Sebanyak Rm120 000 Kompaun Dikeluarkan Sepanjang Kempen Prn


AGENDA DAILY
Bendera parti bertanding semasa Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini.
Polis Melaka mengeluarkan sembilan kompaun bernilai RM120,000 kepada pelbagai parti politik kerana melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 hingga 19 Nov lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh berkenaan kerana melakukan pelbagai kesalahan melibatkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka di bawah Akta 342 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 seperti berhimpun dan sebagainya manakala 18 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Secara keseluruhan, sepanjang tempoh kempen, hari mengundi dan pengumuman kemenangan parti politik, tiada sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam berlaku,” katanya lapor Bernama hari ini.
Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang dan SOP yang dilaksanakan sepanjang PRN Melaka menjamin kesihatan awam dan menyuburkan demokrasi menerusi pelaksanaan pilihan raya.
Katanya, PRN Melaka dilihat mencapai matlamat ditetapkan kerajaan iaitu mengawal kesihatan awam menerusi SOP ketat dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan penguat kuasa terlibat.
Abdul Majid berkata Polis Melaka juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka yang turut memberi kerjasama dengan mematuhi SOP PRN ditetapkan.
“Rakyat Melaka hebat kerana tidak terbawa-bawa sentimen politik sebaliknya mereka lebih mementingkan kesihatan awam dan keselamatan,” katanya.
Pada PRN Melaka Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.
Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lima kerusi DUN manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh dua kerusi DUN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/sebanyak-rm120000-kompaun-dikeluarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebanyak Rm198 000 Kompaun Sudah Dikenakan Kepada Parti Bertanding

Sebanyak Rm198 000 Kompaun Sudah Dikenakan Kepada Parti Bertanding

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 196 hits
AGENDA DAILY Polis sentiasa memantau kempen parti politik di Melaka agar tidak melanggar peraturan dan SOP ditetapkan Parti parti politik yang menganjur program semasa Pilihan Raya Negeri Melaka sudah dikenakan kompaun sebanyak RM198 000 ke...
Zahid Rauf Dikompaun Rm10 000 Langgar Sop Pada Prn Melaka

Zahid Rauf Dikompaun Rm10 000 Langgar Sop Pada Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 286 hits
Kesalahan lawatan ke rumah dan tak pakai pelitup muka KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dikenakan kompaun RM10 000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standa...
Rauf Sudah Menang Tak Kisah Kena Kompaun Rm10 000 Langgar Sop

Rauf Sudah Menang Tak Kisah Kena Kompaun Rm10 000 Langgar Sop

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 287 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dikompaun RM10 000 setiap seorang kerana melanggar SOP Walaupun dikenakan kompaun RM10 000 kerana melanggar prosed...
Kempen Prn Melaka Masuki Fasa Kedua

Kempen Prn Melaka Masuki Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 306 hits
BH ONLINE Kelihatan bendera parti yang bertanding telah dipasang bagi kempen Pilihan Raya Negeri Melaka sekitar pekan Masjid Tanah yang berada di dalam Dewan Undangan Negeri Lendu Sepanjang tempoh PRN Melaka jentera pilihan raya dibenarkan ...
Prn Melaka Kempen Media Sosial Susah Sarawak Lagi Lah Teruk

Prn Melaka Kempen Media Sosial Susah Sarawak Lagi Lah Teruk

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 334 hits
Prosedur Operasi Piawai berkempen yang terlalu ketat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini diakui oleh calon calon Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional telah membataskan peluang mereka memperkenalkan diri kepada pengundi Bagi calon PH...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked