Sebuah Pengalaman Di Myne Resort Kinabatangan


Assalamualaikum...

Sambungan kisah
MEDIA FAM TRIP TAWAU-LAHAD DATU-SANDAKAN

CUMA 35 minit sahaja,
pesawat Maswings MH3156 yang membawa kami selamat mendarat di Sandakan.


Waktu penerbangan pendek hanya membolehkan kami dihidangkan kacang dan pilihan air mineral atau milo kotak. Huii..  Rugilah kalau minta air mineral kannn..  😁😁 Dari lapangan terbang,  kami menaiki bas khas yang disediakan untuk ke Myne Resort Kinabatangan yang terletak di tepi Sungai Kinabatangan.


Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.



Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .

SUMBER



Kira-kira dua setengah jam menempuh perjalanan dari Lapangan Terbang Sandakan ke Bilit, akhirnya kami sampai ke Myne Resort Kinabatangan. Selepas menghilangkan dahaga dengan segelas minuman selamat datang, kami terus ke jeti yang terletak di Myne Resort bagi menaiki bot merentasi Sungai Kinabatangan menyaksikan kehidupan hidupan di pinggir sungai


Bila dah berada di tengah-tengah sungai kedua terpanjang di Malaysia tu,  dalam kepala ni cuma terbayang buaya biawak buaya biawak.. hahaha..  takut tapi seronok,  Alhamdulillah..  tak ada buaya tapi dapatlah tengok spesies monyet yang tak pernah Sk jumpa kat tepi-tepi jalan tu antaranya Proboscis Monkey dan Pigtail Macaque. 

Dia punya ekor tu geram jer tengok rasa macam nak tarik-tarik,  menyampah pun ada tengok sombongnya dia bergayut-gayut di dahan buat show 😂Selain tu ada jugak beberapa jenis burung..  ala.. burung pun nak jakun kan..  Itulah kita kena belajar tentang alam,  burung ke..  monyet ke..  semuanya makhluk Tuhan yang berbezanya kita ni antara makhluk yang paling bertuah di bumi Allah swt kerana diberi akal dan fikiran. Adeh..  Manalah pulak gambar burung Sk ni 😂😂😂

Siang makin tua,  matahari kian tenggelam,  burung pun dah pulang ke sarang bermakna kami juga perlu pulang ke resort. Tengok jam lagi lima minit menghampiri angka enam,  teringat pula matahari di Borneo lebih awal tenggelam dari Semenanjung

Badan pun dah longlai dan masham,  jomlah kita balik,  mandi dan solat.  Faham-fahamlah kalau ikut trip macam ni, masa tu mengejar kita ibarat pedang,  kalau kita tak potong dia,  dia potong kita.  

Bilik yang kami huni kali ini adalah untuk empat orang.  Kali ini Sk sebilik dengan Sis Lin,  Sunah dan novelis cintan cintun Illa Shanahila ko.


Selepas bersiap,  kami semua turun ke cafe untuk menikmati makan malam yang disediakan secara buffet.  Tengoklah pinggan Sk ni tak pernah tak penuh..  hahahaha. 

Oh ya, untuk aktiviti malam (Night Walk)  ni Sk tarik diri disebabkan masalah kesihatan.  Tak berani nak ambil risiko,  lebih-lebih lagi apabila membayangkan Jungle Walk yang Sk tempuhi pagi tadi sebelum ke sini. Jadi,  sebelum jadi apa-apa,  Sk tarik diri dulu la.  Sambil menunggu rakan media lain bergerak,  dengar macam kecoh-kecoh,  jenguk bawah lobi nampak macam ada sekawan gajah,  sekali tengok dekat..  lahhhh..  Khinzir rupanya 😤😤😤


Antara rakan media yang memasuki hutan di malam hari.  Kalau nak tahu kisah Night Walk ni,  anda bolehlah baca pengalaman rakan sebilik Sk ni

KISAH SHANAHILA

KISAH SUNAH

KISAH SIS LIN

Sementara menunggu rakan-rakan media pulang dari night walk,  Sk berehat di lobi resort bersama rakan dari tourism yang juga menarik diri dari aktiviti malam. Nak duduk bilik sorang-sorang?? Oooo..  Tidaklahhhh..  hahahaha


Myne Resort Kinabatangan menawarkan penginapan chalet di lereng bukit dan menghadap Sungai Kinabatangan dengan bilik luas dan selesa serta kelengkapan bilik mandi yang moden.
Bilik berhawa dingin dengan kemasan kayu ini turut dilengkapi kipas siling dan bar untuk membancuh minuman panas.  Anda juga dibekalkan dengan tuala mandi yang selesa.  Jadi,  bagi anda yang mencari-cari penginapan selesa jika ke sini apa kata singgah ke Myne Resort Kinabatangan. 

Hari ketiga :
Seperti semalam,  aktiviti bermula seawal jam 6 pagi.  Sekali lagi kami dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan.  Subhanallah..  Sungguh indah ciptaan Allah swt.  Menyaksikan langit dan hutan sambil menyusuri sungai yang dalam membawa satu pengertian hidup yang sukar diungkapkan. 

 Percaya atau tidak,  kali ini kami terserempak dengan Si Bujang Senang yang menghuni Sungai Kinabatangan.. errrrkk!  Pastinya,  kami bukan dibawa dengan 'tangan kosong' apabila melihatkan buaya-buaya itu seperti tidak hairan atau mungkin tidak sedar kehadiran mangsa di sekelilingnya atau sememangnya buaya itu 'vegetarian' sepertimana kata penduduk setempat.


Selesai bermain mata dengan buaya dan monyet yang kelaparan mencari makanan,  kami pulang ke resort untuk menikmati sarapan pagi.


Selepas membersihkan diri dan bersiap, kami berkumpul semula di lobi sebelum bertolak semula ke Sandakan. Sempat jugaklah mengabadikan kenangan di hadapan lobi Myne Resort bersama Puan Ena dari Tourism Sabah dan Cik Puan dari Myne Resort ni.
Pehhh..  Perut i..  🙈🙈🙈

Selamat tinggal dan Terima kasih
Myne Resort Kinabatangan

Myne Travel Sdn Bhd
1st Floor,  Blok S,  Lot No 8B,
Bandae Ramai-Ramai,  Jalan Leila,  90000 Sandakan,  Sabah

No Telefon :
+608 9223366/ 223377

Fax :
+608 9223355

Email :
[email protected]
[email protected]

Alamat :

Myne Resort Kinabatangan
Kampung Bilit,  Kinabatangan,  Sabah
+608 9278288 / 278291

 Jom kita menikmati makanan laut yang lazat di Pusat Makanan Laut Pasir Putih Baru 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/09/sebuah-pengalaman-di-myne-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aws Maxis Beri Tumpuan Kepada Pengalaman Pengguna Dalam Industri Peruncitan

Aws Maxis Beri Tumpuan Kepada Pengalaman Pengguna Dalam Industri Peruncitan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 211 hits
Pada acara AWS Transformation Day 2019 yang berlangsung pada minggu lalu pihak AWS dan Maxis telah berkongsikan kerjasama mereka dengan menggunakan perkhidmatan AWS dalam meningkatkan pengalaman pengguna dalam pasaran industri peruncitan Un...
Duel Pelatih Beda Pengalaman Bakal Mewarnai Laga Timnas Indonesia Vs Thailand

Duel Pelatih Beda Pengalaman Bakal Mewarnai Laga Timnas Indonesia Vs Thailand

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 204 hits
Dua pelatih asing akan beradu strategi dalam laga Timnas Indonesia kontra Thailand Timnas Indonesia bersama Simon McMenemy asal Skotlandia sementara Thailand bersama Akira Nishino yang merupakan pelatih asal Jepang
Kebiasaan Lama Sulit Dihilangkan Pengalaman Thailand Tangani Sampah Plastik

Kebiasaan Lama Sulit Dihilangkan Pengalaman Thailand Tangani Sampah Plastik

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 181 hits
Beberapa waktu lalu terjadi kehebohan di Thailand ketika bayi dugong ditemukan mati karena menelan sampah plastik di perairan dangkal Peristiwa itu membuat Thailand waspada tentang sampah plastik
Pengalaman Jaga Mak Di Hospital

Pengalaman Jaga Mak Di Hospital

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 339 hits
Pengalaman Jaga Mak Di Hospital Secara jujurnya belum ready nak kongsi pengalaman jaga mak di hospital baru baru ni Tapi memandangkan aku amat perlukan terapi menulis jadi aku luahkan dekat blog supaya hilang separuh beban dalam dada Mana m...
Pengalaman Membida Di Chilindo

Pengalaman Membida Di Chilindo

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 346 hits
Pernahkah anda membida Membida atau bid is offering a certain price for something especially at an auction So concept Chilindo adalah menjual barangan di laman webnya dengan cara membida Semua lelongan akan bermula pada harga RM0 10 dan and...
Pengalaman Pasang Lampu Garam Mewangi Di Rumah

Pengalaman Pasang Lampu Garam Mewangi Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 708 hits
Pengalaman Pasang Lampu Garam Mewangi di Rumah Hi guys beberapa hari lalu lampu garam yang ditunggu tunggu telah tiba dari Kelantan Hihi I m super excited to share with you guys the benefits of this salt lamp but first tengoklah dulu rupany...
Pengalaman Menginap Di Putrade Allsuites At Rpgc Ipoh

Pengalaman Menginap Di Putrade Allsuites At Rpgc Ipoh

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 341 hits
Pengalaman Menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Agak lewat cik en update pengalaman cik en menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh pada 17 Ogos 2019 yang lepas Memang jadual cik en agak padat lately ini tapi dah namanya blogger ses...
Pengalaman Luar Biasa Ini Dirasakan Penggali Makam Bj Habibie

Pengalaman Luar Biasa Ini Dirasakan Penggali Makam Bj Habibie

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 231 hits
Petugas penggali makam Presiden Ke 3 Indonesia almarhum Prof Dr Ir Ing Bacharuddin Jusuf Habibie mengisahkan pengalaman luar biasanya saat menggali liang lahat untuk BJ Habibie pada Rabu malam Saudi nama petugas penggali makam BJ Habibie be...
Pengalaman Baiki Laptop Di Baim Computer Service Tanah Merah Kelantan

Pengalaman Baiki Laptop Di Baim Computer Service Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 831 hits
Kedai repair handphone memang banyak di mana saja tapi tidak untuk laptop Akibatnya untuk mencari si tukang repair laptop yang bagus dan boleh dipercayai memang agak mencabar Lagi lagi untuk kawasan Tanah Merah Kelantan Selaku seorang blogg...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense