Sebaiknya Nga Kor Ming Batal Segera Hasrat Tonjolkan Kampung Baru Cina Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco


 
Sebagai langkah untuk meredakan kemarahan UMNO berikutan tindakannya mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan segera cuba mengajak pemimpin parti itu untuk bertemu serta berbincang dengannya.

Katanya, langkah itu bagi mengelak salah faham dan memahami isu berkaitan.

Sebagau responnya, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudian berkata, mereka sedia bertemu tetapi tetap menolak cadangan Nga Kor Ming itu.

Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan keras membantah hasrat untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco.

Mereka menyifatkan cadangan Nga Kor Ming itu bersifat perkauman dan memecah-belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Secara jujurnya, hasrat Nga Kor Ming itu memang tidak kena dan tidak sesuai, bukan saja dalam konteks perpaduan dan kepelbagaian kaum yang ada, bahkan juga tidak tepat dari dari segi sejarahnya.

Lebih tidak kena kerana kerajaan yang mentadbir negara ketika ini ialah kerajaan perpaduan yang tidak patut sama sekali menonjolkan keutamaan kepada sesuatu kaum saja.

Sebagai menteri di mana DAP berada di dalam kerajaan bersama pelbagai parti lain termasuk UMNO, Nga Kor Ming sepatutnya lebih berjiwa Malaysia daripada mengutamakan kaumnya saja.

Lagi pula, dalam konteks kampung, yang betul-betul boleh dianggap sebagai warisan ialah penempatan orang asli.

Selepas itu, barulah kampung-kampung tradisi yang didiami oleh orang Melayu.

Kampung Baru Cina hanya diwujudkan sekitar tahun 40-an dan 50-an sebagai kaedah membendung pengaruh dan simpati kaum Cina kepada pemberontak komunis.

Dengan itu, di mana logiknya Kampung Baru Cina mahu dijadikan tapak warisan dunia Unesco?

Oleh kerana DAP sudah berada dalam kerajaan, pemimpin-pemimpin parti itu seharusnya tidak terbawa-bawa secara keterlaluan dengan sentimen perkauman parti yang dianggotai dalam tindakan yang mahu diambil.

Berbuat demikian hanya mengesahkan lagi tanggapan umum, khususnya di hati orang-orang Melayu selama ini bahawa DAP adalah sebuah parti yang pekat chauvinis Cinanya.

Apabila sudah berada di dalam kerajaan dan menerajui kementerian, sebarang tindakan mestilah untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum serta keturunan.

Dalam hal ini, adalah disarankan agar Nga Kor Ming menarik balik dan membatalkan saja secara serta-merta hasratnya ingin mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco itu.

Selain tidak sesuai dan tidak menepati konteks warisan dunia, isu ini juga jika dibiarkan berterusan hanya memberi peluru kepada pihak pembangkang untuk menyerang dan melemahkan lagi sokongan orang Melayu kepada kerajaan.

Carilah benda lain yang bersifat kepelbagaian kaum dan melambangkan wajah Malaysia yang sebenar jika Nga Kor Ming ingin juga mencipta nama berjaya meletakkan sesuatu sebagai tapak warisan dunia Unesco sepanjang berpeluang memegang jawatan sebagai menteri.

Dalam konteks yang lebih luas, sudah sampai masanya untuk Nga Kor Ming segera berubah dengan memiliki jiwa Malaysia yang sebenar dalam jawatan kerajaan yang disandang jika mahu DAP diterima lebih lama dalam berada kerajaan dan tidak ditakuti, khususnya oleh orang-orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti dan teras di negara ini. – ShahbudinHusin 12/02/2024.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/sebaiknya-nga-kor-ming-batal-segera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Penolakan Cadangan Untuk Mengiktiraf Kampung Baru Cina Sebagai Warisan Unesco Ppim 08 02 2024

Aktiviti Penolakan Cadangan Untuk Mengiktiraf Kampung Baru Cina Sebagai Warisan Unesco Ppim 08 02 2024

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 374 hits
8 Februari 2024 Khamis Satu Sidang Media Tergempar telah diadakan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi membincangkan tentang penolakan cadangan untuk mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai warisan UNESCO
Cadangan Kampung Baru Cina Tapak Unesco Tidak Wajar Dipolitikkan

Cadangan Kampung Baru Cina Tapak Unesco Tidak Wajar Dipolitikkan

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 499 hits
Cadangan mewartakan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia tidak harus dipolitikkan sehingga memecah belah keharmonian kaum Malah kata Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Kasim pewartaan oleh Pertubuhan Pendid...
Kampung Baru Cina Adalah Kem Tahanan Penyokong Kominis

Kampung Baru Cina Adalah Kem Tahanan Penyokong Kominis

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 320 hits
Kampung Baru Cina adalah kem tahanan penyokong Kominis ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be L4OEC27Pnxg src in org https www youtube com embed L4OEC27Pnxg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www yo...
Wacana Sinar Kampung Baru Kontroversi Atau Pengiktirafan Unesco

Wacana Sinar Kampung Baru Kontroversi Atau Pengiktirafan Unesco

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 499 hits
Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO mencetuskan polemik dan kontroversi Dengarkan penjelasan ahli ahli panel hebat ini dalam Wacana Sinar edisi...
Cerita Sudah Tutup Nga Kor Ming Akhirnya Angkat Bendera Putih

Cerita Sudah Tutup Nga Kor Ming Akhirnya Angkat Bendera Putih

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 304 hits
Cubaan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco nampaknya tidak lagi menjadi isu kerana ia sudah pun tutup cerita hanya beberapa hari setelah cadangan dilontarkan Menteri berkaitan terlihatnya cepat sedar isu b...
Pemuda Umno Tolak Bincang Dengan Nga Kor Ming Sebaliknya Tawar Ajar Sejarah Tanah Melayu

Pemuda Umno Tolak Bincang Dengan Nga Kor Ming Sebaliknya Tawar Ajar Sejarah Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 192 hits
Ekoran kontroversi permohonan pengiktirafan dunia terhadap perkampungan masyarakat Cina Pemuda Umno memberitahu mereka menawarkan pembelajaran sejarah buat menteri yang berkenaan Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata pada dasarnya sayap parti Umn...
Warga Malaysia Tegur Orang Asing Yang Buang Sampah Di Klcc Semasa Tahun Baru Cina

Warga Malaysia Tegur Orang Asing Yang Buang Sampah Di Klcc Semasa Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 305 hits
Cutinya waktu perayaan memang peluang terbaik untuk orang orang melancong ke tempat tempat yang ramah pelancong Tetapi selain berseronok adalah penting bagi orang ramai untuk menjaga kebersihan persekitaran supaya orang lain juga dapat meni...
Tema Old Shanghai Sempena Tahun Baru Cina Di Suria Klcc

Tema Old Shanghai Sempena Tahun Baru Cina Di Suria Klcc

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 437 hits
TEMA OLD SHANGHAI SEMPENA TAHUN BARU CINA DI SURIA KLCC Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC Dekorasi Old Shanghai bakal membawa pengunjung terokai masa lampau dengan penuh gaya Suria KLCC terkenal dengan idea kreati...
Kampung Tu Dah Memang Kampung Cina Sejak Zaman Dulu Dulu

Kampung Tu Dah Memang Kampung Cina Sejak Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 366 hits
Cadangan jadikan Kampung Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO Benda ni jadi isu sekarang ni Baru baru isteri aku cerita dia share poster pemberian bonus oleh PMX kepada kakitangan awam ada yang reply dengan cerita yang kononnya ker...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Kesilapan Kecil Yang Buat Hutang Semakin Menjadi Jadi Ramai Tak Sedar

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Belajarlah Redha Walau Dalam Keperitan

Khutbah Jumat Jangan Tasyabbuh Larangan Menyerupai Non Muslim Dalam Islam

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Daun Kesum