Sebenarnya Buah Pisang Ada Banyak Jenis Dengan Berbeza Manfaat Kesihatan


Jika anda penggemar buah pisang, anda mungkin tahu bahawa sebenarnya ada banyak jenis jenis pisang dengan pelbagai nama yang unik. Tidak hanya itu, setiap daripada jenis itu juga mungkin mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan. Jom terus baca artikel ini!
Pisang bukan berwarna hijau dan kuning sahaja?
Kebanyakan individu mungkin sangka bahawa buah ini cuma ada dua jenis dan akan dibezakan daripada warna iaitu hijau dan kuning sedangkan sangkaan ini tidak begitu tepat.

Ini kerana warna pada kulit pisang itu sebenarnya hanya akan menunjukkan kepada kita semua sama ada ia sudah masak (warna kekuningan) atau belum matang (warna kehijauan).
Ia juga mampu menentukan cara untuk anda mengambil buah ini dan ada 3 kaedah utama memasaknya iaitu:
Warna hijau – Disebabkan tekstur yang agak keras dan rasa kurang manis, ia sesuai untuk digoreng dengan tepung dan minyak
Warna kuning cerah – Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dijadikan minuman
Warna kuning gelap – Ia boleh dilenyek atau dikisar untuk dijadikan snek cucur pisang
Persoalannya, apa pula jenis jenis pisang yang dimaksudkan di awal artikel? Terus skrol artikel ini!

Jenis pisang dan manfaat buah ini pada kesihatan!
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini memang ada banyak jenis dan mempunyai manfaat terhadap kesihatan yang tersendiri termasuk:
#1. Susu
Merupakan jenis pisang yang paling umum dan biasa, pisang susu dipercayai ada manfaat yang sangat bagus terhadap ibu hamil kerana ia tinggi dengan asid folik atau folat.
Tidak hanya itu, pisang ini juga mampu membantu merawat masalah mual atau muntah akibat loya. Jadi, pengambilannya mungkin agak bagus di saat anda tidak sedap perut.
Pun begitu, ia mungkin agak tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan individu.
2. Montel
Dikenali ekoran bentuknya yang agak gemuk dan bulat sesuai dengan nama, pisang montel mempunyai rasa yang agak manis serta sedap untuk dimakan dengan begitu sahaja.
Ia tinggi dengan nutrisi serat, karbohidrat, protein, lemak dan dipercayai sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman individu apabila ada masalah.
Apa yang agak menarik, pengambilan buah ini setiap hari dikatakan juga bagus untuk penglihatan yang lebih jelas.
3. Abu
Ramai yang mungkin mempersoal dan mempersenda nama pisang ini namun belum tahu jika ia mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi.
Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda.
Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama.
4. Raja
Jangan pula keliru dengan pisang ini dan pisang emas. Ini kerana pisang raja mungkin lebih tinggi nutrisi seperti serat, mangan, protein, kalium, magnesium dan vitamin dari jenis A, B6 dan C.
Disebabkan vitamin serta mineral yang sangat padat di dalamnya, pisang ini mungkin mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sumber tenaga tubuh badan individu itu.
Ia juga ada manfaat untuk tulang, mata, otak, serta membantu melawan penyakit seperti anemia.
5. Tanduk
Pisang yang paling panjang dan besar ini juga sangat padat dengan banyak nutrisi seperti serat, folat, magnesium, kalium, zat besi dan pelbagai lain jenis vitamin serta mineral.
Manfaatnya pula tentu sekali dapat mengatasi masalah perut seperti sembelit dan buasir. Apa yang lebih bagus, ia juga baik jika anda ada masalah kesihatan organ ginjal dan buah pinggang.
Anda juga tidak perlu makan terlalu banyak untuk mendapatkan manfaat kerana saiznya yang luar biasa.
Adakah wujud lagi jenis-jenis yang lain?
Ya, ada. Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud lagi pisang nangka, pisang emas, pisang awak dan lain-lain yang turut mempunyai manfaat lebih kurang sama dengan jenis-jenis di atas tadi.
Konklusinya, manfaat daripada buah ini juga mungkin tidak jauh berbeza di antara satu sama lain meskipun berlainan jenis namun memerlukan kajian lanjut untuk benar-benar pasti tentangnya.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Sebenarnya, Buah Pisang Ada Banyak Jenis Dengan Berbeza Manfaat Kesihatan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebenarnya-buah-pisang-ada-banyak-jenis-dengan-berbeza-manfaat-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Buah Manggis Untuk Kulit Kesihatan

Manfaat Buah Manggis Untuk Kulit Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 275 hits
Buah manggis sememangnya digemari kerana rasa dan bau yang kompleks tambahan pula buah manggis juga memberikan manfaat kesihatan yang menakjubkan dan melindungi kulit Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai manfaat ...
Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

Ibu Hamil Tak Boleh Tinggal Buah Doktor Kongsi Jenis Buah Yang Baik Untuk Diambil

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 176 hits
Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat bergantung pada apa yang ibu makan Sebab tu kena pilih makanan yang baik baik untuk dibawa masuk ke perut supaya anak dapat khasiatnya sama Ibu mengandung tak boleh tinggal buah Tinggalkan m...
Jenis Jenis Sayur Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema Ibu Ayah Kena Take Note

Jenis Jenis Sayur Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema Ibu Ayah Kena Take Note

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 317 hits
Pemakanan bagi penghidap ekzema memang perlu dititikberatkan Tidak semua pemakanan sesuai untuk penghidap ekzema Jika pemakanan tidak sesuai boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk JENIS SAYUR DAN BUAH YANG BAHAYA UNTUK EKZEMA Maknan...
Sibuk Jual Air Balang Result Percubaan Spm Dapat Banyak D Keluarga Gert4k Suruh Berhenti Berniaga Terus Skor 8a

Sibuk Jual Air Balang Result Percubaan Spm Dapat Banyak D Keluarga Gert4k Suruh Berhenti Berniaga Terus Skor 8a

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 167 hits
KAMI sekeluarga tidak menyangka Anor akan mendapat keputusan yang cemerlang luah Mashitah Muhamad Basir selepas adiknya Nu Insyirah berjaya memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia Mana tidaknya anak bongsu daripada enam beradik itu ser...
Rezeki Dikongsi Membawa Lebih Banyak Kebaikan

Rezeki Dikongsi Membawa Lebih Banyak Kebaikan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 240 hits
Rezeki datang dari segenap penjuru yang kita tidak sangka sangka Apa yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk mendapatkannya dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah Antara tanda bersyukur ialah menggunakan rezeki yang diterima...
Mak Wan Buat Ritual Pelik Bekas Pengurus Dedah Saya Banyak Simpan Rahsia Dia

Mak Wan Buat Ritual Pelik Bekas Pengurus Dedah Saya Banyak Simpan Rahsia Dia

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 173 hits
Sejak isu perkahwinan yang hanya bertahan tiga bulan sahaja Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud 61 kerap menjadi sorotan dengan pelbagai kontroversi yang dibongkar oleh orang sekeliling Pendedahan dari bekas pengu...
Ahli Banyak Sokong Saya Nayeon Ulas Perasaan Jadi Ahli Pertama Twice Debut Solo

Ahli Banyak Sokong Saya Nayeon Ulas Perasaan Jadi Ahli Pertama Twice Debut Solo

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 201 hits
Akhirnya Na yeon TWICE secara rasminya telah debut sebagai penyanyi solo ARTIKEL BERKAITAN Pada 24 Jun ahli tertua TWICE iaitu Na yeon telah mengadakan sidang akhbar untuk keluaran mini album pertamanya IM NAYEON Apabila ditanya tentang per...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut