Th Isytihar Agihan Keuntungan Selepas Zakat 3 05 Peratus




Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus membabitkan pengagihan keuntungan berjumlah RM2.1 bilion kepada semua pendepositnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
TH dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, jumlah agihan keuntungan itu adalah RM1.2 bilion lebih tinggi berbanding RM0.9 bilion bagi tahun kewangan 2018.
TH berkata agihan keuntungan lebih baik itu didokong prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik berasaskan strategi pelaburan mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemat.
“Bagi tahun kewangan 2019, TH berjaya menjana pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3 bilion, di mana sejumlah RM1.2 bilion telah diperolehi dalam suku keempat.
“Secara keseluruhan, pendapatan pelaburan yang dijana TH adalah lebih stabil di mana pelaburan aset pendapatan tetap menjana 58 peratus pendapatan atau sebanyak RM1.9 bilion manakala pelaburan hartanah, ekuiti dan instrumen pasaran wang Islam masing-masing menyumbang RM0.5 billion (15 peratus), RM0.5 bilion (15 peratus) dan RM0.4 bilion (12 peratus),” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata perubahan strategi pelaburan TH kepada aset pelaburan yang lebih stabil turut berjaya mengurangkan tekanan akibat keadaan pasaran saham yang tidak menentu, antara lainnya, berpunca daripada ketegangan perang dagangan di peringkat global.
“Pada 31 Disember 2019, kedudukan kewangan TH kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM2.9 bilion (sebelum agihan keuntungan kepada pendeposit) berdasarkan jumlah aset RM74.3 bilion dan jumlah liabiliti RM71.4 bilion.
“Dengan pengurusan kos yang berhemat, TH telah berjaya mencatat keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM1.9 bilion, iaitu peningkatan 19 peratus atau RM0.3 bilion berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan lalu,” kata kenyataan itu.
TH berkata peningkatan keuntungan selepas zakat dicapai selepas mengambil kira RM86 juta bagi pembayaran zakat kepada majlis agama Islam negeri-negeri di Malaysia dan RM370 juta bagi mengurus dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah haji serta mengekalkan kadar bayaran haji RM9,980 (berbanding kos sebenar RM22,900) bagi setiap jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji buat kali pertama pada musim haji 1440 hijrah yang lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dalam kenyataan sama berkata, agihan keuntungan diisytihar TH itu adalah lebihan keuntungan pelaburan setelah mengambil kira perbelanjaan dan bantuan kos haji, bayaran zakat dan kos pengurusan.
“Oleh yang demikian, pendeposit TH bukan sahaja mendapat manfaat pulangan keuntungan ke atas simpanan mereka, malah turut menyumbang secara langsung dalam membantu jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5 dan golongan asnaf dalam menjaga kebajikan mereka.
“TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan oleh yang demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterimanya,” kata Nik Mohd Hasyudeen.
Beliau berkata TH akan terus berusaha untuk menambah manfaat ke atas simpanan pendeposit setelah peralihan kepada kontrak simpanan Wakalah dengan memperkenalkan pelbagai tambah nilai lain selain memastikan prestasi pelaburan mampan.
Pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan bermula 16 Mac ini menerusi kaunter- kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB atau secara atas talian di laman sesawang http://www.thijari.com.my dan portal internet Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-6207 1919. – AlHIjrah Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/13/th-isytihar-agihan-keuntungan-selepas-zakat-3-05-peratus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=th-isytihar-agihan-keuntungan-selepas-zakat-3-05-peratus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hibah Tabung Haji Diumumkan Dengan Agihan Pada Kadar 3 05 Peratus

Hibah Tabung Haji Diumumkan Dengan Agihan Pada Kadar 3 05 Peratus

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 258 hits
Setelah dinantikan ramai serta diumumkan sedikit lewat pada tahun ini Lembaga Tabung Haji pada hari ini telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3 05 peratus buat semua pendeposit Tabung Haji Agihan yang diumumkan pada t...
Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 470 hits
Kerajaan Belanda baru baru ini telah mengumumkan perintah lockdown kepada seluruh negara selepas wabak COVID 19 menyerang lebih kurang 1 000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut Walaubagaimanapun kelainan yang ditunj...
Wanita Ditahan Selepas Buat Ugutan Mahu Bunuh Perdana Menteri Baru

Wanita Ditahan Selepas Buat Ugutan Mahu Bunuh Perdana Menteri Baru

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 194 hits
Seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna Penny Tai telah ditahan setelah meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat wa...
Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 1356 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru m...
Felcra Arah Staf Bekerja Dari Rumah Selepas Seorang Ahli Lembaga Pengarah Disahkan Positif Covid 19

Felcra Arah Staf Bekerja Dari Rumah Selepas Seorang Ahli Lembaga Pengarah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 242 hits
SEORANG ahli lembaga pengarah syarikat FELCRA Berhad disahkan positif COVID 19 pagi tadi Ketua pegawai eksekutifnya dalam satu kenyataan akhbar berkata kali terakhir beliau berada di dalam bangunan Wisma FELCRA adalah pada 25 Februari lalu ...
Budak 3 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bersendirian Di Sebuah Ladang Kelapa Sawit

Budak 3 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bersendirian Di Sebuah Ladang Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 676 hits
Budak 3 tahun hilang selepas ditinggalkan bersendirian di sebuah ladang kelapa sawitSeorang kanak kanak lelaki berumur empat tahun dilaporkan hilang setelah ditinggalkan bersendirian oleh bapanya di sebuah ladang kelapa sawit di Rapak Baru ...
Najib Harap Pembicaraan Yang Adil Selepas Kerajaan Ph Jatuh

Najib Harap Pembicaraan Yang Adil Selepas Kerajaan Ph Jatuh

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 232 hits
Selepas dua setengah tahun kerajaan PH akhirnya tumbang dengan tindakan Muhyiddin membawa partinya Bersatu meninggalkan pakatan tersebut lalu bersama 11 ahli parlimen PKR diketuai Azmin Ali mereka mengadakan kerjasama dengan Umno dan PAS Un...
Selepas Johor Dan Melaka Pn Bakal Rampas 3 Negeri Lagi 9833

Selepas Johor Dan Melaka Pn Bakal Rampas 3 Negeri Lagi 9833

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 791 hits
DON T BRUSH IT OFF AGONG IMAGINE THE POLITICAL CATASTROPHE IF MUHYIDDIN AZMIN CARTEL CO PLOTTERS ARE INFLICTED DUE TO EX MINISTER S CLOSE CONTACT WITH CONFIRMED COVID 19 PATIENT MALAYSIA CHALKS LARGEST SINGLE DAY INCREASE IN CORONAVIRUS CAS...
Wanita Tua Kembali Hidup Selepas 10 Jam Disahkan Meninggal Dunia

Wanita Tua Kembali Hidup Selepas 10 Jam Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 257 hits
Baru baru ini seorang wanita warga Ukraine yang berusia 83 tahun dikatakan hidup kembali selepas 10 jam disahkan meninggal dunia di rumahnya Stryzhavka Dikatakan ahli keluarga telah mengaturkan pengebumian dan tempahkan paderi untuk jasadny...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara