Kerajaan Gagal Serba Serbi Patut Kibar Bendera Putih Ibrahim Ali



Kerajaan gagal serba serbi patut kibar bendera putih – Ibrahim Ali. Kerajaan gagal, ini adalah sentimen utama rakyat yang turut disuarakan Putra apabila 6,276 angka kes baharu yang di catatkan sehingga semalam (30 Jun 2021) diumumkan.
Dalam keadaan darurat dan juga “lockdown” separuh masak ini, angka kes baru ini menunjukkan kerajaan gagal segagal-gagalnya menangani pandemik Covid-19 seperti yang diharapkan rakyat, dan dicanang sebagai ‘kejayaan’ oleh kerajaan dan penyokong kerajaan.
Mengapa kerajaan? Pada pandangan saya, selaku seorang yang pernah berada dalam kerajaan dahulu dan pernah menjadi sebahagian daripada perangka polisi negara, pelan tindakan dan mekanisma pelaksanaan sangat lemah menjadi sebab kepada kegagalan secara menyeluruh pentadbiran negara Malaysia.
Dasar yang digubal adalah ‘flip-flop’ dan ‘double-standard’ yang lebih memihak kepada pihak kapitalis dan bukan ke arah kepentingan rakyat dan negara.
Pelan dan inisiatif yang ‘direka’ umpama melepaskan batuk di tangga, nampak sahaja gah apabila diumumkan tetapi dari segi impaknya kepada rakyat dan negara, bukan menyenangkan, malah makin menyusahkan dan menekan rakyat dengan pelaksanaannya oleh pihak kerajaan tidak menyeluruh dan mampan dalam erti kata lain tiada “thought through process”.
Dalam PKP 3.0 ini, hampir semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan “lockdown”, dan perniagaan tidak “essential”, seperti kedai alat tulis dan percetakan, salon gunting rambut, servis komputer dan telefon bimbit dan lain-lain tidak dibenarkan beroperasi. Sekolah pula terpaksa tutup akibat dari kes Covid-19 yang masih lagi tinggi.
Dalam keadaan kesempitan dan kesulitan,  anak-anak dirumah tetap terpaksa menjalani pembelajaran atas talian (PdPR) dan pada masa yang sama ada latihan-latihan yang diberikan memerlukan percetakan dan ada juga yang kehabisan alat tulis seperti kertas A4, buku latihan dan sebagainya.
Hal ini amat menyukarkan dan lebih buruk lagi jika peranti atau komputer mereka rosak, mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran akibat daripada kedai membaiki alat peranti dan komputer tidak dibenarkan beroperasi.
Ada pula ahli politik yang menangguk di air keruh dengan mencadangkan agar anak-anak yang tidak hadir ke kelas PdPR sebanyak tiga kali berturut-turut wajar digantung persekolahan.
Kezaliman apakah yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ini, dan adakah virus Covid-19 ini telah ‘merosakkan’ ahli politik Malaysia sehingga hilang kewarasan dalam berbicara hal ehwal kelestarian rakyat?
Kerajaan telah membelanjakan RM600 bilion sejak pandemik Covid-19 ini melanda negara. Ini adalah satu perbelanjaan yang amat besar akan tetapi masih lagi belum berhasil untuk menangani pandemik ini, malangnya menjadi lebih teruk berbanding tahun 2020.
Kerajaan boleh berbincang dengan pengusaha-pengusaha kilang dan pemilik hotel untuk menyewa dewan dan fasiliti mereka untuk tujuan mengagihkan vaksin.
Pengusaha hotel boleh hidup dan tidak perlu tutup atau buang pekerja. Apa guna melaksanakan darurat, jika kerajaan tidak boleh bertegas untuk kepentingan rakyat?
Bukankah di bawah kuasa darurat kerajaan boleh menggunakan apa sahaja hak swasta dan individu termasuk hak kebebasan bergerak rakyat?
Muhyiddin dijangka bawa nama Hishammuddin jika ‘terdesak’ menghadap Agong

Kerajaan gagal serba serbi
Jika dari awal lagi kerajaan bijak menguruskan kewangan negara bagi menangani pandamik Covid-19, pastinya perbelanjaan ini tidak perlulah sebanyak RM600 bilion kerana angka kes sudah menurun kepada 3 atau 2 angka sahaja.
Pepatah Melayu ada mengatakan “mencegah lebih baik daripada mengubati”, namun apa yang berlaku umpama “harapkan pegar, pegar makan padi”, harapkan kerajaan, kesusahan rakyat pula makin menjadi-jadi.
Mungkin ada yang mengaut keuntungan besar di musim darurat dan Covid-19 dari pembelian vaksin dan program vaksinasi yang bercelaru tetapi kos perbelanjaan yang tinggi.
Ini belum lagi mengambil kira faktor kerajaan yang gagal membawa masuk pelaburan dari luar negara bagi merancakkan ekonomi negara agar dapat meningkatkan pendapatan rakyat, dan  secara tidak langsung menjamin kestabilan ekonomi negara. Tiada kejayaan langsung yang boleh diperkatakan tentang kerajaan Malaysia masa kini. Hanya kerajaan gagal serba-serbi.
Apabila kerajaan gagal membawa masuk pelabur dan berbelanja sebesar ini, maka ia memberi impak negatif kepada mikro ekonomi iaitu ekonomi seharian rakyat.
Apabila ekonomi rakyat tidak rancak, ia akan mengurangkan peluang perniagaan secara tidak langsung peluang pekerjaan semakin sempit.
Dengan peningkatan kadar pengangguran, maka kadar jenayah dan penyakit-penyakit tekanan mental juga akan meningkat.
Dengan pelaksanaan PKP banyak sektor ekonomi seperti pelancongan, sukan, hiburan, peniaga kecil dan sebagainya terpaksa ditutup dan hilang pendapatan bagi menurunkan kes baharu pandemik ini.
Apabila “lockdown” yang dikuatkuasakan oleh kerajaan gagal mengekang kes baru Covid-19, sia-sia sahaja ‘pengorbanan’ rakyat dari segi hilang punca pendapatan dan simpanan yang makin menyusut dan akhirnya tiada apa yang tinggal jika pentadbiran kerajaan gagal ini berterusan.
Semak semula insentif pada rakyat
Tidak dapat dinafikan rentetan kegagalan kerajaan telah menimbulkan masalah baharu iaitu masalah psikososial yang berpunca daripada hilang sumber pendapatan dan juga perbelanjaan harian yang perlu ditanggung. Ini adalah salah satu faktor peningkatan kes bunuh diri di kalangan rakyat dan juga timbulnya inisiatif kibar bendera putih.  Ini membuktikan kerajaan telah gagal menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Sepatutnya kerajaan gagal yang mengibarkan bendera putih dan bukan rakyat.
Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Pelan Pemulihan, rakyat akan dapat moratorium bagi semua pinjaman bermula bulan Julai nanti. Tetapi rakyat perlu menghubungi pihak bank untuk memohon moratorium.
Tidakkah kerajaan sedar bahawa apabila melibatkan moratorium secara tidak langsung ia juga melibatkan penukaran perjanjian lama kepada yang baru? Tidakkah juga perdana menteri sedar bahawa apabila tempoh perjanjian sesuatu pinjaman pihak bank akan mengenakan caj-caj yang tertentu?
Banyak birokrasi yang rakyat perlu lalui semata-mata untuk melanjutkan tempoh moratorium. Kerajaan perlu fikirkan kaedah untuk meringankan beban rakyat untuk tidak membayar sebarang caj tambahan pada masa depan.
Apabila pengumuman moratorium dibuat, ia hanya melibatkan perkara pinjaman sahaja. Bagaimana pula bagi sewa rumah dan sewaan premis? Adakah kerajaan lupa, atau berpura-pura terlepas pandang bahawa inilah antara punca kerisauan rakyat dan peniaga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
Perniagaan tidak beroperasi tetapi sewa bulanan perlu dibayar begitu juga dengan penyewa rumah. Ini salah satu punca meningkatnya masalah psiko-sosial ini.
Dari sudut I-Citra pula, usahlah kerajaan bangga dengan meluluskan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana itu adalah wang simpanan rakyat. Sepatutnya kerajaan mencari dana lain untuk disalurkan terus kepada rakyat, bukan guna duit simpanan rakyat.
Oleh itu, saya menyarankan kepada pihak kerajaan, terutamanya perdana menteri, untuk menyemak semula inisiatif yang diberikan kepada rakyat agar ia berbentuk satu pelan yang menyeluruh dan mampan serta berpijak di bumi yang nyata dan bukannya semakin menyusahkan rakyat.
Berhentilah memperkotak-katikkan rakyat yang telah banyak merana atas kegilaan kerajaan yang lemah dan serabut ini. Banyak sumber kewangan rakyat telah dibazirkan dan hasilnya gagal. Inilah punca mengapa Parlimen perlu bersidang segera sebelum keadaan makin teruk. DYMM YDPA sudah 3 kali bertitah agar parlimen segera bersidang sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos 2021.
IBRAHIM ALI adalah presiden Putra.
Kerajaan gagal serba serbi patut kibar bendera putih – Ibrahim Ali Baca Artikel Menarik :
Bendera putih bukan bererti mengaku kalah Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO] Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Layari Laman Facebook MYKMU
Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

 
 
The post Kerajaan gagal serba serbi patut kibar bendera putih – Ibrahim Ali appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/01/kerajaan-gagal-serba-serbi-patut-kibar-bendera-putih-ibrahim-ali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kibar Bendera Putih Maknanya Kerajaan Gagal Total

Kibar Bendera Putih Maknanya Kerajaan Gagal Total

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 301 hits
Biar pun beberapa NGO yang menerajui kempen menolong rakyat dihimpit kesukaran ekoran pandemik Covid 19 tidak bersetuju mempolitikkan kempen Kibar Bendera Putih namun hakikatnya kempen itu merupakan kegagalan total kerajaan Perikatan Nasion...
Memperlekehkan Kibar Bendera Putih Tanda Hati Telah Hitam

Memperlekehkan Kibar Bendera Putih Tanda Hati Telah Hitam

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 498 hits
Mengibar bendera putih sebagai tanda seseorang itu memerlukan bantuan akibat kesusahan hidup disebabkan Covid19 yang melanda negara sekarang seolah olah sudah menjadi suatu fenomena Sudah ramai yang mengibarkannya dan serentak dengan itu ba...
Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 390 hits
Kempen kibar bendera putih andainya bekalan keperluan harian terputus yang dianjurkan oleh beberapa NGO turut disertai Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Menurut Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab sebagai tanda solidariti sayap pemuda itu tu...
Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

Bantuan Elak Kibar Bendera Putih Ini Kerana Tindakan Seperti Kalah Di Dalam Peperangan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 267 hits
KUANTAN Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar berkata perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat ...
Hanya Makan Bubur Penghuni Pusat Oku Di Tuaran Terpaksa Kibar Bendera Putih

Hanya Makan Bubur Penghuni Pusat Oku Di Tuaran Terpaksa Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 279 hits
Pusat Latihan dan Amali OKU di Tuaran terpaksa mengibarkan bendera putih sebagai isyarat memohon bantuan berikutan hilang punca pendapatan akibat perintah kawalan pergerakan KOTA KINABALU Kami sangat tertekan dan hilang arah jika kami tidak...
Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan

Kibar Bendera Putih Jika Perlu Bantuan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Kempen kibar bendera putih diharap dapat membantu orang ramai yang memerlukan bantuan namun berasa malu untuk menyatakannya secara terbuka FOTO INSTAGRAM AKMAL MASDUKIPETALING JAYA Kempen mengajak orang ramai men...
Terpaksa Kibar Bendera Putih Ketepikan Malu Untuk Anak Isteri

Terpaksa Kibar Bendera Putih Ketepikan Malu Untuk Anak Isteri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 234 hits
KALAU TANYA LEBAI BODOH DIA SOH DOA KAH KAH KAH PUNYA BODO PIANG BUKAN DIA NAK BANTU DIA TAK FAHAM MAKSUD TU LA BODOH NAMANYA LAIN ORANG SEMBANG LAIN DIA NAK CAMPUR JUGAK June 29 2021 Jurukimpal Zulkifli Samsuddin 39 berkata dia mengibarkan...
Awas Tidak Semua Tempat Boleh Kibar Bendera Putih

Awas Tidak Semua Tempat Boleh Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 327 hits
Semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang sedang berlaku sekarang Covid19 yang melanda dunia memberi kesan yang amat besar Lebih lebih lagi kita terhadap menghadap perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan membuatkan ramai yang terjej...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities