Pengalaman Jaga Mak Di Hospital



Pengalaman Jaga Mak Di Hospital Secara jujurnya belum ready nak kongsi pengalaman jaga mak di hospital baru-baru ni. Tapi memandangkan aku amat perlukan terapi menulis, jadi aku luahkan dekat blog supaya hilang separuh beban dalam dada.


Mana mungkin tak terkesan dengan apa yang terjadi. Pengalaman jaga mak di hospital ni tiada elemen seram melampau ya. Lebih kepada pengajaran untuk aku di masa hadapan.


Alhamdulillah untuk segala yang terjadi.


Aku mulakan cerita bila mak sakit semakin teruk. Apa sakit mak? Mak memang dah ada darah tinggi, kencing manis, gout dan masalah saraf. Ke semua dalam kawalan kecuali gout dan juga masalah saraf.



Mak Mula SakitTangan mak jadi kebas, dan jari membengkak tak boleh genggam. Pendek kata deria rasa mak dekat situ kurang berfungsi. Pendek cerita setelah melalui pelbagai pujukan dan drama air mata baru dapat pujuk mak ke hospital.


Bertahun mak menahan sakit terutama saraf dekat tangan. Simtom dia mak tak boleh pegang benda, kebas, panas tangan dan sakit. Bengkak juga. Sebelum ni bila di rujuk ke klinik, doktor akan beri ubat gout.


Beberapa minggu sebelum Raya Haji lepas, kesihatan mak dah mula menurun. Selera makan mak memang drop habis. Makan tapi tak banyak. Minum air tapi tak cukup. Sehinggalah Raya Haji mak makin teruk dan terlantar atas katil.


Malam Raya mak pusing kepala, muntah-muntah dan meracau sebab perut kosong dan tiada tenaga. Masa ni pujukan ke hospital masih lagi dikakukan. Tak berkesan bila mak kelihatan baik sekejap.


Mak Janji Nak ke HospitalKami adik beradik pegang janji mak bila mak kata akan ke hospital atau ke rumah anak-anak bila semakin teruk. Kami pegang kata-kata mak walaupun hati tak redha.


Ujian juga buat kami bila sentiasa risaukan kesihatan mak bila berjauhan. Mak tinggal dengan abang dan kakak ipar di kampung. Selang beberapa hari, abang update perkembangan mak.


Semakin tak mahu makan dan tak larat bangun. Akhir sekali kami adik beradik berpakat suruh abang yang tua pujuk mak ke hospital. Mak dengan abang yang tua memang kalah sedikit. Itu lah special anak sulong.


Mak Masuk Hospital


Maka bermula lah episod jaga mak di hospital. Pertama sekali aku panjatkan kesyukuran Allah beri kami peluang adik beradik untuk berbakti. Menjaga mak. Aku antara anak yang terawal bersama mak. Malam pertama aku dapat jaga mak di wad.


Seterusnya adik beradik lain ambil giliran. Malam bersama mak memang seronok. Mujur suami amat memahami. Dia izinkan aku jaga mak, dia pula uruskan anak-anak di rumah.


Jarak rumah dengan hospital, anak-anak walaupun kecil tapi masih boleh bekerjasama dan tidak meragam. Rezeki. Rezeki mak dan juga aku sendiri.


Walaupun mak kurang suka dengan hospital tapi sekurang-kurangnya kesihatan mak dipantau. Siap ambil darah, kencing disukat, makan minum juga dicatit. Dalam seminggu juga di hospital untuk tunggu keputusan darah.


Darah mak di hantar ke HKL dan ambil sekurang-kurang tujuh (7) hari untuk tahu keputusan. Suhu mak normal masa dimasukan ke hospital. Itu jadi tanda tanya. Gout dan tangan mak seperti biasa.


Lepas dapat tahu yang darah mak ada jangkitan kuman baru doktor bagi antibiotik. Doktor kata risau jejaskan buah pinggang.


Sakit tangan mak tu pun doktor siasat. Sebelum ni mak tak pernah dapat treatment yang khusus untuk tangan. Berkaitan saraf.


Bila sakit mak akan makan ubat gout termasuk ubat bengkak dan tahan sakit. Doktor klinik swasta pun beri ubat Gout. (aku tak salahkan doktor tapi kelemahan kami adik beradik gagal pujuk mak jumpa doktor)


Mak sangat trauma ke hospital. Mak risau akan ditahan di wad dan menyusahkan anak-anak bila kena jaga. Hai la mak. Kadang-kadang geram dengan mak, rasa nak gigit.


Betapa susah macamana sekalipun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Mak abah dah besarkan kami, kini giliran anak-anak tabur bakti. Itu pun masib belum cukup.  


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bila proses kemasukan mak ke wad, rujuk doktor dan jaga mak jadi mudah bila adik beradik ambil giliran.


Pengajaran dan kenangan yang aku rasa memang mahal harganya. Ujian ni juga buat hubungan kami adik beradik makin rapat. Walau ada berbeza pendapat, pecah kepala membuat keputusan, berperang perasaan nak jaga hati mak semuanya berlalu dengan baik setakat ni.


Kisah Seram Jaga di Hospital


Pengalaman bermalam jaga mak di hospital tu, mak tak dapat tidur. Aku pun. Orang kata malam pertama di tempat baru memang susah kan nak lelap mata. Mak dapat bilik single bed.


Waris yang tunggu pun selesa sebab kerusi tidur disediakan, aku memang sengaja tak tidur sebab nak pantau keadaan mak. Mak pula tak dapat tidur bila kerap terganggu.


Bila pejam mata mak kata nampak bayangan ramai orang, berwarna warni. Tu tak boleh lelap. Paling teruk ada satu ketika mak terkejut dan bangun tiba-tiba. Tanya aku ada panggil dan sentuh je suruh bangun.


Dengan muka serba salah aku sedapkan hati kata mak mimpi je tu. Masa tu sekitar jam dua (2) pagi. ayat AlQuran memang aku pasang je sepanjang masa. Memang mak tak tidur langsung la sehingga ke pagi.


Apa lagi memang mak ajak berborak la. Segala topik keluar. Lega mak positif, seram bila mak tak dapat tidur.


Tidur-tidur ayam orang kata. Lepas matahari mula naik baru mak berjaya lelapkan mata. Pagi tu baru dapat borak panjang dengan mak.


Masa nurse datang ambil bacaan darah, as expected darah naik sebab tak cukup rehat. Nurse mengiyakan dan senyum je bila sebut gangguan. Malam kedua mak lebih tenang. Dah hampir nak minta ubat tidur.


Perkara misteri lain tiada. Lega sangat.


Ujian jaga mak di hospital tak berhenti dekat situ. Lepas mak dibenarkan keluar hospital kesihatan mak merosot. Nanti aku buat sambungan entri kedua.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/09/pengalaman-jaga-mak-di-hospital-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menantu Masuk Hospital Mak Ayah Jadi Bidan Terjun Duduk Atas Pelamin

Menantu Masuk Hospital Mak Ayah Jadi Bidan Terjun Duduk Atas Pelamin

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 356 hits
Sudah menjadi kelaziman dalam setiap perkahwinan pasti akan diadakan majlis persandingan bagi meraikan serta memperkenalkan pasangan mempelai kepada sahabat handai dan juga saudara mara Namun begitu tidak semua perancangan yang sudah diatur...
Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh Mudah Jaga Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh Mudah Jaga Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 751 hits
Mengkhatankan anak pada usia masih bayi banyak kelebihannya Lebih lebih lagi pada usia 7 hari selepas dilahirkan Selain sunah prosesnya lebih mudah dan cepat sembuh Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan Mohd Yazid Ismail berkongsi pe...
Kecoh Nazim Othman Bertukar Menjadi Mak Nyah

Kecoh Nazim Othman Bertukar Menjadi Mak Nyah

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 582 hits
Kecoh semalam apabila Nazim Othman memuat naik gambarnya bersolek cantik Mulalah netizen tampil membuat spekulasi Nazim sudah bertukar menjadi mak nyah dan mengaitkan kegagalan rumah tangganya sebelum ini Menurut Nazim gambar tersebut dimua...
Rindu Yang Tak Terucap Mak

Rindu Yang Tak Terucap Mak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 650 hits
Rindu Yang Tak Terucap Mak Rindu Mak Hanya Allah yang tahu perasaanku saat ini Ya Allah pertemukanlah aku dengan mak dalam mimpi malam ini Sekalipun hanya mimpi itu dah lebih dari cukup Biarkan aku memeluk Mak tidur dalam riba mak dan melih...
Mak Sudah Pergi Tak Kembali

Mak Sudah Pergi Tak Kembali

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 412 hits
Ya Allah beratnya nak up posting ni Sedar tak sedar dah 4 bulan arwah Mak kembali ke Rahmatullah Mohon kalian sama sama sedekahkan Al Fatihah moga hidup kalian diberkati selalu Terima This is a content summary only Visit my website for full...
Baguslah Kalau Anak Tak Mintak Tengok Tv Atau Mengadap Hp Antara Sebab Kenapa Mak Ayah Perlu Beli Mainan

Baguslah Kalau Anak Tak Mintak Tengok Tv Atau Mengadap Hp Antara Sebab Kenapa Mak Ayah Perlu Beli Mainan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 581 hits
Ada mak ayah yang tidak suka membelikan mainan buat anak anak mereka Alasannya kerana dianggap sebagai membazir dan menyemakkan rumah ketika anak anak bermain Mak ayah jangan sempitkan fikiran anak sepahkan mainan sekejap sahaja bila mereka...
Semoga Mak Cik Misnah Terus Tabah

Semoga Mak Cik Misnah Terus Tabah

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 278 hits
USIANYA sudah mencecah 60 tahun namun atas dasar tanggungjawab dan kasihan terhadap suami yang sedang bertarung akibat kanser usus seorang wanita nekad mengambil alih tugas keluarga menjadi pemandu Grab bagi menampung kehidupan harian Berat...
Dulu Mak Hanya Tahu Toreh Getah Kini Ibu Naik Pesawat Selang Seminggu

Dulu Mak Hanya Tahu Toreh Getah Kini Ibu Naik Pesawat Selang Seminggu

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 434 hits
Perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza beza Bukan mudah untuk kita kecapi kesenangan jika tidak merasai sendiri erti kesusahan Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairu...
Marah Buat Anak Jadi Makin Keras Dan Degil Mak Ayah Perlu Tukar Nada Suara

Marah Buat Anak Jadi Makin Keras Dan Degil Mak Ayah Perlu Tukar Nada Suara

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 455 hits
Zaman kini dan dahulu nyata berbeza cara kita mendidik anak anak Tanpa dunia digital dan moden seperti hari ini anak anak menjadi patuh dalam mendengar kata ibu bapa Berbeza pula pada masa kini di mana anak anak selalunya diarahkan dengan k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba