusuan yang berbeza.
Jadi ibu perlu cuba menyesuaikan cara menyusu anak dengan keperluan mereka; di mana seorang anak mungkin perlu lebih kerap menyusu berbanding yang lain. Ada sesetengah ibu yang akan membiarkan bayi menentukan jadual penyusuan mereka.
Bagi yang lain pula akan menyusu mengikut permintaan bayi kembar pada waktu siang dan kekal dengan jadual penyusuan pada waktu malam. Terpulang pada apa pun cara dan jadual penyusuan bayi yang dipilih, pastikan anda memastikan setiap anak menyusu dengan baik. Jika mahukan lebih teratur, anda boleh mencatatkan setiap sesi penyusuan susu badan yang dilakukan.
Tip & cara menyusu anak kembar
Anda mempunyai pilihan untuk melakukan cara menyusu anak kembar bersama atau secara berasingan. Tiada masalah langsung untuk anda memberikan bayi kembar menyusu pada waktu yang sama, jika boleh.
Tetapi selalu kebanyakan ibu yang pertama kali belajar cara menyusu anak kembar, akan melakukan sesi penyusuan bayi kembar mereka secara seorang demi seorang pada permulaannya.
Penyusuan bayi kembar pada masa yang sama
Apabila seorang bayi terjaga untuk menyusu, bangunkan juga anak yang lain. Ini akan membantu anda meluangkan masa sebanyak mungkin antara tempoh penyusuan dengan waktu berehat atau tidur. Bagi melakukan penyusuan secara serentak, anda mungkin memerlukan pertolongan semasa menyusu untuk menyesuaikan posisi atau sokongan kepada si kembar.
Menyusu anak seorang demi seorang
Jika tiada sokongan yang diterima semasa sesi penyusuan, atau mungkin salah seorang anak lebih kecil, ia boleh menyukarkan untuk melakukan penyusuan secara serentak.
Dalam situasi sebegini, anda mungkin mahu menyusukan anak seorang demi seorang pada 1 masa. Tetapi jika boleh, ia pasti akan lebih memudahkan jika anda dapat melakukan sesi penyusuan bersama.
Posisi menyusu badan untuk bayi kembar
Sebenarnya, terdapat banyak cara menyusu badan untuk anak kembar yang boleh dilakukan. Namun ia akan bergantung kepada tahap usia mereka. Umumnya, tiada cara boleh diklasifikasikan sebagai ‘kaedah yang betul’ atau sebaliknya. Tetapi ia lebih kepada memilih posisi yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan si manja.

Antara contoh cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba adalah seperti:
#Underarm
Posisi yang paling praktikal ini dikenali sebagai twin, football, clutch atau underarm. Ia dianggap sebagai kedudukan paling mudah untuk dilakukan jika bersendirian atau mempunyai bayi kecil. Cara ini juga dikatakan sebagai posisi paling menyelesakan jika anda menjalani pembedahan C-Sec, kerana tidak memberikan langsung tekanan pada bahagian perut.
#Front V
Posisi yang digelar front v ini membolehkan anda menyusu sambil bersandar dengan lebih selesa. Ini terutamanya jika waktu penyusuan bayi kembar dilakukan pada waktu malam. Anda juga boleh melakukan kaedah menyusu badan ini dengan cara duduk yang lebih selesa, jika mahu.
#Parallel
Penyusuan yang dikenali sebagai parallel ini lebih mudah dilakukan kepada bayi yang lebih berusia. Ini kerana anda akan kurang mengawal bahagian kepala mereka. Dalam posisi menyusu ini, kedua-dua bayi akan dibaringkan dalam arah yang sama.
Untuk melakukan penyusuan badan untuk bayi kembar, antara peralatan yang paling berguna adalah bantal penyusuan. Terdapat bantal yang direka khas untuk membantu penyusuan anak kembar. Kegunaan bantal tersebut sudah tentu untuk memberikan sokongan dan memudahkan bayi menyusu ke payudara ibu.
Dapatkan bantuan jika perlu
Pada permulaan, anda mungkin berasakan cara menyusu anak kembar adalah sukar, tetapi elakkan daripada berputus asa. Jika mengalami sebarang masalah, dapatkan rundingan dengan pakar. Berbincang dengan wanita lain yang berpengalaman menyusukan bayi kembar juga boleh membantu anda.
Usah malu meminta pertolongan pasangan atau ahli keluarga dalam menguruskan keadaan rumah. Ini membolehkan anda lebih fokus untuk menyusukan anak-anak. Paling penting, perbanyakkan bersabar, okay?

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Sedang Hamil Kembar & Terfikir Macam Mana Nak Menyusu Bayi Nanti? Ikuti Panduan ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sedang-hamil-kembar-terfikir-macam-mana-nak-menyusu-bayi-nanti-ikuti-panduan-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Bangkit Daripada Trauma Semalam Ini Penjelasan Pakar

Macam Mana Nak Bangkit Daripada Trauma Semalam Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 316 hits
SETIAP daripada kita mesti mempunyai kisah silam sendiri yang tidak dapat dilupakan walaupun sudah lama berlalu namun ia masih segar dalam ingatan Igauan lama yang bersarang dalam kepala ini agak sukar untuk dibuang jauh sekaligus menjejask...
Boleh Ke Kejutkan Bayi Untuk Menyusu Ini Panduan Yang Wajib Mama Papa Tahu

Boleh Ke Kejutkan Bayi Untuk Menyusu Ini Panduan Yang Wajib Mama Papa Tahu

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 327 hits
Eh dah pukul 1 petang sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur Hmmm perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja Ini ada cara bangunkan bayi untuk menyusu yang boleh ibu cuba semoga berjaya W...
Hiburan Saya Hilang Arah Tak Tahu Nak Buat Macam Mana Fara Hezel Cemas Anak Terperangkap Dalam Kereta

Hiburan Saya Hilang Arah Tak Tahu Nak Buat Macam Mana Fara Hezel Cemas Anak Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 504 hits
Penyanyi Fara Hazel berdepan detik cemas apabila anak lelakinya Tengku Muhammad Aisy Al Abidin Petra terperangkap di dalam kereta yang terkunci selepas beriadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementFara at...
Bukan Benda Burvk Nak Disorokkan Akhirnya Neelofa Jawab Sendiri Khabar Angin Sedang Hamil

Bukan Benda Burvk Nak Disorokkan Akhirnya Neelofa Jawab Sendiri Khabar Angin Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 587 hits
TELAHAN peminat tentang kehamilan Neelofa hampir tepat apabila selebriti itu meminta orang ramai bersabar sementara menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan Walaupun tidak memberi apa apa pengesahan tentang berita baik itu isteri kepada ...
Orang Dulu Kreatif Fikir Macam Mana Nak Ingat Dekat Allah Mai Ustaz Sekarang Semua Tu Bidah

Orang Dulu Kreatif Fikir Macam Mana Nak Ingat Dekat Allah Mai Ustaz Sekarang Semua Tu Bidah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 640 hits
Orang Dulu Kreatif Fikir Macam Mana Nak Ingat Dekat Allah Mai Ustaz Sekarang Semua Tu Bidah Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam Bukhar...
Dayah Bakar Kongsi Momen Anak Main Bola Dengan Baba Comel Awal Awal Dah Gelak Macam Mana Nak Main

Dayah Bakar Kongsi Momen Anak Main Bola Dengan Baba Comel Awal Awal Dah Gelak Macam Mana Nak Main

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 290 hits
Pengacara yang dikenali ramai Dayah Bakar yang telah menetap di Canberra Australia bersama suami dan anak kecilnya dilihat sering berkongsi video2 indah buat tatapan para pengikut di laman Instagramnya Sebelum ini Dayah berjauhan dengan sua...
Tahniah Renggo Arrow Kahwin Kali Ketiga Isteri Dedah Macam Mana Dia Cari Renggo

Tahniah Renggo Arrow Kahwin Kali Ketiga Isteri Dedah Macam Mana Dia Cari Renggo

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 451 hits
Kuala Lumpur Penyanyi Renggo Arrow 52 mengesahkan sudah berkahwin buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan Hairoliza Hanafi 44 pada 22 September lalu di Masjid Kampung Pulau Lima Pasir Puteh Kelantan
Hiburan Sentuh Macam Mana Tu Dsv Wanita Pertama Disentuh Netizen Hairan Dengan Pernyataan Iqbal

Hiburan Sentuh Macam Mana Tu Dsv Wanita Pertama Disentuh Netizen Hairan Dengan Pernyataan Iqbal

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 298 hits
Kemunculan usahawan yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai iaitu Iqbal Zulkefli dalam sesi siaran langsung Datuk Seri Vida dengan muka yang masam tidak tersenyum baru baru ini telah menarik perhatian ramai ARTIKEL BERKAITAN Advert...
Hai Dulu Sakan Nak Berperang Oktoberfest Sekarang Maciam Mana

Hai Dulu Sakan Nak Berperang Oktoberfest Sekarang Maciam Mana

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 281 hits
BOB KELANANGDULU Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini menjelaskan bahawa parti itu menentang penganjuran pesta arak Oktoberfest kerana ia diadakan secara terbuka di tempat awam dan tidak ada jaminan bahawa umat Islam tidak a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities