Sebelum Ini Gaji Kecil Berkat Amalkan Cara Ini Rezeki Tak Pernah Putus


Kebahagiaan pasangan suami isteri dan keharmonian rumah tangga terletak kepada sikap setiap pasangan bagaimana untuk mencorakkannya. Suami sebagai ketua keluarga kena faham tanggungjawab dan menyediakan nafkah walaupun tak semewah pasangan lain.
Bila lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’ itu keluar dari mulut suami, automatik suami kena faham dan isteri pun tahu apa yang perlu dilaksanakannya. Jika di awal perkahwinan diuji dengan pelbagai dugaan itu normal.
Fasa bercinta dan berkahwin tak sama. Bagaimana kita mengawal keadaan itu penting dan ia akan membawa kebahagiaan sehingga akhir hayat dan percayalah bahagia itu akan datang dengan sendirinya.
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, selama 10 tahun berkahwin dia tidak pernah meminta isteri membayar bil rumah dan cuba beri ikut kemampuan. Paling penting jika ada rezeki lebih bahagiakan ibu bapa dan isteri dulu, barulah rezeki tak putus.
Sebaik lafaz akad nikah disahkan 10 tahun lalu, terus aku semat dalam hati bahawa aku kini punya amanah dan tanggungjawab besar.
Masa tu gaji kecil sahaja. Gaji diploma. Puan isteri pula gaji lebih besar. Dia degree. 
Namun itu tak bermakna tanggungjawab nafkah itu aku boleh abaikan. Nafkah ini dihukumkan wajib oleh Tuhan. Bukan Perdana Menteri yang tetapkan, bukan juga hakim majistret.
Maka sejak bulan pertama perkahwinan, semuanya aku tanggung. Baik dari segi sewa rumah, belanja dapur (sebahagian), belanja hospital, pakaian, bil-bil, bahkan bil telefon peribadi dia pun aku yang bayarkan.
Jika puan isteri aku berkenan nak beli apa-apa, dia akan minta izin aku untuk beli. Biasanya dia beli sendirilah. Aku cuma bagi untuk raya. Bonus raya biasanya memang aku tak sempat rasa. Semuanya aku bagi kat dia untuk pakaiannya.
Aku punya cukuplah mana yang ada. Namun biasanya puan isteri akan hadiahkan aku baju juga untuk beraya. Kalau tak, padan baju Melayu je lah. Hihi.
Tempoh 10 tahun ini, tidak pernah sekali puan isteri aku bayar apa jua bil. Duit barang dapur pertama kali aku beri padanya cuma RM50 sahaja.
“Ini sahaja abang mampu beri untuk barang dapur. Selebihnya awak topup la ya. Nanti ada rezeki lebih, abang tambah lagi.”
“Tak apa la bang. Barang dapur tu biar saya yang urus semua,” balas puan isteri 10 tahun lepas.
“Tak boleh. Ini kewajipan abang. Wajib pada seorang suami memberi nafkah ni. Walau sedikit, sekurangnya ada. Lepas dah depan Tuhan abang nak menjawab kelak,” ujarku padanya.

Sanggup ikat perut utamakan keluarga
Puan isteri hanya mengangguk sahaja. Waktu tu, setiap kali gaji, lepas bayar segala benda baki gaji sekitar RM600 sahaja.
Dengan baki itulah aku nak survive makan minum, minyak kereta, anak-anak nak aiskrim ke, mainan ke, keluar jalan-jalan hujung minggu ke. Memang sesak yakmat.
Kadang anak minta nak beli itu ini pun aku terpaksa menolak. Dalam dada punya la rasa loser tak mampu tunaikan kehendak anak-anak ni.
Namun perangai aku, walau terdesak, walau kesempitan, aku tak pernah minta duit dengan isteri.
Aku rela berhutang dengan kawan-kawan dari minta duit isteri. Rela makan berhutang kat kantin dari minta duit isteri. Sejenis ego seorang suami.
Terharunya tengah bulan isteri pula selit duit dalam dompet
Dulu-dulu, lepas tengah bulan biasanya puan isteri akan intai-intai dompet aku waktu aku tidur. Dia tengok tinggal RM2-RM3 dalam tu, dia letak senyap-senyap RM10-RM20.
Dia tahu dah, harapkan aku minta memang takkan sesekali. Jadi gitu la cara dia bantu aku. Masukkan dalam dompet waktu aku tidur.
Esoknya pergi kerja, tengok-tengok dalam wallet ada lebih 20 ringgit. Padahal sebelum tidur ada 3 ringgit je. Terharu betul masa tu.
La ni, bila aku agak lega, bila boleh bernafas dengan agak teratur, sesekali aku akan bawa kereta puan isteri keluar. Bukan nak bawa sangat sebenarnya, aku lebih selesa naik motor ke mana-mana.
Cuma aku nak tengok minyak kereta. Kalau minyak bawah setengah, memang aku bawa ke stesen minyak dan isi penuh. Topup Touch n Go kereta pula tak pernah bakinya bawah RM50.
Biar puan isteri aku tak perlu fikir apa dah kalau pegang stereng kereta. Bawalah ke mana, minyak ada, Smart Tag dengan Touch n Go pun tersedia.
Setiap tahun ada kenaikan gaji, maka duit dapur puan isteri turut sama bertambah. Dari RM50, kini dah jadi 10x ganda.

Ada rezeki lebih gembirakan ibu bapa dan isteri dulu
Dan sesekali, sebelum aku tidur aku letak duit atas meja untuk kegunaan dia. Duit bulanan tak pernah miss, namun ini sebagai hadiah.
Dia bersiap nak keluar kerja, tengok ada nota ringkas dan duit belanja pula. Siapa tak seronok dapat hadiah ye tak?
Gitulah hidup ini. Ada masa kita sesak, ada masa kita lega. Masa sesak tu, orang terdekat juga yang bantu. Maka bila lega, kita pula bantu dan gembirakan mereka.
Bila ada rezeki lebih, bukan bermaksud kita kalut nak cari yang lain. Sebaliknya Tuhan kirim rezeki lebih pada kita supaya kita layan orang yang setia bersama kita saat sukar dan susah dengan lebih baik.
Bila ada rezeki lebih, gembirakan ibu bapa dan isteri dahulu, baru kita bantu orang lain. Itu yang sebaiknya.
Kerana tiada orang lebih ikhlas dengan kita melebihi ibu bapa dan keluarga kita sendiri. Itulah dia.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
The post Sebelum Ini Gaji Kecil, Berkat Amalkan Cara Ini Rezeki Tak Pernah Putus appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebelum-ini-gaji-kecil-berkat-amalkan-cara-ini-rezeki-tak-pernah-putus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1031 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Mendikbud Minta Guru Nikmati Gaji Kecil Karena Surga Kelak Akan Menanti Pak Tolong Lebih Hargai

Mendikbud Minta Guru Nikmati Gaji Kecil Karena Surga Kelak Akan Menanti Pak Tolong Lebih Hargai

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 310 hits
Biarlah perkara surga dan neraka itu urusan Tuhan yang terpenting hargailah para guru yang telah berjasa cerdaskan anak bangsa
Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat Penanam Tembikai Yang Diboikot Diserbu Orang Ramai

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat Penanam Tembikai Yang Diboikot Diserbu Orang Ramai

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 384 hits
Benarlah seperti yang dikata bahwa rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat Seorang penanam tembikai berdepan situasi genting apabila lambakan tembikai tidak dapat dipasarkan kerana dikatakan telah boikot oleh pemborong non Muslim Berikut...
Cerita Wapres Jk Pernah Dijewer Marbut Saat Bermain Di Masjid Waktu Kecil

Cerita Wapres Jk Pernah Dijewer Marbut Saat Bermain Di Masjid Waktu Kecil

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 187 hits
Dia meminta kepada pemerintah daerah dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Muhadjir Effendy untuk membuat Pendidikan Usia Dini di tempat ibadah
Penguat Semangat Mama Dari Ainul Lahir Sampai Sekarang Rezeki Tak Putus

Penguat Semangat Mama Dari Ainul Lahir Sampai Sekarang Rezeki Tak Putus

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 373 hits
Betullah orang kata anak adalah pembuka rezeki buat ibu bapanya Tak kiralah dalam situasi susah atau senang Mungkin peringkat awal Allah uji untuk lihat kesabaran kita tapi akhirnya beri kemanisan di kemudian hari Walaupun kita rasa susah t...
6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh Rugi Kalau Tak Amalkan

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh Rugi Kalau Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 454 hits
Gambar sekadar hiasan6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh Rugi Kalau Tak AmalkanMenurut kajian sains kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain oleh itu gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda jika anda mandi s...
Sebelum Ke Dokter Dan Minum Obat Ini 5 Cara Yang Ampuh Turunkan Demam Secara Mandiri

Sebelum Ke Dokter Dan Minum Obat Ini 5 Cara Yang Ampuh Turunkan Demam Secara Mandiri

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 216 hits
Anak kos atau pun kamu yang sering sendirian di rumah ada baiknya bekali diri dengan pengetahuan ini
Tujuh Bulan Lebih Baby Baru 1 4kg Wawa Risau Bayi Kecil Minta Tip Sebelum Due

Tujuh Bulan Lebih Baby Baru 1 4kg Wawa Risau Bayi Kecil Minta Tip Sebelum Due

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 404 hits
Pelakon Wawa Zainal yang kini sedang hamil anak ketiga meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1 4 kg walaupun kandungan dah masuk 7 bulan Wawa mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun ...
Mama Yakin Rezeki Allah Luas Sayang Mama Tak Pernah Kurang Untuk Harith

Mama Yakin Rezeki Allah Luas Sayang Mama Tak Pernah Kurang Untuk Harith

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 647 hits
Kasih ibu sampai ke syurga kasih ayah selamanya Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak sakit Tapi apakan daya jika Allah bagi ujian itu maknanya dia tahu kita boleh laluinya walaupun agak berat Namun sebagai seorang ibu mana sanggup lihat ...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia