Pengalaman Pasang Lampu Garam Mewangi Di Rumah
Pengalaman Pasang Lampu Garam Mewangi di Rumah | Hi guys, beberapa hari lalu, lampu garam yang ditunggu-tunggu telah tiba dari Kelantan. Hihi. I'm super excited to share with you guys the benefits of this salt lamp but first tengoklah dulu rupanya yang cantik sangat ni!
Lupa nak ambil gambar masa unboxing parcel haritu. Basically, bila kita beli lampu ni, dia akan bekalkan dengan :
1) Batu Garam. Kalau bentuk basic murah saja, tapi kalau nak yang diukir dengan bentuk yang lebih cantik, lain pula harganya. Terpulang kita nak letak lampu tu di tempat orang nampak atau sekadar jadikan lampu tidur
2) Stand Lampu Garam. Aku tak pasti la dari seramik atau batu, tapi stand dia sangat cantik dengan corak marble tu. Nampak ekslusif dan mahal.
3) Mentol. Mentol ni dapat dua kotak (guna satu je dulu). Kalau terbakar boleh gantikan je, cari kat kedai yang mahal sikit baru tahan lama especially kalau kita memang nak pasang 24 jam.
Apa keistimewaan Lampu Garam Mewangi ni?
Menstabil dan mempertingkatkan kualiti udaraMembantu mengurangkan sebahagian besar bakteria dalam udaraMengurangkan tekanan dan keletihan kronikMenghilangkan migrain & peningMemberi ketenangan di pejabat & rumahFikiran lebih fokus terutamanya anak-anak buat ulangkajiMenjadikan tidur lebih lena serta segar apabila bangun tidurMembebaskan ancaman radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh barang elektrik
Semua pernyataan di atas boleh dibaca di pamphlet Lampu Garam Mewangi ni, tapi sejauh manakah kebenarannya? Cewahhh macam wartawan Majalah 3 pulekk....
Ok sebelum tu aku nak cakap yang aku tak menjual lampu ini mahupun dibayar untuk review ok, ini adalah pengalaman sendiri aku pasang lampu garam mewangi di rumah.
Lampu Garam Mewangi ini aku pasang di sudut ruang tamu rumah memandangkan kami suami isteri lebih banyak meluangkan masa di ruang tamu bila di rumah bergolek anak beranak dengan tiga ketul kucing kesayangan dunia akhirat kami.
Pengalaman Pasang Lampu Garam Mewangi di Rumah
Ada beberapa perkara yang aku dan suami perasan sejak pasang Lampu Garam Mewangi di rumah ni...
1) Bau dalam rumah lebih segar
Semua tahu aku memelihara tiga ekor kucing indoor. TIGA EKOR bukan jumlah yang sedikit bagi pasangan yang bekerja sebab masa untuk pembersihan hanya boleh dilakukan pada sebelah malam. Dan kami akan pastikan rumah kami takkan ada secalit pun bau kucing dalam rumah. Alhamdulillah, memang bau rumah sentiasa segar je, takda bau kucing langsung. Tak percaya? Datanglah rumahku boleh minum-minum teh lemon, hehe. TIbeee..
2) Menaikkan mood romantis selalu
Lampunya yang dim bila dipasang pada malam hari menimbulkan mood romantik tau...Nak tengok movie pun rasa sweet je jeling menjeling dalam kegelapan dan cahaya samar-samar gitchewww. Ewahh. Mohon jangan muntah hijau disini. Tak percaya? Cubalah sendiri ajak pasangan tengok movie sambil tutup lampu sekali sekala.
3) Menimbulkan suasana damai dan tenang dalam rumah
Tak tahulah ada scientific reason atau belum, tapi bagi aku, cahaya yang dikeluarkan malap-malap gitu ada aura tersendiri yang buatkan atmostfera sekeliling menjadi tenang dan damai. Bila rumah kita tenang, hati pun tenang, semua hidup berkasih sayang selalu. Moga Allah jaga kedamaian rumah syurga kecilku ini sampai hujung nafas. Aamiin.
4) Sesuai diletakkan di merata-rata
Merata-rata maksud aku di ruang tamu boleh jadi sebagai hiasan rumah (yang bermanfaat), di bilik tidur sebagai lampu tidur yang romantis, di bilik bacaan untuk stimulate mood untuk fokus membaca dan belajar dan juga di pejabat. Cuma jangan letak di toilet sudahlah, sebab dalam toilet udaranya lembap, jadi lampu akan cair nanti sebab lampu garam ni sensitif pada kelembapan.
Lampu garam ni boleh bertahan sehingga 10 tahun tauuuu korang. Memang sangat berbaloi. Kalau korang nak cuba sendiri lampu ni boleh dapatkan dengan agen yang sah tau.
Contact Puan Sariha untuk maklumat lanjut :
Facebook https://www.facebook.com/Sariha.Fadzli
Whatsappwww.wasap.my/60184020030
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2019/09/pengalaman-pasang-lampu-garam-mewangi.html