Sebelum Jadi Seperti Pkr Baik Umno Bertindak Segera




Hanya beberapa hari selepas pembentukan kabinet, UMNO yang merupakan blok terbesar dalam Perikatan Nasional atau PN sudah mula menunjukkan perasaan tidak puas hatinya
Azalina Othman Said, Shahrir Samad, Bung Mokhtar Radin, Khaled Nordin Tajuddin Abdul Rahman adalah antara pemimpin UMNO yang terawal bersuara secara terbuka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka
Dipercayai lebih ramai lagi pemimpin UMNO akan tampil selepas ini meluahkan perasaan yang sama berikutan Muhyiddin Yassin dilihat tidak berlaku adil kepada UMNO dan seolah-olah ada agenda sulit yang tersendiri
Di media sosial dan di warung kopi, pemimpin UMNO peringkat bahagian serta mereka yang aktif dalam parti Melayu itu turut meluahkan perasaan kecewa dan marah terhadap Muhyiddin
Antara isu yang menjadi asas ketidakpuasan hati mereka ialah jumlah menteri yang sedikit diberikan kepada UMNO, pengagihan kementerian kanan yang tidak adil, dua menteri kanan diberikan kepada Bersatu berbanding hanya satu kepada UMNO dan pemberian keistimewaan kepada Azmin Ali untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ketika ketiadaan Perdana Menteri
Dengan keistimewaan itu, walaupun jawatan TPM ditiadakan, Muhyiddin dengan jelas dan tanpa berselindung lebih mengiktiraf Azmin sebagai timbalannya berbanding pemimpin UMNO
Sudahlah semua Ahli Parlimen kumpulan Azmin daripada bekas PKR diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri, memberikannya keistimewaan seolah-olah sebagai TPM dengan sendirinya menunjukkan Muhyiddin telah menganak-tirikan kedudukan UMNO dalam PN
Tidak kurang menyebabkan perasaan tidak puas hati ialah tindakan Muhyiddin melantik beberapa pemimpin yang tidak disenaraikan oleh UMNO sebagai menteri, antaranya Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin
Difahamkan Zahid Hamidi sendiri tidak senang dengan perlantikan kedua-dua mereka itu, bukan saja kerana beliau tidak pernah mengemukakan nama mereka kepada Muhyiddin, bahkan juga kerana Khairy Jamaluddin pernah berlawan dengannnya bagi kerusi Presiden UMNO pada pemilihan 2018 dahulu
Dengan beliau kini dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin bersama-sama dengan Hishammuddin, wujud kerisauan jika kedua-duanya bakal berganding bahu dalam pemilihan UMNO tahun 2021 akan datang
Dalam keadaan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sedang berdepan kes mahkamah dan tanpa kedudukan serta Mohamad Hassan sebagai Timbalan Presiden tidak diberikan apa-apa jawatan, gandingan Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin dilihat mempunyai kelebihan untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pada tahun depan
Keadaan ini menjadikan, melalui susunan kabinet yang dicaturkan oleh Muhyiddin, walaupun UMNO kembali berkuasa, tetapi seolah-olah ianya suatu pengakhiran kepada masa depan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan
Turut menimbulkan rasa tidak senang UMNO berkaitan susunan kabinet ialah berhubung permintaan mereka agar bekas Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang melompat menyertai Bersatu selepas PRU14 lalu tidak diberikan jawatan dalam kabinet nampaknya langsung tidak dilayan oleh Muhyiddin
Kepada UMNO, mereka itu adalah pengkhianat parti dan tidak harus diberikan kedudukan yang sama dalam kerajaan bersama pemimpin-pemimpin yang setia serta tidak pernah berlaku khianat
Ternampak bahawa dalam penyusunan kabinet ini, selain Muhyiddin banyak membuat percaturan sendiri dan cuba menidakkan kedudukan UMNO yang lebih banyak kerusi, beliau seperti meniru langkah Tun Mahathir ketika melantik pemimpin-pemimpin PKR sebagai menterinya dalam era kerajaan PH sebelum ini
Oleh kerana PKR mempunyai kerusi Parlimen paling banyak, beberapa nama yang dicadangkan oleh parti itu telah diketepikan oleh Tun Mahathir, sebaliknya beliau melantik nama-nama lain seperti Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah daripda PKR sebagai anggota kabinetnya
Tindakan Tun Mahathir itu akhirnya berhasil menjadikan PKR berantakan dan berpecah, lalu PH sendiri tidak pernah aman dan tumbang sudahnya
Dalam hal ini, meskipun belum dapat dipastikan apa niat sebenar Muhyiddin, tetapi tindakannya mengabaikan banyak permintaan UMNO serta mengenepikan nama-nama yang dicadangkan parti itu, ia jelas memperlihatkan kecenderungannya untuk melihat UMNO berpecah dan menjadikan dirinya daripada Bersatu yang mempunyai jumlah kerusi yang sedikit terus dominan dalam kerajaan
Begitu pun, di sebalik sekian ramai pemimpin UMNO meluahkan perasaan tidak puas hati dengan Muhyiddin dan susunan kabinet, tidak ternampak pula ada antaranya punya keberanian untuk bertindak lebih jauh daripada itu, walaupun beberapa pemimpinnya mengatakan pembubaran Parlimen adalah pilihan yang terbaik buat mereka
Barangkali, UMNO juga sayang untuk melepaskan kuasa yang sudah ada dalam tangan, walaupun dianak-tirikan
Apa yang mereka lakukan hanyalah bercakap, bercakap dan bercakap mengenai perasaan tidak puas hati itu sambil berharap melalui kocakan yang ditimbulkan, Muhyiddin akan sedia membubarkan Parlimen untuk diadakan pilihanraya secata mengejut
Tetapi, percayalah, selagi boleh bertahan, Muhyiddin akan terus bertahan dan tidak akan membubarkan Parlimen
Ini berikutan Bersatu di mana beliau menjadi Presidennya juga sedang berpecah dan hubungannya dengan Tun Mahathir masih lagi tidak menentu
Dalam keaadaan sedemikian, mustahil Muhyiddin mahu mengadakan pilihanraya
Satu-satunya cara, jika UMNO benar-benar mahu pilihanraya mengejut diadakan ialah dengan mereka segera menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin
Melalui penarikan sokongan daripada UMNO yang mempunyai 39 kerusi itu, PN akan tumbang dengan sendirinya dan untuk mengelakkan beliau disingkirkan dengan cara yang memalukan, pilihan yang ada bagi Muhyiddin untuk menyelamatkan maruahnya ialah memohon kepada Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dengan segera
Pendek kata, pembubaran Parlimen itu benar-benar dalam diadakan keadaan yang terpaksa demi menjaga air mukanya
Maka, jika benar UMNO mahu pilihanraya, usahlah bertangguh lagi dan cepat-cepatlah tinggalkan Muhyiddin. (ShahbudinHusin 13/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/sebelum-jadi-seperti-pkr-baik-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Mahu Jadi Seperti Pkr Membisu Isu Rakyat Kerana Kerajaan

Umno Tidak Mahu Jadi Seperti Pkr Membisu Isu Rakyat Kerana Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR UMNO tidak akan berhenti menjadi mata dan telinga bagi menegur kerajaan meskipun terdapat pemimpin parti itu dalam barisan Kabinet Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pada masa sama pihaknya akan m...
Bertindak Segera Jangan Biarkan Dap Menguasai Putrajaya Sekali Lagi

Bertindak Segera Jangan Biarkan Dap Menguasai Putrajaya Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 344 hits
5 Mac 2020 yang lalu laman blog ini mendedahkan bagaimana liciknya DAP mengurangkan peratusan undi Melayu di Pulau Pinang untuk mereka menguasai Pulau Pinang Sebenarnya DAP tidak akan berpuas hati jika hanya mampu menguasai Pulau Pinang Mat...
Jika Umno Benar Benar Mahu Pru Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Segera Jika Tidak Umno Pun Turut Berantakan

Jika Umno Benar Benar Mahu Pru Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Segera Jika Tidak Umno Pun Turut Berantakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 254 hits
SEBELUM MUHYIDDIN PECAHKAN UMNO SEPERTI PKR DIPECAHKAN MAHATHIR LEBIH BAIK SOKONGAN DITARIK SEGERA Shahbudin Husin Hanya beberapa hari selepas pembentukan kabinet UMNO yang merupakan blok terbesar dalam Perikatan Nasional atau PN sudah mula...
10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 342 hits
Elektrolit merupakan sebuah cairan dalam tubuh yang memainkan peran penting dalam fungsi kesehatan yang tepat Secara alami bentuk dari elektrolit yang terkandung dalam tubuh kita berbentuk kalsium natrium dan kalium
Dok Grram Saja Tak Jadi La Umno Bertindak Lah

Dok Grram Saja Tak Jadi La Umno Bertindak Lah

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 101 hits
Ibrahim Mat IsaUmno duk geram je dengan Bersatu Umno tak pandang pun dekat muafakat dengan Pas sebab Umno tahu pemimpin Pas semua kartun Kalau Umno dapat kuasai Bersatu dan mereka kembali sebagai sebuah gerombolan Umno alamat Pas akan kena ...
Sebelum Dilantik Dickson Nwakaeme Memang Seperti Seorang Kapten

Sebelum Dilantik Dickson Nwakaeme Memang Seperti Seorang Kapten

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 250 hits
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme telah dilantik sebagai kapten untuk saingan CIMB Liga Super 2020 selepas Tok Gajah hilang khidmat bek kanan Matthew Davies yang berhijrah menyertai juara bertahan Johor Darul a zim Dipetik berkata kepada Th...
Pkr Tidak Pecat Ahli Yang Sebelum Ini Sokong Bekas Pemimpin Anwar

Pkr Tidak Pecat Ahli Yang Sebelum Ini Sokong Bekas Pemimpin Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 262 hits
Petaling Jaya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu menerima baik penjelasan daripada beberapa pemimpin dan ahli parti yang sebelum ini menyokong bekas timbalan presiden Datuk Seri Azmin Ali dan sekutunya Beliau berkata pe...
Aku Tak Tampar Kau Nasib Kau Baik Ah 2 Pekerja Restoran Makanan Segera Dicarut Flugger

Aku Tak Tampar Kau Nasib Kau Baik Ah 2 Pekerja Restoran Makanan Segera Dicarut Flugger

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 525 hits
Bekerja di barisan hadapan yang melayan pelanggan sememangnya kerja yang mencabar kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan Baru baru ini viral di media sosial video seorang pelanggan lelaki yang memakai baju Flugger memaki...
Konsep Kerajaan Perpaduan Pas Masih Boleh Mendekati Dan Menyokong Tun Mp Umno Yang Setuju Segera Istihar Join Bersatu

Konsep Kerajaan Perpaduan Pas Masih Boleh Mendekati Dan Menyokong Tun Mp Umno Yang Setuju Segera Istihar Join Bersatu

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 345 hits
Hanya tidak pada UMNO tetapi yes kepada MP UMNO tertentu yang mahu menyokong Elok join BERSATU sekarang Termasuk MP dari PKR dan AMANAH your boss takkan berani sumpah anda Ini bukan Tun minta nyawa k Ini kalau kau orang nak sambung nyawa
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut