Sebutan Doa Selepas Tasyahhud Kurang Tepat Adakah Membatalkan Solat



SOALAN:
Sekiranya sebutan semasa membaca doa sebelum salam kurang tepat atau salah, adakah ianya termasuk dalam perkara “mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat” yang merupakan salah satu perkara yang membatalkan solat?

JAWAPAN
Solat merupakan di antara ibadah yang paling utama bagi seorang Muslim. Ianya juga merupakan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada hamba-Nya di akhirat kelak berdasarkan hadith Nabi SAW:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ بِصَلَاتِهِ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab dengannya oleh seorang hamba itu adalah solatnya. Jika sempurna (solatnya) maka dia akan beruntung dan berjaya. Namun, jika rosak solatnya maka dia binasa dan rugi.” [HR al-Nasa’ie (465)]

Solat yang sah dan sempurna adalah yang memenuhi rukun-rukun serta syarat-syaratnya.

Berdoa sebelum salam

Di antara waktu yang mustajab yang mana kita digalakkan berdoa padanya adalah pada penghujung solat. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili R.A bahawa Rasulullah SAW ditanyakan:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرُ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
“Wahai Rasulullah, doa apakah yang paling didengari?” Lalu kata Rasulullah SAW: “Di pertengahan malam dan pada penghujung solat fardhu.” [HR al-Tirmidzi (3499)]

Dalam hadis tersebut jelas menunjukan kepada kita bahawa di antara waktu yang mustajab padanya doa ialah pertengahan malam dan penghujung solat fardhu.

Penghujung solat bermaksud selepas tasyahhud dan sebelum salam sebagaimana yang telah dinukilkan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah bahawa gurunya telah memilih pandangan ini. [Lihat: Zad al-Ma‘ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad (1/295)]

Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis-hadis berkenaan doa sebelum daripada memberi salam menyatakan bahawa dibenarkan bagi setiap orang yang mendirikan solat untuk berdoa dengan apa jua doa yang dikehendaki. [Lihat: Fath al-Bari (2/318)]

Berkata-kata di dalam solat

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, secara asasnya kita mengetahui bahawa berkata-kata ketika solat dengan selain daripada bacaan-bacaan di dalam solat boleh membawa kepada batalnya solat tersebut.

Syeikh Salim al-Hadrami telah menyenaraikan 14 perkara yang membatalkan solat, salah satu daripadanya ialah bercakap dengan dua huruf yang dapat difahami secara sengaja. [Lihat : al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja (Terj. PMWP), m/s: 152 ]

Larangan tersebut adalah berdasarkan hadis, daripada Zaid bin Arqam R.A, katanya:

كُنَّا نَتَكَلَّمُ فِى الصَّلاَةِ يُكَلِّمُ أَحَدُنَا أَخَاهُ فِى حَاجَتِهِ حَتَّى نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ (حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ) فَأُمِرْنَا بِالسُّكُوتِ
“Kami pernah berbual-bual ketika menunaikan solat. Seorang daripada kami bercakap rakannya tentang keperluannya sehinggalah turun ayat yang maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu’ lalu kami diperintahkan diam.” [Riwayat al-Bukhari (4260) dan Muslim (539)]

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa kata-kata yang dimaksudkan ialah kata-kata yang lain selain daripada al-Quran, zikir dan doa. Kata-kata tersebut dianggap membatalkan solat sekiranya mengandungi dua huruf dan lebih walaupun tidak memberi apa-apa pengertian. Begitu juga satu huruf tetapi ia mempunyai makna seperti qi (قِ) yang bererti peliharalah, `ie (عِ) yang bererti sedarlah, dan fi (فِ) yang bererti tunaikanlah.

Walau bagaimanapun, jika berkata-kata ketika sedang solat kerana terlupa atau tidak mengetahui tentang keharamannya disebabkan baru memeluk Islam, kedua-duanya dimaafkan sekiranya kata-kata tersebut sedikit, dan tidak melebihi enam perkataan. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/167-168)]

Kesimpulan

Setelah kami meneliti dalil-dalil yang dikemukakan, kami berpendapat bahawa berdoa sebelum memberi salam tidak termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkan solat. Malah, ianya merupakan antara tempat yang digalakan untuk berdoa berdasarkan hadis Nabi SAW.

Adapun kesilapan di dalam sebutan ketika berdoa tidaklah sampai kepada membatalkan solat kerana ianya tidak termasuk di dalam perkara-perkara rukun solat. Namun, kami menasihati agar perbaikilah bacaan doa dan sebutannya yang betul mengikut kaedah bahasa Arab, supaya maksud doa tersebut tercapai.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/sebutan-doa-selepas-tasyahhud-kurang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Kita Sedar Setiap Kali Kita Solat Inilah Doa Yg Kita Baca 17 Kali Sehari Jom Hafal Maksudnya

Tanpa Kita Sedar Setiap Kali Kita Solat Inilah Doa Yg Kita Baca 17 Kali Sehari Jom Hafal Maksudnya

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1651 hits
Tanpa Kita Sedar Setiap Kali Kita Solat Inilah Doa Yg Kita Baca Sekurang kurangnya 17 Kali Sehari Jom Hafal MaksudnyaAssalamualaikum Dahsyatnya doa duduk diantara dua sujud Doa yang kita baca pada dalam solat kita Robighfirlii Warhamnii Waj...
Sempit Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amal Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

Sempit Nak Kumpul Duit Untuk Kahwin Amal Surah Al Insyirah Setiap Hari Selepas Solat

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 870 hits
Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu Hanya 7 kali dibaca setiap setelah solat tapi masih kamu ...
Doa Selepas Berwudhu

Doa Selepas Berwudhu

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 816 hits
Sumber Ya Allah jadikanlah kami di antara orang yang bertaubat dan jadikanlah kami di antara orang yang suci Amin
Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat Isyak Amp Doa Buat Harimau Malaya

Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat Isyak Amp Doa Buat Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 451 hits
Perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari dilihat masih terasa bahangnya Kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan Malaysia benar benar memberi semangat luar biasa kepada pemain dan juga penyokong untuk mengharungi per...
Adakah Memasukan Supositori Ke Dalam Dubur Membatalkan Wudhu

Adakah Memasukan Supositori Ke Dalam Dubur Membatalkan Wudhu

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 623 hits
SOALAN Sekiranya dimasukkan supositori ke dalam dubur seseorang yang dalam keadaan berwudhu apakah batal wudhu nya JAWAPAN Supositori merupakan pepejal ubat yang dimasukkan ke dalam dubur uretra atau kemaluan wanita kemudian ia dibiarkan la...
Amalkan Zikir Ini Selepas Solat Jika Kita Ada Sebarang Masalah Ustaz Kazim Elias

Amalkan Zikir Ini Selepas Solat Jika Kita Ada Sebarang Masalah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 785 hits
Amalkan Zikir Ini Selepas Solat Jika Kita Ada Sebarang Masalah Ustaz Kazim Elias 2019 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kenapa Apabila Jadi Kerajaan Pemimpin Nampak Kurang Cerdik

Kenapa Apabila Jadi Kerajaan Pemimpin Nampak Kurang Cerdik

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 415 hits
Semasa jadi pemimpin pembangkang semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PH nampak Power lagi mengagumkan Segala hujah nampak macam fakta yang tepat Pada masa BN jadi kerajaan kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin mereka nam...
Tabiat Pemakanan Kanak Kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi Menurut Kajian Seanuts I

Tabiat Pemakanan Kanak Kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi Menurut Kajian Seanuts I

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 461 hits
Menurut tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes hampir satu daripada 10 kanak kanak terbantut untuk usia mereka dan dalam 20 kanak kanak mempunyai masalah kurang berat...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing