Sebaik Lantikan Kabinet Pn Dijangka Berpecah




Tidak dinafikan kerajaan Perikatan Nasional atau PN yang baru mengangkat sumpah Ahad lalu adalah kerajaan paling rapuh dan boleh tumbang serta berkecai bila-bila masa saja daripada sekarang.Berikutan kedudukan majoritinya di Parlimen masih lagi kabur, kedudukan Muhyiddin Yassin hampir pasti akan ditentukan dalam sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada 9 Mac ini.Sekiranya Muhyiddin gagal menarik sokongan melebihi 112 Ahli Parlimen terhadapnya sehingga 9 Mac ini, pilihan yang ada baginya ialah menangguhkan dahulu sidang Parlimen itu.Oleh kerana sidang Parlimen terakhir diadakan ialah pada 5 Disember 2019 lalu, Muhyiddin hanya ada tempoh untuk menangguhkannya sehingga 5 Jun iaitu selama enam bulan daripada kali terakhir Parlimen bersidang.Mahu tidak mahu, dalam tempoh sebelum Jun akan datang, melalui kuasa dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin mesti berusaha sedaya upaya menambah sokongan Ahli Parlimen terhadapnya, tidak kira sama ada melalui tawaran jawatan, kedudukan, projek atau habuan wang tunai barang dua tiga beg.Sebaik saja cukup sokongan terhadapnya, itulah masa yang terbaik untuk Muhyiddin memanggil sidang Parlimen bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan PN sebagai kerajaan.Jika gagal juga, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan berakhir melalui usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh PH serta pasti disokong oleh Tun Mahathir Mohamad dan beberapa kelompok Ahli Parlimen lain yang tidak setuju dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Presiden Bersatu itu.Kalau Muhyiddin gagal mempertahankan jawatannya dalam sidang Parlimen yang mesti diadakan selewat-lewatnya Jun nanti, bukan saja beliau akan menjadi Perdana Menteri paling singkat memegang jawatan, bahkan PN juga akan menjadi kerajaan paling pendek dalam sejarah negara ini.Kerapuhan lain yang tidak mustahil menyebabkan PN boleh berkecai ialah apabila lantikan menteri-menteri kabinet dilakukan oleh Muhyiddin.Sebagaimana yang kita sedia maklum, selain UMNO yang merupakan blok terbesar dengan 38 Ahli Parlimen yang sudah pasti akan menuntut jumlah menteri terbanyak, Pas yang mempunyai 18 kerusi Parlimen juga tentu tidak akan berserah atau redha begitu saja dalam soal jawatan kabinet ini.Perlantikan itu nanti boleh saja membuatkan ada yang berkecil hati dan tidak puas hati, apabila jika mereka itu berjawatan lebih kanan dalam parti.Selain jawatan menteri, jawatan yang turut dituntut oleh UMNO ialah Timbalan Perdana Menteri.Soalnya, siapakah Timbalan Perdana Menteri yang akan dilantik oleh Muhyiddin?Adakah beliau akan melantik pemimpin-pemimpin yang ada jawatan kanan dalam UMNO atau akan melantik Hishammuddin Hussein atau Khairy Jamaluddin yang tidak berada dalam hireaki parti?Oleh kerana pemimpin-pemimpin UMNO adalah ibarat harimau lapar sejak kehilangan kuasa pada Mei 2018 lalu, mereka kini dalam kedudukan begitu pelahap kepada jawatan dan sesiapa juga yang dilantik sebagai menteri atau Timbalan Perdana Menteri, pihak yang tidak puas hati sentiasa ada alasan untuk melalak dan memberontak.Akhirnya, perebutan jawatan dan dengki sesama sendiri itu tidak mustahil membuatkan Muhyiddin sendiri terpelanting daripada jawatannya.Dalam Bersatu pula terbahagia kepada tiga kumpulan – Ahli Parlimen asal Bersatu, Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu seramai 13 orang dan kumpulan Azmin Ali yang baru-baru ini mengumumkan menyertai Bersatu berjumlah 10 orang.Dalam ketiga-tiga kumpulan itu terdapat di antaranya bekas-bekas menteri dan mereka yang masih bernafsu besar untuk kembali semula sebagai menteri.Untuk melantik semua bekas menteri daripada ketiga-tiga kumpulan itu sebagai menteri memang ternampak mustahil kerana jawatannya begitu terhad, selain perlu berbahagi dengan UMNO, Pas dan GPS di Sarawak.Jika ada yang tercicir daripada dilantik sebagai menteri, apabila pernah menjadi menteri di zaman PH atau mereka yang berasa telah memainkan peranan penting menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, kemungkinan untuk mereka berasa kecil hati dan kembali menyokong PH atau Tun Mahathir adalah besar sekali.Apalagi jika dengan beralihnya sokongan itu boleh menyebabkan PN tumbang dan mereka pula ditawarkan jawatan menteri oleh PH atau Tun Mahathir.Yang pasti, bulan-bulan mendatang ini bukan saja menyaksikan kerapuhan kerajaan PH dan kedudukan Muhyiddin bila-bila masa saja boleh tumbang, tetapi juga menjadi tontotan kita semua di mana ada Ahli Parlimen menjadi bahan tawar-menawar umpama harga daging di pasar menjelang musim perayaan. (ShahbudinHusin 03/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/sebaik-lantikan-kabinet-pn-dijangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Dijangka Akan Berpecah Sebaik Saja Menteri2 Mula Dilantik

Pn Dijangka Akan Berpecah Sebaik Saja Menteri2 Mula Dilantik

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 215 hits
Shahbudin Husin Tidak dinafikan kerajaan Perikatan Nasional atau PN yang baru mengangkat sumpah Ahad lalu adalah kerajaan paling rapuh dan boleh tumbang serta berkecai bila bila masa saja daripada sekarang Berikutan kedudukan majoritinya di...
Muhyiddin Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

Muhyiddin Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 319 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain da...
Perdana Menteri Dijangka Umumkan Senarai Penuh Kabinet Petang Ini

Perdana Menteri Dijangka Umumkan Senarai Penuh Kabinet Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 525 hits
Setelah hampir 1 minggu kita semua menantikan senarai penuh Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan yang ia akan diumumkan pada jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri Muhyiddin juga dijadualkan akan menghadap Y...
Kabinet Perikatan Nasional Dijangka Diumum Selasa Zuraida

Kabinet Perikatan Nasional Dijangka Diumum Selasa Zuraida

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR 8 Mac Kabinet Perikatan Nasional dijangka diumum pada Selasa ini menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin Zuraida turut menzahirkan harapan agar 30 peratus barisan Kabinet yang dipilih Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Y...
Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Penganalisis percaya tentangan terhadap pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru boleh diatasi dengan melantik menteri yang berkaliber dan berkebolehan Pakar geostrategik dari Universiti Teknologi Malaysia Azmi...
Umno Tak Senang Bayangan Kabinet Muhyiddin

Umno Tak Senang Bayangan Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 548 hits
Malaysiakini Ketika ini dipercayai timbul spekulasi mengatakan Umno kurang senang dengan rancangan awal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentuk kabinetnya selepas mengangkat sumpah baru baru ini Hal itu dikesan selepas tular beberapa tul...
Pas Berminat Sertai Kabinet Muhyiddin

Pas Berminat Sertai Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 587 hits
PETALING JAYA PAS berminat sertai Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menurut beberapa pemimpin yang dihubungi memberi gambaran mereka sedia menggalas tanggungjawab sebagai parti pemerintah persekutuan bersama PPBM dan Barisan Nasional...
Jumlah Kabinet Mahathir Vs Muhyiddin

Jumlah Kabinet Mahathir Vs Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 465 hits
Seorang pemimpin kanan Bersatu menjangkakan jumlah kementerian untuk kerajaan Perikatan Nasional pimpinan presiden parti itu akan sama seperti sebelum ini Saya rasa masih sama kata Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Asari ketika dihubungi M...
Kabinet Tiada Syarat Permintaan Dari Pas

Kabinet Tiada Syarat Permintaan Dari Pas

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 221 hits
BERITAPAS menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memilih anggota kabinetnya Saya menegaskan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YAB perdana menteri until membentuk jemaah menteri dalam masa terdekat...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ketupat Palas In The Making

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka