Sebulan Selepas Langkah Sheraton




Oleh Hasmi Hashim

DR Li Wen Liang mati. Dia merupakan doktor pertama yang merawat pesakit yang terkena koronavirus di Hospital Besar Wuhan, Disember tahun sudah.

Mulanya Dr Li menyangkakan pesakitnya dihinggapi virus SARS – yang pada 2003 juga pernah menggegar dunia dan meragut lebih lapan ribu jiwa. Di dalam grup WeChat, Dr Li memberitahu kawan-kawan doktor yang pernah belajar bersamanya, bahawa “SARS kembali”! Kembali ke China.

Pemerintah China mengesan perbualan Dr Li di dalam talian. Dia kemudiannya ditahan dan disoal-siasat. Tidak cuma itu, Dr Li turut ditekan dan dipaksa agar tidak menyebarkan apa yang ditemuinya, kepada umum.

Ternyata virus berkenaan bukan SARS, tapi koronavirus. Pesakit yang dirawat Dr Li pula nampaknya bukan satu-satunya yang sudah terhinggapi. Pada ketika sama, perayaan Tahun Baru Cina pun tiba.

Antara lain, perayaan utama dan besar di China itu telah menjadi tapak menyebarnya Covid-19. Memang ada laporan awal yang menyebutkan kerajaan China cuba menutup cerita wabak berkenaan serta di satu waktu, memberikan angka yang dibuat-buat, termasuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Atas sifatnya Parti Komunis yang memerintah China, akhirnya Covid-19 menular ke puluhan negara lain – akibat tiada ketelusan dan berita yang benar.

Ketika Dr Li meninggal, ratusan orang menghantar jambakan bunga ke halaman hospital. Dr Li dianggap wira nagara.

Di sebalik cerita ini, di Malaysia, bagi segelintir orang, mereka juga mahu tetap menutup mata.

Mereka menolak untuk mempercayai fakta bahawa, wujud hubungan “Langkah Sheraton” dengan gelombang kedua wabak Covid-19 yang kini menjangkiti lebih 1500 orang, membunuh 14 jiwa dan “membekukan” aktiviti di seluruh negara.

Merebaknya virus ini sah berpunca daripada perhimpunan jemaah tabligh di Sri Petaling. Belum wujud kluster lain yang lebih besar dan signifikan. Perhimpunan itu diadakan dari 27 Februari hingga 3 Mac lalu.

Dan ia telah berjaya diadakan dalam keadaan kekosongan pentadbiran kerana rampasan kuasa yang berlaku pada 24 Februari – tiga hari sebelum perhimpunan jemaah tabligh bermula.

Dalam kekosongan itulah, tiada pengawalan oleh mana-mana pihak – negara belum punya perdana menteri dan anggota Kabinet.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sedar atau tidak telah mengakui perkara ini.

Dalam sidang media harian pada 22 Mac, beliau menjelaskan tidak dimaklumkan mengenai perhimpunan jemaah tabligh.

Dr Noor Hisham hanya dimaklumkan oleh rakan sejawat dari Brunei. Kes pertama di Brunei datangnya daripada seorang peserta jemaah di Sri Petaling. Di sinilah titik balik yang membongkar segala-galanya.

Tapi sayang bagi kerajaan tajaan Muhyiddin-Azmin kerana sepertinya sudah terlewat untuk mengekang gelombang kedua.

Sayang juga kerana Dr Noor Hisham sudah begitu berkesan ketika menjalankan tugas bersama Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelumnya merupakan menteri kesihatan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang digulingkan.

Sebagai rekod, sehingga 24 Februari ketika berlakunya “Langkah Sheraton”, jumlah pesakit Covid-19 ialah 22 orang. Memetik kenyataan Dr Noor Hisham lagi, kesemua pesakit itu telah pulih dan dibenarkan keluar wad.

Dalam kata mudah, tanggungjawab Dr Dzulkefly sebagai menteri kesihatan ketika gelombang pertama sudah selesai, dengan tanpa korban nyawa.

Pesakit yang meninggal sepertimana yang dilaporkan sejak 17 Mac merupakan kes daripada gelombang kedua.

Oleh itu, sekali lagi, bagaimanakah ada orang yang tetap mahu menutup mata atau memutar fakta-fakta di atas dengan penafian bahawa ketiadaan kerajaan selepas rampasan kuasa bukan sebab utama wujudnya gelombang kedua?

Apa yang menyedihkan, kelompok yang membuat rampasan kuasa sebahagiannya memang berada dalam kerajaan PH sejak awal.

Mustahil kesemuanya – yang duduk dalam Kabinet – tidak tahu bahawa dua hari sebelum mereka melancarkan “Langkah Sheraton”, sekurang-kurangnya dua kota di Itali sudah dikuncitara atau “lockdown”.

Bayangkan kalau di Itali pada tarikh-tarikh yang sama wujud rampasan kuasa seperti di Malaysia, tentulah keadaan akan menjadi sangat-sangat buruk lagi.

Sesiapa pun tidak akan mampu membayangkan, betapa di saat satu dunia sedang berdepan dengan epidemik Covid-19, orang politik di negara ini sanggup meletakkan keselamatan dan nyawa rakyat di hujung tanduk.

Lebih sukar diterima, “Langkah Sheraton” itu pula digerakkan hanya kerana mahu menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.

Alasan mahu mendirikan “kerajaan Melayu-Islam” nampaknya hanyalah alasan untuk memainkan sentimen. Atas alasan itu jugalah, maka PAS dan Umno telah menjadikan lesen besar untuk menyokong satu tindak khianat paling besar dalam sejarah politik tanah air.

Pada ketika ini, nampaknya begitu sukar sekali untuk mencari seorang “Dr Li” dalam versi bangsa kita.

Selepas sebulan “Langkah Sheraton”, bahkan tidak ada tanda kekesalan. Apatah lagi maaf – betapa pun kesusahan yang menimpa rakyat, dan betapa pun nyawa yang melayang.

Semua ibarat boleh diselesaikan dengan pakej rangsangan ekonomi yang bakal diumum nanti.

Tepat pukul 2.08 pagi, Jumaat 7 Februari, doktor 34 tahun itu pergi setelah bertarung bukan hanya dengan penyakit, tapi dengan kuasa yang mahu menutup suaranya. Di situ, Dr Li tidak pernah kalah. Hitam tidak boleh jadi putih di mata seorang yang bersih hatinya. – 24 Mac, 2020

* Hasmi Hashim atau Budi Hekayat adalah penulis lirik dan antara pendiri kelompok kebudayaan Jalan Telawi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/sebulan-selepas-langkah-sheraton.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Thailand Bakal Isytihar Darurat Sebulan Perintah Berkurung Selepas 4 Kematian

Covid 19 Thailand Bakal Isytihar Darurat Sebulan Perintah Berkurung Selepas 4 Kematian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 254 hits
Bangkok 24 Mac Perdana Menteri Thailand Prayut Chan o cha mengumumkan kerajaan bakal mengenakan perintah darurat berikutan penularan COVID 19 yang semakin teruk Lapor beliau berkata perintah darurat itu akan berkuatkuasa selama satu bulan b...
Apa Jadi Selepas Sebulan Wuhan Lockdown

Apa Jadi Selepas Sebulan Wuhan Lockdown

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 335 hits
Wuhan Lockdown Sejak 23 Januari lalu kota Wuhan telah dikunci lockdown Tindakan itu terpaksa diambil oleh pemerintah China kerana penularan koronavirus di kawasan tersebut
Langkah Sheraton Dan Covid 19

Langkah Sheraton Dan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 261 hits
Sebulan selepas Langkah Sheraton Hasmi Hashim DR Li Wen Liang mati Dia merupakan doktor pertama yang merawat pesakit yang terkena koronavirus di Hospital Besar Wuhan Disember tahun sudah Mulanya Dr Li menyangkakan pesakitnya dihinggapi viru...
Bunga Citra Lestari Akhirnya Muncul Di Laman Sosial Selepas Sebulan Menyepi

Bunga Citra Lestari Akhirnya Muncul Di Laman Sosial Selepas Sebulan Menyepi

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 236 hits
Sepertimana yang korang tahu suami kepada Bunga Citra Lestari iaitu Ashraf Sinclair sudah sebulan meninggalkan kita akibat serangan jantung pada 18 Februari yang lalu di Indonesia Akhirnya Bunga Citra Lestari ataupun lebih dikenali sebagai ...
Langkah Langkah Selepas Pulang Beli Makanan Barang Ketua Keluarga Jangan Ambil Mudah

Langkah Langkah Selepas Pulang Beli Makanan Barang Ketua Keluarga Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 1491 hits
Langkah Langkah Selepas Pulang Beli Makanan Barang Ketua Keluarga Jangan Ambil Mudah Tempoh kawalan pergerakan ini memang menyukarkan pergerakan individu Maklumlah hanya ketua keluarga yang boleh keluar membeli barangan atau makanan Bagi ya...
Covid 19 Langkah Langkah Selepas Membeli Barang

Covid 19 Langkah Langkah Selepas Membeli Barang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 384 hits
assalamualaikum selamat petang hari ke 5 Malaysia berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020 hari ke 5 juga la saya setia duduk di rumah keluar sekadar di laman rumah baru 5 minit yg lepas saya melepaskan mr asben keluar ke Mydin MI...
Covid 19 Antara Dua Gelombang Dan Langkah Sheraton

Covid 19 Antara Dua Gelombang Dan Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 163 hits
COVID 19 antara dua gelombang dan langkah SheratonBerdasarkan senario yang berlaku gelombang pertama Covid 19 24 Februari 2020 hingga 15 Januari 2020 Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan bermakna dibawah pentad...
Covid 19 Dari Langkah Sheraton Kepada Lintang Pukang Kerajaan Pn

Covid 19 Dari Langkah Sheraton Kepada Lintang Pukang Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 342 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digambarkan oleh komponen utamanya Umno sebagai kerajaan syurga Melayu manakala Pas menyifatkan kerajaan ini mendapat restu dari langit kerana apa sahaja yang disertai oleh parti itu akan beroleh rahmat Apabila k...
Th Isytihar Agihan Keuntungan Selepas Zakat 3 05 Peratus

Th Isytihar Agihan Keuntungan Selepas Zakat 3 05 Peratus

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 231 hits
Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3 05 peratus membabitkan pengagihan keuntungan berjumlah RM2 1 bilion kepada semua pendepositnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 TH dalam kenyataannya di...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip