Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia


 


tulisan sahabat ambe tetuan Musa Awang yang merupakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang turut hadir menyaksikan hukuman tersebut di jalankan
SEBATAN TERENGGANU 27.12.2024 ADAKAH PATUH UNDANG-UNDANG DAN SYARAK
Oleh Tuan Musa Awang* Tulisan saya ini adalah berdasarkan kepada hujah undang-undang dan hujah syarak tanpa memihak kepada mana-mana ideologi atau parti politik. Pelaksanaan Sebatan Pada 27.12.2024Hukuman sebatan telah dilaksanakan ke atas Mohd Affendi Awang, 42 selepas solat Jumaat pada 27.12.2024
Pelaksanaan sebatan itu hanya disaksikan oleh seramai lebih kurang 90 orang sahaja dan diadakan di dalam dewan tertutup di Masjid Al Muktafibillah Shah, Ladang, Kuala Terengganu
Penulis adalah antara 90 orang yang diberi peluang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat tersebut. Jemputan perlu mendaftarkan nama masing-masing dan sebarang peranti telekomünikasi elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk. Kesemua jemputan atau pemerhati dipersilakan duduk di atas kerusi yang disediakan. Hanya beberapa pegawai polis dan pegawai penjara yang berada dalam keadaan berdiri mengawasi keadaan
Sebaik pesalah tiba ke dewan berkenaan, dia dibawa masuk oleh pegawai penjara ke satu bilik khas untuk diperiksa dan diperakui kesihatannya oleh pegawai perubatan Kerajaan yang telah berada di situ
Pelaksanaan hukuman sebatan tersebut dijalankan oleh tukang sebat dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai penjara (Marang). Pesalah telah disebat dalam keadaan berdiri dengan berpakaian lengkap (pakaian khas) dan juga memakai pelitup muka. Ia hanya mengambil masa sekitar 1 hingga 2 minit sahaja. Semasa proses sebatan dijalankan, suasana tenang dan senyap. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian kepada proses sebatan. Hanya kedengaran suara pegawai penjara yang membilang jumlah sebatan dan bunyi sebatan yang perlahan sahaja
Selesai sebatan, pesalah dibawa masuk semula ke bilik khas sebelum dibawa keluar daripada dewan berkenaan dengan kawalan pegawai penjara dan pengawasan pihak polis
Sebaik selesai, barulah kesemua jemputan pemerhati bangun keluar meninggalkan dewan berkenaan
Dakwaan sebat di khalayak ramai adalah kejam, tidak berperikemanusiaan, merendahkan martabat dan melanggar hak asasi manusia Ada kumpulan yang menggesa hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah syariah dihentikan kerana penghinaan awam dan dikatakan tidak selari dengan nilai Islam
Ada pula pihak lain yang mendakwa sebatan di khalayak ramai adalah kejam, tidak berperikemanusiaan, merendahkan martabat dan melucutkan maruah individu
Ada pihak lain pula mendakwa dengan membenarkan hukuman sebat seperti ini melanggar prinsip hak asasi manusia antarabangsa
Saya tidak bersetuju dengan dakwaan dan tanggapan ini
Pertamanya, istilah sebatan “di khalayak ramai” yang digunakan itu sendiri adalah tidak tepat. Hukuman yang dilaksanakan pada Jumaat bukan sebatan di khalayak ramai, akan tetapi ia adalah “sebatan diluar penjara”
Ada beza antara istilah“sebatan di khalayak ramai” dengan “sebatan di luar penjara. “Sebat di khalayak ramai ialah sebatan yang boleh disaksikan oleh semua orang samada orang dewasa lelaki atau perempuan atau kanak-kanak, sebagaimana yang dilakukan di Acheh Indonesia dan beberapa negara lain. Sesiapa sahaja yang lalu atau berada di tempat kejadian böleh menyaksikan, hatta boleh merakam video atau mengambil gambar
Sebaliknya “sebat luar penjara” ialah sebatan syariah yang dilakukan bukan di dalam Penjara, sebaliknya dilaksanakan di luar Penjara. Ia hanya disaksikan oleh sebahagian orang tertentu sahaja, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
Kebiasaannya sebatan akan dijalankan di dalam penjara kerana tukang sebat adalah dari Jabatan Penjara Malaysia. Namun, sub-seksyen 125 (3)(c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001 memberikan kuasa kepada Mahkamah syariah untuk mengarahkan hukuman sebat dilaksanakan di mana-mana tempat yang bersesuaian atau suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Pada 2021, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah melancarkan buku prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah
Walaupun sebahagian prosedur sebatan telah diperuntukkan dalam Seksyen 125 dan 126 Akta/Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri, namun SOP ini memperincikan lagi prosedur operasi standard pelaksanaan sebatan di luar penjara. Oleh kerana pelaksanaan hukuman sebatan di luar penjara melibatkan banyak agensi iaitu Mahkamah Syariah, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, dan Jabatan Agama Islam Negeri, maka SOP yang seragam diwujudkan bagi membantu agensi-agensi ini melaksanakan tugasan pelaksanaan hukuman secara lebih teratur, efektif, berkesan dan seragam. Pelaksanaan hukuman sebat yang disaksikan oleh sebahagian orang beriman adalah selari dengan nilai Islam sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 2 berkenaan hukuman sebatan ke atas penzina ghair muhsan (belum pernah berkahwin) yang hendaklah disaksikan hukuman yang dikenakan ke atas mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman
Walaupun kesalahan berkhalwat bukanlah kesalahan hudud (zina) akan tetapi ia adalah kesalahan takzir di mana hukuman bagi kesalahan ini tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis
Jenis, kadar dan bentuk hukuman takzir terserah kepada pemerintah untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas pesalah, selain daripada hukuman hudud atau qisos. Hukuman takzir adalah bertujuan untuk menghalang pesalah mengulangi perbuatan mereka dan bukan untuk menyiksa mereka
Syeikh Mustafa Khin dan lain-lain menyebut dalam al-Fiqh al-Manhaji (5/227-228): Ta’zir adalah suatu hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya oleh Syara’. Hukuman ini dijatuhkan oleh hakim yang beragama Islam dan adil, iaitu hukuman yang dirasakan boleh mencegah manusia melakukan perbuatan keji ini. Hukuman ini boleh dikenakan dalam bentuk sebatan, buang negeri, penjara atau kecaman. Ini kerana perbuatan seperti ini perbuatan maksiat yang tidak termasuk dalam kesalahan hudud dan tidak akan dikenakan kaffarah. Apabila hudud tidak dikenakan, kesalahan ini perlu dikenakan hukuman ta'zir
Dalam konteks perundangan, hukuman (takzir) ke atas kesalahan berkhalwat di Negeri Terengganu telah diperuntukkan dalam Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022
Berdasarkan seksyen pindaan ini, kesalahan khalwat bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh dikenakan sebatan tidak lebih 6 kali sebatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit
Semasa pelaksanaan sebatan dijalankan, walaupun ramai yang menunggu di luar dewan untuk menyaksikan hukuman dijalankan, namun mereka tidak dapat masuk kerana ia dihadkan kepada sejumlah atau sekelompok orang tertentu. Dengan menghadkannya kepada kelompok orang tertentu ini sebenarnya telah mengelakkan berlakunya penghinaan awam, merendahkan martabat dan melucutkan maruah individu sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu
Kelompok orang yang dibenarkan menyaksikan inilah yang berperanan menyebarkan maklumat dengan meluas sebagai peringatan bukan sahaja untuk diri sendiri, juga kepada orang yang tidak dapat menyaksikannya dan orang yang tidak dapat hadir, supaya tidak melakukan kesalahan sama
Yang berada di luar dewan, tidak dapat masuk untuk menyaksikan, tetapi mereka maklum bahawa ada pesalah yang disebat di dalam sana. Penulis percaya bahawa ketakutan yang timbul pada mereka adalah lebih kuat, untuk mengambil peringatan serta menjauhinya (kesalahan). Akan tersebarlah bicara mengenainya apabila yang hadir (walaupun tidak dapat menyaksikan) menyampaikannya kepada yang tidak hadir
Sebatan syariah samada dijalankan di dalam Penjara atau di luar penjara tidaklah kejam, bukannya tidak berperikemanusiaan dan tidaklah menjatuhkan maruah pesalah
Buktinya, sebatan syariah tidak mencederakan pesalah sebagaimana sebatan rotan di mahkamah sivil. Alatan untuk sebatan syariah tiada ruas atau buku, panjangnya tidak lebih 1.22 meter dan tebal tidak lebih 1.25 cm. Sebelum hukuman dilaksanakan, pesalah telah diperiksa oleh pegawai perubatan kerajaan dalam bilik khas, untuk memastikan pesalah itu dalam keadaan yang baik untuk disebat. Sebatan dilaksanakan oleh pegawai penjara dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala dan tidak melukakan kulit pesalah. Sebatan dengan cara diangkat, satu persatu bukan ditarik. Sebatan hanya dikenakan di bahagian badan, bukan kepada muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah disebat dalam keadaan memakai pakaian khas yang menutup aurat. Malah pesalah sepanjang masa memakai pelitup muka (mask). Sebatan di Mahkamah sivil boleh dikatakan kejam, boleh mencederakan dan hanya kepada pesalah lelaki, tetapi tidak ada pula pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia menuntut ia dihapuskan atau dimansuhkan. Dalam kes di Terengganu ini, kesalahan pesalah adalah kesalahan berulang dan ia adalah kali ketiga. Sebelum ini, pada Julai 2023 tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara. Kemudian pada Februari 2024 sekali lagi tertuduh disabitkan atas kesalahan sama dan dihukum dengan empat sebatan dam turut dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda
Pesalah telah membuat pengakuan bersalah, telah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari, dan semakan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah juga telah dijalankan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, dan telah memutuskan mengekalkan hukuman dan kaedah pelaksanaan sebatan tersebut. Maksudnya tertuduh sendiri telah bersedia menerima hukuman dengan kaedah yang ditetapkan tersebut. Jika tidak sudah tentu pesalah membuat rayuan terhadap hukuman sebatan itu. Penulis tidak nampak apakah hak asasi pesalah yang telah dicabuli. Jika benar ada hak asasi dicabuli, kenapa pejuang hak asasi ini tidak tampil dengan Peguam mereka membuat rayuan bagi pihak pesalah, dan memohon penggantungan pelaksanaan hukuman şemasa dalam tempoh 14 hari selepas penghakiman? Jika pun selepas tamat tempoh 14 hari, mereka masih boleh memohon pelanjutan masa
Hak asasi tidak boleh dilihat dalam konteks individu semata-mata, tetapi juga perlu dilihat dalam konteks masyarakat keseluruhan. Hak asasi masyarakat keseluruhan adalah untuk diberikan pendidikan, pengajaran dan pencegahan supaya tidak akan melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan oleh pesalah, secara berulang kali. Apabila bertembung antara hak asasi individu dan hak asasi ramai, hak siapakah yang perlu diutamakan
Penggunaan logik atau hukum akal semata-mata tidak akan menuju kepada kebenaran seratus peratus kecuali ia dipandu dengan kehendak hukum wahyu dan hukum sunnah. Sebagaimana kata-kata Saidina Ali R.A yang bermaksud- “Kalaulah agama berdasarkan akal semata-mata, maka di bawah khuf (kasut) itu lebih utama disapu daripada atasnya.” Dakwaan sebatan khalayak melanggar undang-undang persekutuan dan syariahAda pihak berhujah bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah melebihi bidang kuasanya yang diberikan oleh undang-undang persekutuan melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Menurut mereka, Akta 355 hanya membenarkan rotan, bukan sebatan awam
Suka dijelaskan bahawa Akta 355 hanya menghadkan takat hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah, ke atas orang-orang Islam, berkenaan perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam
Berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta 355 itu, Dewan undangan Negeri Terengganu telah menggubal Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Terengganu 2001
Prosedur sebatan dinyatakan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Dua seksyen yang memperuntukkan kaedah pelaksanaan hukuman sebatan di Terengganu ialah seksyen 125 and seksyen 126
Dalam sub-seksyen 125 (3)(c) menyatakan bahawa “hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mama tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi maksud itu.”Seksyen ini jelas memberikan kuasa kepada Mahkamah syariah untuk menentukan mana-mana tempat bagi pelaksanaan hukuman sebatan samada sebatan di dalam penjara atau di luar penjara. Sebatan di luar penjara boleh jadi di Mahkamah syariah atau di masjid
Pada 26.12.2024, KerajaanNegeri Terengganu telah mewartakan tempat-tempat bagipelaksanaan hukuman sebat mengikut Hukum Syarak di luar penjara berkuat kuasa mulai 20 November 2024, iaitu Masjid Abidin, Kuala Terengganu ; Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu ; Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu ; Masjid Sultan Ahmad, Kemaman; Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun; Masjid Nasiruddin Shah, Besut; Masjid Ajil, Hulu Terengganu; Masjid Kelulut, Marang dan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu
Maka, dakwaan sebatan di luar penjara yang dilaksanakan ini melanggar undang-undang persekutuan dan undang-undang syariah adalah tidak tepat
KesimpulanSebagai seorang pengamal undang-undang syariah lebih 25 tahun, sebagai ketua sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang non-partism, sebagai anak jati Negeri Terengganu dan sebagai seorang Islam, penulis melihat tiada salah dan tiada masalah dari sudut undang-undang dan hüküm syarak untuk Mahkamah syariah memerintahkan dan melaksanakan sebatan di luar penjara. Terdapat hukum dalam Islam yang tidak diketahui hikmah dan falsafahnya dengan jelas, melainkan setelah ia dilakukan atau dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan dengan penuh keadilan mengikut petunjuk Ilahi dan Nabawi
Mungkin ada kelemahan yang kelihatan namun ia boleh ditambah baik dari masa ke semasa. Langkah pelaksanaan hukuman ke atas pesalah syariah bukan terikat kepada hukuman denda, penjara dan sebatan sahaja. Banyak solusi lain yang bercirikan syariah walaupun tidak menggunakan terminologi syariah. Contohnya Perintah Kehadiran Wajib (PKW). InshaAllah Penulis akan kupas dalam penulisan berikutnya. Wallahualam. ⁃ Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2025/01/sebatan-syariah-daripada-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 214 hits
IT is seemingly impossible to placate the fuss over making halal certification obligatory for non Muslim food beverage operators Such a reaction is observed after an encouraging revelation by the Halal Development Corp Bhd that more than in...
Media Statement Malaysian Muslim Consumers Association Malaysia Should Withdraw From W H O

Media Statement Malaysian Muslim Consumers Association Malaysia Should Withdraw From W H O

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 114 hits
Here is a media statement by the Persatuan Pengguna Islam Malaysia We call on the Malaysian Government to withdraw from WHO membership to ensure the country s sovereignty particularly in shaping a more transparent National Health Policy fre...
Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 275 hits
Hi Travelers Let me tell you why Malaysia s Truly Asia 2026 campaign is about to become your new obsession Whether you re a globetrotter social media fanatic hotelier or just someone who crave for cuti cuti vibes this campaign isn t just ab...
Pm Malaysia To Assist In Gaza Reconstruction

Pm Malaysia To Assist In Gaza Reconstruction

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 118 hits
Malaysia which has for decades championed the rights and freedoms of the Palestinian people will extend assistance for the reconstruction of Gaza Prime Minister Anwar Ibrahim said today He said Malaysia would pray that the ceasefire announc...
Savour The Spirit Of Ramadan With Legoland Malaysia Resort S Nusantara Delights

Savour The Spirit Of Ramadan With Legoland Malaysia Resort S Nusantara Delights

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 229 hits
Ramadhan is almost here and guess what LEGOLAND Malaysia Resort is pulling out all the stops for a family friendly buka puasa experience that ll have you saying Memang terbaik From 7th to 28th March 2025 they re serving up the Flavours of N...
Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 179 hits
MALAYSIA mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju dalam ekonomi digital Asia terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan Menurut pakar siber keselamatan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya M Selvakumar hal itu dikukuhkan dengan pe...
Cara Renew Insurans Kereta Online Di Malaysia

Cara Renew Insurans Kereta Online Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 164 hits
Cara renew insurans kereta okay Sudah masuk tahun 2025 baru terdetik untuk semak insurans kereta Insurans kereta menghampiri tarikh tamat tempoh Sebagai seorang yang sibuk dengan urusan kerja harian memang tidak sempat untuk pergi ke jpj at...
What S New Of Low Level Immigration Officers In Malaysia Can Afford Bmw 5 Series Have Few Wives

What S New Of Low Level Immigration Officers In Malaysia Can Afford Bmw 5 Series Have Few Wives

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 119 hits
A VIDEO clip purportedly uploaded on TikTok by the Malaysian Anti Corruption Commission to spark public awareness has revealed several low level Immigration Department officers having cash amounting to hundreds of thousands of ringgit stash...
Anwar Malaysia Joined Brics To Navigate Global Shifts Not Choose Sides

Anwar Malaysia Joined Brics To Navigate Global Shifts Not Choose Sides

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 202 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his lecture at the London School of Economics and Political Science BERNAMA picKUALA LUMPUR Malaysia s decision to join BRICS was not about aligning with a particular bloc but rather a resp...
Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Drama Gadis Masa Lakonan Mira Filzah Syafiq Kyle

Sarapan Capati Di Warong Tujuh Pagi

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

How To Choose The Best Donabe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Kongsi Kasih Jejak Jalanan Musim Baharu Yang Lebih Wangi Dengan Perfume Paradise

Perkahwinan Di Raja Sultan Mahmud Tengku Mariam Damaikan Kerajaan Pahang Johor

Jimat Sehingga Rm300 Untuk Realme 13 Series Dalam Jualan Kilat Tahun Baru Cina

Buasir Otak Tv Roblox Cuba Game Squid Game Musim 2 Live

Peristiwa Israk Mikraj

Resepi Rendang Ikan Tenggiri Cara Masak Sedap Dan Mudah