Sebelum Bersalin 3 Barang Ini Mama Wajib Sediakan Barulah Tak Kelam Kabut
Menantikan kehadiran si kecil dalam hidup anda sesuatu yang sangat mengujakan. Tentu sekali pelbagai persiapan yang ingin dilakukan agar kelahiran si manja disambut dengan lengkap.
Namun ada beberapa perkara yang anda mungkin terlepas pandang dalam membuat persiapan untuk si kecil. Utamakan kelengkapan yang lebih penting untuk menyabut kehadiran si manja agar dapat memudahkan urusan harian anda menguruskan si comel ini. Sebelum due anda hampir, sediakan barangan ini supaya mama tidak kelam kabut.
Kelengkapan tempat tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah besar sedikit. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
TilamBantal kepalaBantal pelukCadarSelimutPakaian bayi yang selesa
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit.
Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek. Selain itu pastikan material baju yang dibeli itu selesa dan tidak panas kerana kulit si manja sangat sensitif.
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendekBaju lengan PanjangSeluar pendekSeluar PanjangBarutSarung kakiSarung tanganKain bedungTopiLampinProduk Mandian
Produk mandian sangat penting dan wajib. Ini untuk memastikan si comel sentiasa bersih dan selesa. Bayi memerlukan produk mandian yang sesuai dan serasi dengan kulitnya jadi pilihlah produk yang bebas paraben.
Mungkin anda tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kulit si manja. Dari pakar penjagaan kulit yang lembut, Cetaphil mengeluarkan produk yang dirumus khas untuk melindungi dan menyuburkan kulit halus si kecil anda. Produk bayi Cetaphil adalah bebas paraben, bebas minyak mineral, hypoallergenic, dan diuji secara dermatologi.
Cetaphil Moisturising Bath & Wash ini adalah campuran 1/3 pelembap dengan lidah buaya dan rumusan hypoallergenic yang disyorkan oleh pakar pediatrik. Baby Moisturizing Bath & Wash ini menjadi pilihan utama oleh para ibu untuk menjaga kulit bayi mereka dengan lembut dan sihat. 10 daripada 10 ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash membasuh secara lembut dan melembapkan kulit halus bayi mereka tanpa menyebabkan kekeringan.
Antara kelebihan lain yang terdapat dalam Cetaphil Moisturising Bath & Wash;
• Disyorkan oleh pakar pediatrik
• Bebas paraben
• Bebas sabun
• Tidak memedihkan mata bayi
• Mengandungi 1/3 pelembap dengan aloe vera yang menenangkan dan minyak badam
• Hypoallergenic
• pH seimbang
• Menjadikan kulit lembut dan bersih
Produk bayi Cetaphil dirumuskan khas untuk menjaga kulit si manja anda dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Jadi anda tidak perlu rungsing lagi memikirkan produk apa yang sesuai untuk si manja. Setiap detik-detik istimewa dalam hari anda dapat mengeratkan ikatan dengan si kecil.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/sebelum-bersalin-3-barang-ini-mama.html