Ayat paling sentap yang diujar Meor Shamshir dalam statusnya, “Dik… Pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?”Walaupun pedas tapi memang tak dapat dinafikan kebenarannya.Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut memberi beberapa contoh kesalahan besar yang dilakukan calon ketika menghantar permohonan melalui email.
Menurut Shamshir, calon haruslah menyatakan tujuan menghantar resume kepada majikan dan lebih utama, memberikan sedikit penerangan tentang diri sendiri supaya majikan mendapat informasi awal berkenaan calon tersebut.Ini tak, ada yang sekadar attach resume dan hanya menulis “Resume” dan “Terima Kasih”. Kalau macam ni dik, tak payah mimpilah majikan nak layan email kamu!Selain itu, calon juga haruslah peka ketika menghantar email kerana ia juga memperlihatkan tahap ketelitian seseorang ketika melakukan sesuatu tugas.
Sudahlah kesalahan ejaan pada ayat pendek pun tak dibetulkan, lagi mengecewakan, calon tersebut langsung tidak menyatakan tujuan utamanya dalam ruang ‘Subject’ dan hanya membiarkannya kosong.Malah lebih memeranjatkan, menurut Shamshir, ada individu yang tergamak melakukan kesilapan paling mega iaitu meletakkan penerangan panjang lebar di ruang ‘Subject’ dan membiarkan ruang yang patut diletakkan penerangan pula kosong.
Apalah guna belajar sehingga mendapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kalau perkara asas seperti menghantar email pun dah gagal!Sepatutnya, kelulusan dari universiti yang diperolehi harus seiring dengan ketelitian dan kepekaan setiap individu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Buat adik-adik yang baru tamat belajar, jangan ambil ringan perkara seperti ini kalau tak nak menganggur bertahun-tahun… |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |