Covid 19 Dari Langkah Sheraton Kepada Lintang Pukang Kerajaan Pn



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digambarkan oleh komponen utamanya, Umno sebagai kerajaan ‘syurga Melayu’ manakala Pas menyifatkan kerajaan ini mendapat ‘restu dari langit’, kerana apa sahaja yang disertai oleh parti itu akan beroleh rahmat.
Apabila kerajaan ini diuji wabak Covid 19 maka rakyat mula menilai apakah kerajaan syurga Melayu atau Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai Cina DAP lebih baik? Ketika virus Covid mula bertapak di Malaysia pada 25 Januari, hanya empat orang yang disahkan positif. Mereka dirawat di hospital dan dipantau rapi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad.
PH pentingkan diri?
Meskipun hari ini penyokong Umno-Pas menghebohkan kononnya polisi pentingkan diri PH menerima pelancong China punca utama merebaknya Covid 19 namun fakta dari Kementerian Kesihatan menolaknya. Menurut kementerian, pelancong China yang dikuarantin di hospital tidak merebakkan virus kepada warga tempatan. Malah ketika itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengisytiharkan Covid 19 sebagai pandemik. Langkah menolak kemasukan pelancong China seolah-olah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.
Malah WHO pernah memberi pujian kepada Malaysia sebagai antara negara terbaik di dunia mengawal merebaknya virus Covid. Pujian itu tepat kerana pada 20 Februari, daripada 22 pesakit, 21 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan meninggalkan hospital. Gelombang pertama Covid berakhir.
Gelombang kedua Covid
Gelombang kedua Covid tidak disedari majoriti rakyat Malaysia. Gelombang ini tercetus akibat terabainya Kementerian Kesihatan apabila beberapa ahli politik desperado memulakan ‘Langkah Sheraton’ pada 22 Februari untuk mengulingkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir.
Akibatnya Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly meletak jawatan pada 23 Februari apabila kerajaan PH hilang majoriti. Situasi seterusnya, Kementerian Kesihatan ditadbir secara auto-pilot oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan mengikut sahaja polisi-polisi yang telah diluluskan pada era PH. Sebarang polisi baharu, langkah perubatan lebih ketat, langkah pencegahan atau peruntukan tambahan mengekang penyebaran Covid tidak boleh dilakukan kerana ketiadaan menteri yang memberi kata putus atau memohon peruntukan tambahan.
Walaupun pada 29 Februari Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kerajaan masih belum berfungsi. Beliau mengambil masa seminggu bagi melantik menteri kabinet termasuk Menteri Kesihatan. Oleh itu, terdapat lompang dua minggu ‘peluang terbaik’ virus Covid 19 memulakan gelombang kedua tanpa pemantauan rapi Menteri Kesihatan.
Ijtimak Tabligh
Ketika Langkah Sheraton tiba di penghujung, ijtimak Tabligh dianjurkan di masjid Sri Petaling, Selangor melibatkan 16,000 kehadiran. Sebanyak 14,500 peserta adalah warganegara Malaysia. Sekiranya Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly masih berkuasa ketika itu maka beliau pasti menasihatkan Perdana Menteri untuk membatalkan (mencegah penganjuran) himpunan tersebut.
Langkah ujian mengesan Covid 19
Tanpa sosok Menteri Kesihatan dan negara ditadbir oleh seorang PM interim dengan kuasa penasihat  maka terjadilah malapetaka yang tidak boleh dihindarkan. Salah seorang peserta ijtimak berasal dari Brunei kemudiannya disahkan  positif Covid 19 selepas kembali ke negaranya.
Langkah Kementerian Kesihatan mengesan peserta Tabligh di Malaysia mendapati lebih 500 kes positif covid berasal himpunan berkenaan. Malangnya, dengan fakta tersebut pun kumpulan penyokong Umno dan Pas masih menyalahkan kerajaan PH kerana tidak mencegah himpunan 27 Februari – 1 Mac itu, sedangkan ketika itu kerajaan PH sudah diguling.
Lock down huru hara
Apabila Covid 19 semakin tidak terkawal dan jumlah pesakit mencecah 190 sehari pada 15 Mac maka kerajaan PN mengenakan kawalan pergerakan ke seluruh negara mulai 18 Mac. Bagaimanapun kawalan pergerakan ini menjadi kecaman rakyat apabila PM Muhyiddin Yassin hanya mengumumkan tarikh bermula tetapi para menteri lain tidak tampil untuk memberi penjelasan lanjut apakah yang perlu dibuat oleh rakyat.
Kawalan pergerakan dilaksanakan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bagaimanapun tidak ada panduan lengkap untuk setiap aktiviti harian dikeluarkan MKN pada tarikh hal itu diisytiharkan.
Pelajar bersesak di terminal TBS
Akibatnya institusi pengajian tinggi mengarahkan pelajar yang berada di asrama meninggalkan kawasan sebelum 18 Mac. Puluhan ribu pelajar pulang ke kampung dan bersesak di stesen pengangkutan awam TBS membeli tiket dan berisiko menyebabkan virus tersebar luas. Menyedari kawalan pergerakan adalah laksana perintah berkurung maka pada 18 Mac, Menteri Pengajian  Tinggi memberi arahan pelajar boleh tinggal di asrama masing-masing.
Hal yang hampir sama berlaku apabila pihak polis pada malam 16 Mac mengumumkan sesiapa yang ingin melakukan perjalanan antara negeri wajib mengisi borang perlepasan. Namun pada malam itu juga Ketua Polis Negara menggantung arahan berkenaan apabila ribuan warga Kuala Lumpur beratur panjang di balai polis yang meningkatkan risiko penyebaran virus.
Huru hara ini menggambarkan kerajaan PN tidak faham apa yang perlu mereka lakukan dan para menterinya tidak kompetan menangani krisis kesihatan. Hal itu belum lagi kritikan para warga yang bekerja sendiri apabila dikenakan perintah kawalan pergerakan tetapi kerajaan enggan memberi bantuan sara hidup selama dua minggu.
Kerajaan hanya menawarkan bantuan kewangan RM600 sebulan bagi yang bergaji di bawah RM4,000. Hakikatnya, berpuluh ribu ketua keluarga di negara ini bekerja sendiri sebagai penjaja, kerja gaji hari, pelayan kedai makan, mekanik, tukang gunting dan sebagainya yang tidak termasuk dalam skim bantuan kerajaan.
Turki beri bantuan
Malaysia tidak mengambil langkah sebagaimana Singapura yang menyediakan elaun khas kepada pekerja terlibat. Jika diambil kira negara yang wabak covid masih tidak menggemparkan, seperti Turki misalnya, bantuan kepada rakyat marhaen diutamakan. Turki memperkenalkan bantuan gaji minimum kepada pekerja; bayaran hutang syarikat ditangguh selama 2 bulan; cukai penerbangan dikurangkan daripada 18% ke 1%; bayaran pencen ditingkatkan; cukai tidak dikenakan kepada hotel hingga November; warga emas 65 tahun ke atas menerima topeng muka dan pembasmi kuman percuma serta banyak lagi.
Manakala Qatar pula memberi tangguhan pembayaran hutang selama 6 bulan; makanan serta barangan perubatan dikecualikan cukai selama 6 bulan; pengangkutan awam digantung beroperasi dan pelajar memulakan pengajian secara atas talian sepenuhnya.
Sungguh pun Malaysia tidak sekaya Qatar namun pemberian bantuan segera atau membekalkan makanan serta peralatan perubatan percuma kepada warga miskin wajar dilakukan. Kumpulan itu tidak mempunyai cukup wang untuk sentiasa membeli cecair pembasmi kuman atau topeng muka.
Dalam masa sama, ahli-ahli parlimen PH walaupun tidak lagi mempunyai kerajaan mampu  melaksanakan inisiatif membekalkan makanan atau bahan keperluan asas kepada warga emas dan miskin. Kerajaan negeri PH juga membekalkan bantuan kepada warga memerlukan pada kadar segera. Apakah kerajaan PN yang mentadbir Malaysia tidak langsung mempunyai dana luar jangka untuk diagihkan pada waktu kecemasan?
Kegagalan kerajaan PN membantu rakyat yang memerlukan akan menyebabkan strategi kawalan pergerakan tidak akan berjaya. Rakyat berpendapatan rendah tidak mahu menunggu lama di rumah tanpa makanan asas. Mereka akan melakukan apa sahaja kerja untuk mencari wang. Mereka akan berniaga dan tidak menghiraukan perintah kerajaan.
Hadis beri amaran
Covid 19 bagi penyokong Pas digambarkan sebagai ujian Allah kepada sesiapa yang beriman. Namun mereka tidak sedar virus ini juga merupakan ujian kepada kerajaan pintu belakang yang mereka anggotai. Tanpa efisiensi dalam bertindak maka kerajaan ini sepatutnya meletak jawatan. Keberkesanan memerintah bukan bergantung kepada etnik Melayu atau Cina tetapi pemimpin mana yang boleh memberi idea/perkhidmatan terbaik.
Hal ini selaras dengan ajaran Islam sebagaimana hadis Rasullulah s.a.w. Dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah bersabda, “Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan amanah itu disia-siakan? Nabi saw menjawab: (Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah akan kehancuran” (Sahih Bukhari)
 
Kronologi penyebaran Covid 19
Gelombang Pertama
 
Januari:
Minggu 4 (24  – 29 Jan)                 8 orang
 
Februari:
Minggu 1 (1 – 6 Feb)                       14 orang
Minggu 2 (7 – 14 Feb)                     19 orang (5 pesakit baru)
Minggu 3 (15 – 22 Feb)                  22 orang (21 pesakit sembuh)
Minggu 4 (23 – 29 Feb)                  25 orang (3 pesakit baharu)
 
Gelombang kedua
 
Mac:
Minggu 1 (1 – 7 Mac)                      93 orang (pertambahan 68 pesakit)
Minggu 2 (8 – 14 Mac)                    238 orang (pertambahan 145 pesakit)
Minggu 3 (14 – 18 Mac)                  790 orang (pertambahan 552 pesakit)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26769

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Sheraton Dan Covid 19

Langkah Sheraton Dan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 261 hits
Sebulan selepas Langkah Sheraton Hasmi Hashim DR Li Wen Liang mati Dia merupakan doktor pertama yang merawat pesakit yang terkena koronavirus di Hospital Besar Wuhan Disember tahun sudah Mulanya Dr Li menyangkakan pesakitnya dihinggapi viru...
Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Pantas

Covid 19 Kerajaan Perlu Bertindak Pantas

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 294 hits
SELURUH negara bahkan seluruh dunia berdoa semoga kita berjaya mengatasi dugaan yang diturunkan oleh yang Maha Esa ke atas muka bumi ini dengan wabak membunuh COVID 19 Lapan kematian dengan lebih 1 000 kes di Malaysia adalah satu amaran bah...
Covid 19 Langkah Pencegahan Awal Untuk Diri Sendiri

Covid 19 Langkah Pencegahan Awal Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 739 hits
6 perkara penting yang boleh anda buat untuk mencegah daripada jangkitan Covid 19 Ia akan membantu mengurangkan risiko jangkitan Jom sama sama kita amalkan supaya ia cepat berakhir 1 Cuci tangan dengan kerap Kerap cuci dan bersihkan tangan ...
Gagal Bentuk Kabinet Pn Lintang Pukang Tak Stabil

Gagal Bentuk Kabinet Pn Lintang Pukang Tak Stabil

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 321 hits
Kegagalan Perikatan Nasional mengisi kabinet dalam seminggu menunjukkan kerajaan baharu ini tidak bersedia berbanding kerajaan Pakatan Harapan sebelumnya yang hanya mengambil masa 3 hari untuk memenuhi peringkat awal kabinet 5 menteri Menim...
Tekan Sebaran Covid 19 Kemendagri Dukung Langkah Pemda Imbau Warga Tunda Mudik

Tekan Sebaran Covid 19 Kemendagri Dukung Langkah Pemda Imbau Warga Tunda Mudik

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 164 hits
Pemerintah lanjut Tito akan bekerja sama dengan Gugus Tugas Covid 19 untuk mencegah kegiatan mudik bareng yang biasa sudah dilakukan di awal awal bulan puasa
10 Langkah Pencegahan Penularan Virus Covid 19 Di Pesantren

10 Langkah Pencegahan Penularan Virus Covid 19 Di Pesantren

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 290 hits
Terus bertambahnya jumlah pasien di Indonesia yang terinfeksi virus corona ini telah menunjukkan bahwa kondisinya untuk sekarang tidak bisa dianggap sepele lagi Apalagi dari tim medis sudah 6 orang dokter turut menjadi korban meninggal duni...
Enam Teori Konspirasi Langkah Sheraton

Enam Teori Konspirasi Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 353 hits
GENAP tempoh seminggu pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini cakap cakap politik dalam kalangan rakyat jelata masih jelas kedengaran di kedai kopi dan media sosia...
Covid 19 Kerajaan Negeri Sabah Melaksanakan 7 Larangan Baharu

Covid 19 Kerajaan Negeri Sabah Melaksanakan 7 Larangan Baharu

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 358 hits
AssalamualaikumBismillahPada 22 Mac 2020 Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan 7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid 19 Seperti yang korang sedia maklum Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan rekod jangkit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa