Pkp Fasa Pertama Menampakkan Kesan Positif


PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes sebenar yang direkodkan sepanjang tempoh itu lebih rendah berbanding unjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi tempoh lapan hari bermula 24 Mac lalu, iaitu lapan hari terakhir PKP fasa pertama.



Berdasarkan graf itu, MIER mengunjurkan pada 24 Mac merekodkan 236 kes dan naik mendadak kepada 399 kes pada 31 Mac tetapi kes direkodkan kementerian pada 24 Mac ialah 106 dan 31 Mac lalu ialah 140, menunjukkan lekuk berkenaan agak landai.

“Kes kita tidak naik secara mendadak tetapi ada sedikit mendatar. Berdasarkan kepada graf ini (perbandingan antara unjuran MIER dan kes sebenar direkodkan kementerian), ada kejayaan atau tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita dalam melaksanakan PKP.

“Jadi kita berharap dalam (PKP) fasa kedua, kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti terutama di ‘hotspot’ yang sudah dikenal pasti.

“Jika berlaku peningkatan mendadak kita akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata melalui PKPD, semua yang berada dalam kawasan yang dikenakan sekatan akan disaring, diuji, dikenal pasti dan diasingkan untuk memberi rawatan kepada mereka.

Beliau berkata, pendekatan bersepadu yang dibuat sepanjang PKPD itu juga membolehkan kementerian mengenal pasti sejumlah 111 kes positif di Kluang manakala sehingga jam 9 malam tadi, sejumlah 277 kes positif COVID-19 dikesan di Sungai Lui di Hulu Langat, dan diasingkan untuk dirawat.



Ditanya sama ada kementerian akan menasihatkan Perdana Menteri untuk membenarkan rakyat Malaysia pulang ke kampung menyambur Aidilfitri pada Mei ini, Dr Noor Hisham berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada COVID-19 boleh dikawal sebaik mungkin atau sebaliknya ketika itu.

Justeru, katanya, tempoh dua minggu diperlukan untuk melihat perkembangan seterusnya namun apa yang penting ialah semua pihak mengubah gaya hidup dan amalan dalam usaha membanteras penularan wabak itu, kerana sememangnya ramai yang terkesan dengan COVID-19.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk dalam perkongsian data klinikal, seperti yang dicadangkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, buat pertama kali dalam sejarah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 diguna pakai dan semua pihak dapat duduk bersama untuk memerangi COVID-19.

“Kami bersedia untuk berkongsi data tetapi perlu melihat apa yang boleh dikongsikan kerana data yang bersifat awam tiada masalah sebaliknya maklumat peribadi seperti sejarah jangkitan ada beberapa isu.

“Ketika ini, kementerian, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi sedang bekerja keras untuk menyalurkan maklumat penting kepada Jawatankuasa Pusat supaya satu perisian dikeluarkan.

“Ia membantu kita dalam mengambil tindakan di kawasan ‘hotspot’,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/pkp-fasa-pertama-menampakkan-kesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Pkp Fasa Pertama Berjaya Kurangkan Kes Covid 19 Dr Noor Hisham

Terkini Pkp Fasa Pertama Berjaya Kurangkan Kes Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 370 hits
By 1 April 2020Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya
Tiada Lagi Nasihat Pkp Masuk Fasa Keras

Tiada Lagi Nasihat Pkp Masuk Fasa Keras

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 307 hits
Ini ekoran masih ramai keluar rumah tanpa alasan munasabah 03 04 2020KUALA LUMPUR 9 Syaaban 1441H Jumaat Awas Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata kata nasihat kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan s...
Polis Dalam Mod Keras Laksana Pkp Fasa Dua Kata Menteri

Polis Dalam Mod Keras Laksana Pkp Fasa Dua Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Polis kini dalam mod keras bagi melaksanakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan r...
Seakan Ada Batu Timpa Dada Gadis Positif Covid 19 Kongsi Kesan 19 Hari Dijangkiti

Seakan Ada Batu Timpa Dada Gadis Positif Covid 19 Kongsi Kesan 19 Hari Dijangkiti

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 233 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid 19 Sehingga kini virus yang mula tercetus di China itu telah menjangkiti lebih 200 ribu manusia serta membunuh hampir sembilan ribu nyawa Sungguhpun pengisytiha...
Pihak Berkuasa Kesan Penipu Melalui Bil Utilti Sepanjang Tempoh Pkp

Pihak Berkuasa Kesan Penipu Melalui Bil Utilti Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 508 hits
Bagi memastikan tidak ditipu oleh orang ramai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua pihak polis telah mengambil inisiatif untuk meminta bil utiliti seperti bil api atau air bagi menyemak alamat kediaman semasa pemeriksaan ...
Aktiviti Hari Pertama Pkp

Aktiviti Hari Pertama Pkp

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 513 hits
Salam para blogger semua Pasti agak janggal rasanya pabila kita diberi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Situasi kini dengan cepatnya merebak virus Convid 19 ini memaksa kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan demi kesel...
Fasa 2 Pkp Hanya Benarkan Satu Kenderaan Satu Orang

Fasa 2 Pkp Hanya Benarkan Satu Kenderaan Satu Orang

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 297 hits
Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang akan bermula 1 April ini akan menguatkuasakan pelaksanaan satu orang satu kenderaan kata Menteri Kanan dan juga Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob PKP fasa 2 yang akan bermula 1 April ini kita...
Pkp Fasa Kedua Senarai Peraturan Dokumen Terkini Yang Perlu Dibawa

Pkp Fasa Kedua Senarai Peraturan Dokumen Terkini Yang Perlu Dibawa

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 1597 hits
PKP FASA KEDUA SENARAI PERATURAN DOKUMEN TERKINI YANG PERLU DIBAWA Berikut adalah senarai peraturan terkini untuk PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langa...
Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2u Ketika Pkp Fasa 2

Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2u Ketika Pkp Fasa 2

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 1058 hits
Detik Cemas Pengguna Maybank Wang Dicuri Menerusi M2U Ketika PKP Fasa 2 Baru baru ini kita sering didedahkan dengan aktiviti scammer yang mengambil kesempatan bagi memperoleh wang dengan cara menipu orang ramai Selain itu terdapat juga beri...
Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft