Sebenarnya Keris Boleh Dipos Tapi


Oleh : Nik Aziz Afiq

Sebenarnya keris boleh dipos.

Saya bukan nak komen tentang kes YB Balakong tu betul atau salah, saya cuma nak cerita pengalaman sendiri.

Saya mempunyai kawan seperguruan silat yang menghasilkan dan menjual pelbagai alatan senjata termasuklah keris.

 
Ketika saya di kolej, kawan tersebut kirimkan keris itu pada saya. Memang terasa cuak sebab terfikir boleh ke lepas untuk di pos, satu lagi kerana saya duduk di asrama maka segala bungkusan akan sampai dan diterima di pejabat dulu.

Akhirnya hari yang mendebarkan itu tiba. Saya dapat panggilan telefon dari pejabat pentadbiran. Minta saya datang segera dengan suara tegas. Saya dah panik. Datang pejabat kerani pandang saya dengan serius, "awak order barang apa?"

Ah sudah, matilah aku. Dalam gagap saya tanya kenapa.

Dia angkat sebuah kotak panjang yang sudah terburai salah satu sisinya. Kemudian dia kata "saya tak tahu pulak ada orang main hoki kat sini".

Kahkahkahkah kawan saya label di bungkusan tu sebagai "ukiran kayu", tapi kerana saiz yang begitu panjang maka kerani pejabat anggap itu kayu hoki.

Balik bilik buka bungkusan lega tengok keris itu dah dibalut dengan banyak lapisan. Memang pandai cover. Keris itu panjang sehasta lebih. Kawan-kawan rapat yang biasa lepak bilik saya tahu tentang cerita keris ini.

Kualitinya sangat baik walau ini keris "baru" dimana keseimbangan sepuhan logamnya menyebabkan keris ini stabil untuk berdiri atas lantai. Pernah seorang kawan lain yang kini menjadi guru silat menduga saya (baca : membuli) dengan melontar/merejam keris panjang itu pada saya supaya saya dapat menangkap spontan. Luka jugaklah tangan kena kait dengan "tungkakan" keris tu.

Pernah berlaku spotcheck besar-besaran di asrama. Ada 4 barang yang sangat dilarang untuk disimpan dalam bilik seperti senjata, spare part motor, rokok, gitar. Keempat barang tu ada dalam bilik kami. Mujur hanya kantoi gitar dan kena amaran sahaja sedangkan keris ketika itu "ghaib" secara misteri. Hahahaha. Taklah kawan saya Azim sorokkan sebab nak bergurau, mujur jugak dia buat macam tu.

Keris panjang ini juga pernah dituduh mempunyai kuasa tertentu hingga dikatakan menikam belakang seorang kawan di rumah sewa hingga kawan tu jadi macam kena gangguan. Ada bomoh datang dan ambil keris itu untuk "dipulihkan". Ketika kejadian saya tiada dan bila dengar cerita tu saya tergelak sungguh.

Ini keris "baru". Kalaulah betul sekalipun ada gangguan yang patut dipulihkan ada indang/ayak yang bersebelahan posisi keris tersebut kerana itu pemberian keluarga angkat Asli saya untuk "perlindungan". Mungkin sebab rupa dia tak bahaya maka keris jadi mangsa. Hahahahaha

Dalam simpanan ketika ini saya ada dua keris. Satu keris yang diceritakan satu lagi keris pusaka pemberian datuk. Ini memang keris "lama" tapi saya dari hari pertama hingga hari ini masih bertegas untuk tidak "mengasap" seperti yang diminta.

Secara peribadi, saya kagumi keindahan keris, baik ada lok seperti keris "lama" saya atau yang lurus seperti keris "baru" saya. Mendengar penjelasan kawan-kawan dan guru-guru persilatan buatkan saya kagum dengan senjata ini.

Ia tidak direka untuk jadi tajam seperti pedang, ia diguna dengan cara menikam, kalaupun melibas hanya dengan "mata", menetak amatlah mustahil tetapi kalau mengadang boleh jadi senjata yang tembung boleh patah kerana keris ditempa dengan logam tebal dan padu. Bagi saya keris adalah senjata yang dicipta untuk mematikan musuh dengan cara seksaan yang perlahan.

Jadi moralnya disini, keris boleh di pos. Tapi tanpa pengetahuan pihak pos. Boleh maksudnya boleh dibuat bukan boleh dari segi undang-undang.

Tetapi dalam kes YB Balakong kita buat dua andaian. Pertama, jika kes ini benar, pasti ia menakutkan. Ugutan bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi melibatkan keluarga. Walau ada yang ketawakan keris itu tapi bagi dia dan keluarga itu boleh jadi trauma yang dahsyat.

Andaian kedua, dia berbohong, terutama bila dia bukanlah "watak utama" dalam isu perkauman sekarang, orang pun tak kenal dia ni siapa mari mana. Kalau Ramasamy ke, Kula, Waytha ke, Nie Ching, Steven etc kita tak terkejut orang nak buat ugutan macam ni. Ini macam saja nak create isu dan jika benar sengaja memang celaka betul sebab api perkauman tengah begitu marak.

Juga kenapa keris, keris mahal kot, baik bagi kepala ayam. Dekat pasar Semenyih melambak kepala ayam. Itu lebih menakutkan. Keris nak nak keris kahwin tu lebih dilihat hadiah dari ugutan sebab cantik dan kiut. Tidak dapat tidak ia dilihat untuk wujudkan situasi "ada ultra Malay nak attack aku"

Tetapi bila kita gabungkan kedua andaian tadi, maka lebih baik kita menjauhi sangka-sangkaan dan prejudis, biarkan pihak polis jalankan siasatan. Kalau andaian pertama betul, maka kita boleh tersalah menghina mereka yang terluka. Kalau andaian kedua betul, maka kita boleh tersalah simpati pada orang yang jahat.

Lebih baik kita buat apa yang patut kita buat dan tak buat apa yang patut kita tak buat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/08/sebenarnya-keris-boleh-dipos-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kelakar Boleh Buat Isteri Gembira Tapi Kadang Kadang Sakit Hati

Suami Kelakar Boleh Buat Isteri Gembira Tapi Kadang Kadang Sakit Hati

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 407 hits
Benarlah isteri sukakan suami yang pandai melawak dan kelakar Biasanya suami begini pandai bergurau dan ambil hati isteri ketika merajuk Tetapi mereka juga ada sifat tanggung jawab yang tinggi serta serius dalam sesetengah hal Bagi yang men...
Kau Kalau Tak Boleh Duduk Berjiran Pergi Dalam Hutan Pengadu Dakwa Disabotaj Jiran Tetapi Sebenarnya

Kau Kalau Tak Boleh Duduk Berjiran Pergi Dalam Hutan Pengadu Dakwa Disabotaj Jiran Tetapi Sebenarnya

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 204 hits
Ei apa perangai kau bangs t macam ni itu kata kata yang terpacul dari mulut si pengadu yang mendakwa jiran belakang rumahnya cuba menganiaya saluran paip rumahnya Video viral berdurasi 43 saat itu menunjukkan seorang wanita berusia 40 an me...
Berhentilah Buat Semua Benda Untuk Anak Nanti Jadi Pemalas Sebenarnya Dia Boleh Buat Sendiri

Berhentilah Buat Semua Benda Untuk Anak Nanti Jadi Pemalas Sebenarnya Dia Boleh Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 411 hits
Didik anak berdikari cara psikologi adalah keperluan untuk semua ibu bapa Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak masak manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku Mereka tid...
Gojek Boleh Beroperasi Tapi

Gojek Boleh Beroperasi Tapi

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 280 hits
TIADA mana mana syarikat yang dibenar memonopoli perkhidmatan teksi motosikal seperti GoJek sekiranya ia dibenar beroperasi di negara ini Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata meskipun pihaknya tidak berhasrat memperkenalkan p...
Memanglah Wangi Sedap Dicium Tapi Rupanya Boleh Buat Anak Sesak Nafas

Memanglah Wangi Sedap Dicium Tapi Rupanya Boleh Buat Anak Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 474 hits
Sudah menjadi kebiasaan usai memandikan anak dipakaikan bedak Tujuannya tiada lain selain untuk harumannya tetapi juga dikatakan baik untuk merawat masalah ruam jika ada Adakah pemakaian bedak ini perlu sebenarnya Artikel Menarik Petikan da...
Bukan Hanya Satu Tapi 2x Samsung Galaxy Note 10 Boleh Anda Miliki Dengan Pratempahan Melalui Celcom

Bukan Hanya Satu Tapi 2x Samsung Galaxy Note 10 Boleh Anda Miliki Dengan Pratempahan Melalui Celcom

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 401 hits
Pelan Celcom Easyphone membolehkan anda untuk melanggan pelan internet bersama telefon pintar terkini Memandangkan Samsung telah melancarkan telefon pintar terkini mereka baru baru ini Celcom telah membuka pratempahan untuk peranti terbaru ...
Betul Ke Mengintai Orang Lain Mata Boleh Ketumbit Ini Jawapan Dan Fakta Sebenarnya

Betul Ke Mengintai Orang Lain Mata Boleh Ketumbit Ini Jawapan Dan Fakta Sebenarnya

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 455 hits
Saya percaya ramai daripada kita pasti pernah terkena ketumbit pada mata sekurang kurangnya sekali dalam seumur hidup Pernah tak bila kita ada ketumbit mata kawan kawan tuduh kita mengintai orang lain Betul ke Hakikatnya ia adalah mitos dan...
Oso Boleh Saja Hidupkan Kembali Gbhn Tapi Harus Sejalan Dengan Pemerintah

Oso Boleh Saja Hidupkan Kembali Gbhn Tapi Harus Sejalan Dengan Pemerintah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 199 hits
Ketua Umum Partai Hanura itu pun setuju amandemen UUD 1945 dilakukan bila peran DPD RI diperkuat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game