Sebab Rasulullah Saw Tidak Pernah Melaungkan Azan



Soalan:
Saya ingin bertanya, mengapa Nabi SAW sendiri tidak melaungkan azan?

Jawapan:
Sesungguhnya memang terdapat perbahasan dalam kalangan ulama’ tentang mengapa Nabi SAW tidak melaungkan azan tetapi hanya menjadi imam solat. Para ulama’ juga mengatakan bahawa Nabi SAW tidak melaungkan azan begitu juga para khulafa’ al-Rasyidin selepas Baginda seperti mana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi:

بِأَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وآله وسلم ثُمَّ الْخُلَفَاءَ الرَّاشِدِينَ أَمُّوا وَلَمْ يُؤَذِّنُوا، وَكَذَا كِبَارُ الْعُلَمَاءِ بَعْدَهُمْ
“Sesungguhnya Nabi SAW, seterusnya Khulafa’ al-Rasyidin mengimamkan tetapi tidak melaungkan azan, begitu juga tokoh-tokoh ulama’ yang utama selepas mereka.” [Lihat kitab al-Majmu’ (3/86)]

Dalam menjawab persoalan mengapa Baginda Nabi SAW dan para khulafa’ al-Rasyidin tidak melaungkan azan, kerana Nabi SAW dan Khulafa’ selepas baginda mempunyai tugas yang sangat besar iaitu menyelesaikan masalah umat Islam yang lebih penting, dan tugas-tugas ini tidak mungkin dilaksanakan oleh orang lain. Maka, masa mereka sangat penting dalam memenuhi segala keperluan umat. Berbeza pula dengan menjadi imam, kerana solat itu adalah wajib, dan pasti mereka akan menghadirinya. Imam al-Nawawi menyandarkan hujah ini dengan kata-kata Sayyidina Umar RA:

"لَوْ كُنْتُ أُطِيقُ الأَذَانَ مَعَ الْخِلافَةِ لأَذَّنْتُ "
“Sekiranya aku mampu untuk (melakukan kerja) melaungkan azan dalam masa yang sama (melakukan tugas) Khilafah, akan aku azan.” [Riwayat al-Baihaqi (1858)]

Para fuqaha’ lain turut tidak ketinggalan membahaskan hikmah disebalik persoalan ini, iaitu mengapa Nabi SAW tidak melaungkan azan:

1. Imam Izzuddin Abdul Salam menyebutkan: “Di antara sebab Nabi SAW tidak melaungkan azan kerana sesungguhnya Nabi SAW apabila melakukan sesuatu, Baginda akan beristiqamah melakukannya. Namun seperti yang disebutkan di atas, Baginda sangat sibuk menguruskan urusan umat, hingga tidak mempunyai waktu untuk beristiqamah melaungkan azan.” [Lihat Ahasin al-Kalam (3/125)]

2. Al-Hattab menyatakan hikmah di sebalik hal ini ialah, sekiranya Baginda SAW melaungkan azan, yang di dalamnya terdapat kata perintah untuk menunaikan solat pada ibarat:

حي على الصلاة
“Marilah menunaikan solat.”

Sedangkan solat itu mempunyai waktunya yang luas, iaitu boleh ditunaikan sepanjang waktunya, seperti solat zohor yang boleh ditunaikan selagi belum masuk waktu asar. Namun, apabila yang menyeru itu adalah Nabi SAW, maka adalah menjadi suatu kesalahan apabila menolak seruan atau perintah Nabi SAW, seperti yang disebutkan melalui firman Allah SWT:


لَّا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُم بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللَّـهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nur: 63)

Maka jelaslah berdasarkan firman Allah SAW di atas, berdosalah orang yang mendengar seruan Nabi SAW tetapi tidak melakukannya. [Lihat Mawahib al-Jalil (1/422)]

3. Imam al-Naisaburi pula menyatakan hikmah di sebalik persoalan ini ialah, bahawa kesaksian Nabi SAW sebahagian daripada azan, maka tidak harus untuk Baginda bersaksi ke atas diri Baginda sendiri. [Lihat Nur al-Absor (49)]

Namun begitu, walaupun Nabi SAW tidak melaungkan azan menyeru untuk menunaikan solat, terdapat begitu banyak nas menyebutkan tentang kedudukan muazzin atau orang yang melaungkan azan. Antaranya:

1. Firman Allah SWT:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah.” (Surah Fussilat: 33)

2. Sabda Nabi SAW melalui hadith yang diriwayatkan Malik Bin Huwairith RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ ‏"‏‏.
“Maka laungkanlah azan salah seorang daripada kamu, dan pimpinlah solat oleh yang paling tua daripada kamu.” [Riwayat al-Bukhari (628)]

3. Kemulian para mua’zin ini dilihat jelas apabila Baginda Nabi SAW mendoakan secara khusus berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ
“Ya Allah, bimbinglah para imam dan ampunilah para mua’zin.” [Riwayat Abu Daud (517)]

4. Selain itu, terdapat juga hadith yang menyebutkan ganjaran khusus buat para mua’zin sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَذَّنَ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ سَنَةً وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ وَكُتِبَ لَهُ بِتَأْذِينِهِ فِي كُلِّ يَوْمٍ سِتُّونَ حَسَنَةً وَلِكُلِّ إِقَامَةٍ ثَلاَثُونَ حَسَنَةً
“Barangsiapa yang melaungkan azan selama dua belas tahun, diwajibkan ke atasnya syurga, dan ditulis setiap laungan azannya pada setiap hari 60 kebaikan dan setiap iqamah yang dilaungkan 30 kebaikan.” [Riwayat Ibn Majah (728)]

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan hujah di atas, sesunguhnya setiap sesuatu yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh Baginda Nabi SAW itu mempunyai hikmah dan rahsia yang sangat besar. Setiap gerak-geri Nabi SAW itu mempunyai kesan kepada umat Baginda. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami syariat-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/sebab-rasulullah-saw-tidak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasulullah Saw Melihat Telaga Al Kautsar

Rasulullah Saw Melihat Telaga Al Kautsar

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 417 hits
Orang Arab menggunakan kata al Kautsar untuk menggambarkan sesuatu yang banyak Dan al Kautsar itu banyak airnya banyak gelasnya banyak keberkatannya dan banyak kebaikannya Al Kautsar adalah anugerah yang Allah Jalla wa Azza berikan khusus u...
Rasulullah Saw Menggambarkan Sidratul Muntaha

Rasulullah Saw Menggambarkan Sidratul Muntaha

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 477 hits
Sidratul Muntaha adalah sebuah pohon besar yang berada di langit ketujuh Ia adalah pemisah Disebut muntaha kerana ia merupakan batas akhir dari sebuah perjalanan Tidak ada satu makhluk pun yang pernah melewatinya kecuali Rasulullah shallall...
Mukjizat Bulan Terbelah Di Zaman Rasulullah Saw

Mukjizat Bulan Terbelah Di Zaman Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 375 hits
Peristiwa terbelahnya bulan adalah di antara mukjizat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam Mukjizat ini adalah jawapan atas tentangan orang orang kafir Quraisy Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam a...
Ini Rahsia Nabi Muhammad Saw Tak Pernah Sakit Perut Walaupun Sehari Dalam Hidupnya Amalkan Dan Sebarkan

Ini Rahsia Nabi Muhammad Saw Tak Pernah Sakit Perut Walaupun Sehari Dalam Hidupnya Amalkan Dan Sebarkan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 579 hits
INI RAHSIA NABI MUHAMMAD SAW TAK PERNAH SAKIT PERUT WALAUPUN SEHARI DALAM HIDUPNYA AMALKAN DAN SEBARKAN Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan 1 Susu dengan ikan2 Cuka dengan susu3 Buah buahan dengan susu4 Daun salad dengan i...
Kata Kata Abu Jahal Akan Keperibadian Rasulullah Saw

Kata Kata Abu Jahal Akan Keperibadian Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 366 hits
Al Masur bin Mukhramah anak buah Abu Jahal anak dari saudara perempuannya bertanya kepada Abu Jahal tentang sifat peribadi Muhammad bin Abdullah shallallahu alaihi wasallam Wahai pakcikku apakah kalian menuduh Muhammad itu berdusta sebelum ...
Kirim Salam Kepada Rasulullah Saw

Kirim Salam Kepada Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 356 hits
Soalan Saya pernah mendengar dalam satu siri kuliyah agama dimana seseorang telah bertanyakan apakah hukumnya mengirim salam kepada Rasulullah saw dan ustaz hanya menjawab dengan ringkas iaitu ada perselisihan ulamak padanya Setengah ulamak...
Opick Dipercaya Menjaga Rambut Rasulullah Saw Kedatangannya Disambut Dengan Shalawat

Opick Dipercaya Menjaga Rambut Rasulullah Saw Kedatangannya Disambut Dengan Shalawat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 286 hits
Rambut Nabi Muhammad SAW tersebut rencana akan disimpan di Rumah Tombo Ati milik Opick
Poligami Rasulullah Saw Vs Poligami Umat Sekarang

Poligami Rasulullah Saw Vs Poligami Umat Sekarang

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 612 hits
Artikel ini ditulis berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan Fakta fakta poligami Rasulullah Rasulullah berpoligami setelah
Pecatan Tni Yang Culik 6 Bocah Di Kendari Tak Pernah Hadiri Sidang Militer

Pecatan Tni Yang Culik 6 Bocah Di Kendari Tak Pernah Hadiri Sidang Militer

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 328 hits
Kepala Penerangan Kodam XIV Hasanuddin Kolonel Maskun Nafik yang dikonfirmasi Rabu malam ini membenarkan soal penangkapan dan pemberangkatan pelaku itu ke Makassar
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Salina

Ke Bazaar Masjid Negara Lagi Makan Nasi Kukus