Sebelum Bagi Ubat Confirmkan Berat Anak Kurang Dos Tak Berkesan Terlebih Pula Tak Selamat


Pemberian ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa.
Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.
Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan.
Cara pengambilan ubat juga penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat rawatan optimum. Ibu bapa atau penjaga perlu mengikut arahan doktor dan ahli farmasi dalam memastikan keberkesanan rawatan.

Perkongsian dari  Pegawai Farmasi Kaunseling, Muhammad Faiz Akmal bin Abdul Ghani boleh dijadikan panduan semua ibu bapa
“Berat anak akak berapa ya?”, farmasis bertanya di kaunter.. Ubat si anak kecil sudah tersedia dah..
“Errr, sorry cik, tak tahu..”
“Hmmm, belum timbang lagi..”
“Haaa, dalam 5 kilo kot..”
“Entah lah cik.. Dah lama tak timbang berat anak..”
Ini adalah situasi yang sangat biasa kat mana-mana kaunter farmasi..
Meh abam farmasis terangkan..
Mula-mula sekali kita kena tahu.. UBAT2 kat dunia ni ada MACAM2 JENIS dan JENAMA..
Yang membezakan adalah BAHAN AKTIF atau KANDUNGAN dalam ubat tersebut..

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dah senarai kan apakah BAHAN AKTIF atau KANDUNGAN dalam ubat yang TAK SESUAI untuk kita nak bagi pada anak2 BAWAH 2 TAHUN..
Sekarang, Tuan/Puan boleh klik pula kat Gambar Pertama dan Gambar Ke-2 yang abam sertakan ini..
Ada beberapa contoh ubat yang selalu ada kat klinik atau hospital.. Dan nampak tak apa yang abam BULATKAN itu?
Yang abam BULATKAN itu adalah KEPEKATAN UBAT..
Alaa, macam kita buat Air Milo.. Bubuh berapa sudu susu.. Berapa sudu serbuk milo..
Macam tu lah ubat-ubat yang ada kat dunia ni.. Beza nya, ubat-ubat ini disediakan oleh KILANG-KILANG UBAT berdasarkan KIRAAN atau ISIPADU bahan yang berbeza-beza sehingga boleh tertera NILAI KEPEKATAN UBAT itu..
Sekarang, kita kena ingat.. Kalau solat pun ada RUKUN.. Ubat juga ada RUKUN nya.. Dua sahaja Rukun Ubat iaitu SELAMAT dan BERKESAN..
Macam mana nak tahu ubat tu SELAMAT dan BERKESAN atau tak?
Jawapannya adalah DOS UBAT..
TerKURANG DOS = ubat tak boleh bekerja sepenuhnya untuk bagi rawatan yang berkesan pada pesakit (KURANG BERKESAN)
TerLEBIH DOS = ubat akan memberi kesan sampingan yang lebih tinggi sekaligus membahayakan pesakit (TAK SELAMAT)
Maka, yang farmasis duk tanya BERAT ANAK tu sebab kami nak pastikan DOS yang SELAMAT dan BERKESAN kepada anak-anak Tuan/Puan semua..
Dengan hanya tahu BERAT BADAN ANAK, baru kita boleh tahu apakah DOS YANG SELAMAT & BERKESAN untuk dibagi pada si anak itu..
Contoh, berat badan anak kecik yang berusia 6 tahun adalah 21 KG..
Anak kecik ni nak dibagi Sirap Paracetamol yang mempunyai nilai kepekatan 120MG/5ML..
Maksudnya, untuk dos 120 MG, si anak kena minum sukatan 5 ML..
Sekarang, dos yang SELAMAT DAN BERKESAN bagi ubat Paracetamol adalah 15MG/KG..
Maksudnya, 1 KG berat memerlukan dos sebanyak 15 MG..
1 KG = 15 MG
21 KG = ? MG

Selepas farmasis bermain matematik bertemankan kalkulator nya, barulah kita tahu si anak yang berat nya 21 KG itu tadi sebenarnya memerlukan 315 MG dos Paracetamol sebagai DOS yang SELAMAT dan BERKESAN itu..
Masih ingat dengan KEPEKATAN UBAT yang abam BULATKAN itu? 120MG/5ML..
120 MG = 5 ML
315 MG = ? ML
Setelah dihitung dan dicongak, akhirnya farmasis tahu yang si anak perlu minum sukatan Sirap Paracetamol sebanyak 13 ML..
Nah, mak ayah pun diberitahu,
“Anak Puan kena minum ubat demam ini sebanyak 13 ML.. Sila minum BILA PERLU sahaja.. Jangan lebih 4 kali sehari..”
Nampak tak betapa penting nya mak ayah untuk sentiasa TAHU & UPDATE BERAT BADAN ANAK..
PENTING! Sebab ia melibatkan NYAWA dan KESELAMATAN anak anda sendiri..
Akhir kata, mak ayah dah boleh beli PENIMBANG dan simpan di rumah.. Bukan untuk misi diet sahaja, tetapi juga untuk anak-anak anda.
Sumber: Faiz Akmal Mfa
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.
The post Sebelum Bagi Ubat, Confirmkan Berat Anak. Kurang Dos Tak Berkesan, Terlebih Pula Tak Selamat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebelum-bagi-ubat-confirmkan-berat-anak-kurang-dos-tak-berkesan-terlebih-pula-tak-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dikategorikan Kurang Berat Ibu Ini Kongsi Cara Untuk Anak Dapat Berat Normal

Anak Dikategorikan Kurang Berat Ibu Ini Kongsi Cara Untuk Anak Dapat Berat Normal

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 620 hits
Pernah tak orang asyik tegur baby awak kecik sangat la ringan sangat la Mesti sedih dan stres bila ada orang tegur anak kecil ringan Tapi jangan pernah mengalah Dan jangan terburu buru bagi anak makan apa saja semata mata nak bagi bambam Pe...
Ubat Gegat Kacang Parang Ubat Nyamuk Lingkaran Antara 6 Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Ibubapa Mesti Tahu

Ubat Gegat Kacang Parang Ubat Nyamuk Lingkaran Antara 6 Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Ibubapa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 759 hits
Ubat gegat kacang parang ubat nyamuk lingkaran antara 6 pencetus hemolisis anak kurang G6PD Mama papa mesti tahu dan peka sentiasa Perkongsian daripada ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD yang di m...
Hiburan Kenapa Pula Nak Ucap Stay Strong Pelik Netizen Kurang Senang Remy Ishak Kongsi Gambar Bekas Tunang

Hiburan Kenapa Pula Nak Ucap Stay Strong Pelik Netizen Kurang Senang Remy Ishak Kongsi Gambar Bekas Tunang

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 602 hits
Semua sedia maklum pelakon Remy Ishak sudah kembali solo Berita beliau putus tunang dengan Ezza Yusof mengejutkan ramai pihak kerana mereka sudah dua tahun bertunang Remy aku beliau ada cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dan melakukan s...
Nak Dapat Anak Pertama Mudah Bila Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ikut Tips Doktor Ini

Nak Dapat Anak Pertama Mudah Bila Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ikut Tips Doktor Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 425 hits
Sukar mendapatkan anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan Untuk anak sulung ibu berupaya hamil dengan mudah Namun bila nak dapatkan anak kedua ketiga atau seterusnya asyik gagal Kenapa ye Ada yang mengadu kitaran haid...
Cara Mudah Tapi Berkesan Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir Mulakan Dari Darjah 1

Cara Mudah Tapi Berkesan Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir Mulakan Dari Darjah 1

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 758 hits
Cara Mudah Ajar Anak Lemah Matematik Hafal Sifir Sebenarnya ini bukan satu satunya cara tetapi ianya satu perkongsian yang menarik untuk kita ambil tahu dan untuk kita ketengahkan agar dapat membuka mata ramai orang Mari kita lihat perkongs...
Lari 4 Kilometer Bocah Sd Anak Didik Calon Pendeta Selamat Dari Perampokan

Lari 4 Kilometer Bocah Sd Anak Didik Calon Pendeta Selamat Dari Perampokan

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 212 hits
Dari keterangan korban NP itulah warga mencari keberadaan korban Melinda yang akhirnya ditemukan dalam kondisi tewas tanpa busana di semak semak Selasa pagi
Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 422 hits
Tiada apa yang diharapkan lagi kecuali melihat insan tersayang dalam pulih dan kembali sihat Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di masjid di Christchurch New Zealand kini dikatakan kritikal Semalam masyarakat dunia dikejut...
Nak Anak Hebat Kurang Bermasalah Pujuk Ajar Suami Kita Untuk Cakna Sensitif Tentang Anak

Nak Anak Hebat Kurang Bermasalah Pujuk Ajar Suami Kita Untuk Cakna Sensitif Tentang Anak

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 280 hits
Anak anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki Masa anak anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah Kadang kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang ...
Ramai Orang Ingat Rezeki Ni Cuma Pergi Kerja Peluk Cium Anak Isteri Suap Makan Itulah Ubat Rezeki Kita

Ramai Orang Ingat Rezeki Ni Cuma Pergi Kerja Peluk Cium Anak Isteri Suap Makan Itulah Ubat Rezeki Kita

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 433 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang rezeki dalam rumah tangga Rezeki harus dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja pekerjaan dan juga wang Sayang dan kasih pada ahli keluarga juga termasuk dalam kategori rezeki yang harus k...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari