Sebab Berlaku Kanser Perut


 Terdapat pelbagai jenis faktor risiko, punca dan penyebab yang boleh mengakibatkan sakit kanser perut (barah gastrik).
Ia terbahagi kepada dua iaitu faktor yang boleh diubah dan faktor yang tidak boleh diubah.
Walaupun risiko seseorang itu meningkat jika mereka mempunyai banyak faktor, namun ia tidak menjamin mereka akan didiagnosis dengan kanser perut.
Terdapat juga individu yang didiagnosis dengan barah tersebut walaupun mereka tidak mempunyai sebarang faktor risiko.
Pengetahuan berkaitan dengan topik ini boleh menggalakkan pemeriksaan awal berfaktorkan kepada kecenderungan untuk seseorang itu didiagnosis dengan kanser perut.
#1 Jantina
Kajian menunjukkan kanser perut lazim didiagnosis dalam kalangan lelaki.
#2 Usia penyebab sakit kanser perut
Walaupun kanser perut jarang berlaku pada populasi muda, insidennya meningkat apabila mencecah usia 50 tahun.
Usia merupakan salah satu punca sakit kanser perut. Kebanyakan penghidap didiagnosis apabila mereka berusia di antara 60 hingga 80 tahun.
#3 Etnik
Kanser perut lebih lazim didiagnosis dalam kalangan populasi Amerika Hispanik, Amerika Afrika, Amerika Natif dan mereka yang tinggal di kepulauan Asia/Pasifik.
#4 Faktor geografi 
Di peringkat global, kanser perut lebih lazim berlaku di China, Jepun, Eropah Timur, Eropah Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Ia jarang berlaku pada individu yang tinggal di Afrika Barat, Afrika Utara, Asia Selatan, Asia Tengah dan Amerika Utara.
#5 Jangkitan helicobacter pylori
Jangkitan helicobacter pylori (H pylori) merupakan salah satu punca utama terjadinya kanser perut.
Mereka yang dijangkiti dengan bakteria tersebut untuk satu tempoh masa yang lama boleh mengalami keradangan dan perubahan pra kanser pada lapisan dalam perut.
Perkara ini meningkatkan risiko untuk individu tersebut mendapat kanser perut.
Selain daripada barah gastrik, mereka yang didiagnosis dengan jangkitan H pylori turut berisiko untuk mengalami masalah limfoma perut.
Namun, ini tidak bermakna jika anda mempunyai bakteria ini, anda akan didiagnosis dengan masalah kanser.
#6 Limfoma perut
Individu yang didiagnosis dengan masalah limfoma tisu limfoid mukosa (MALT) mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh persamaan punca berlakunya kanser perut dengan limfoma perut; iaitu jangkitan bakteria H pylori.
#7 Pemakanan penyebab sakit kanser perut
Mereka yang gemar mengambil makanan panggang, ikan masin, daging masin dan jeruk sayuran mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.
Ia berikutan makanan tersebut kaya dengan nitrat dan nitrit. 
Kedua-dua molekul tersebut boleh ditukarkan oleh bakteria H pylori kepada kompaun yang berupaya untuk menyebabkan kanser.
Makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti buah dan sayur pula boleh merendahkan risiko kanser perut.
#8 Penggunaan produk tembakau
Tabiat merokok boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kanser perut.
Kebanyakan perokok didiagnosis dengan kanser perut pada bahagian atas, kawasan berdekatan dengan esofagus.
Berbanding dengan individu yang tidak merokok, risiko kanser perut bagi perokok adalah dua kali ganda lebih tinggi.
#9 Masalah berat badan berlebihan
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko kepada pelbagai jenis penyakit kanser.
Kanser kardia (komponen perut atas berdekatan dengan esofagus) merupakan salah satu jenis kanser yang boleh diakibatkan oleh masalah berkaitan dengan berat badan.
Meskipun begitu, kaitan di antaranya masih lagi tidak jelas dan kajian lanjut masih sedang dijalankan.
#10 Pernah menjalani pembedahan perut
Jika anda pernah menjalani pembedahan perut untuk merawat masalah bukan kanser seperti ulser, risiko anda untuk mendapat barah perut tinggi.
Ini berikutan perut anda tidak lagi boleh menghasilkan asid sebanyak dahulu menyebabkan bakteria penghasil nitrit mudah untuk hidup di dalam organ tersebut.
Terdapat juga risiko refluks jus hempedu yang boleh terjadi daripada usus kecil ke dalam perut selepas pembedahan.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan pra kanser dalam satu tempoh masa yang panjang sehingga terbentuknya kanser perut.
#11 Anemia pernisius
Pada organ perut, terdapat sel pada lapisan permukaan yang boleh menghasilkan faktor intrinsik.
Faktor tersebut penting kerana ia boleh membantu penyerapan vitamin B12 yang diperolehi daripada makanan.
Oleh sebab vitamin B12 penting dalam pembuatan sel darah merah, penurunan pada jumlahnya boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti anemia pernisius.
Individu yang didiagnosis dengan masalah ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.
#12 Penyakit Menetrier
Penyakit Menetrier adalah keadaan kesihatan di mana terdapat tumbesaran berlebihan pada lapisan perut sehingga menyebabkan ia membentuk lipatan yang besar.
Situasi tersebut boleh mengakibatkan jumlah asid perut berkurangan.
Penyakit ini sangat jarang didiagnosis. Oleh itu, risikonya untuk menyebabkan kanser perut masih lagi tidak jelas.
#13 Darah jenis A
Darah manusia boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada protein antigen yang terdapat pada permukaannya.
Kumpulan darah penting terutamanya ketika prosedur transfusi darah.
Walaupun kaitan di antara jenis darah dengan risiko kanser perut masih tidak jelas, akan tetapi mereka yang mempunyai darah jenis A mempunyai risiko yang tinggi untuk didiagnosis dengan barah perut.
Kajian masih lagi giat dijalankan bagi memahami fenomena di sebaliknya.
#14 Sindrom kanser warisan
Terdapat beberapa jenis kanser yang boleh menjadi punca atau meningkatkan kecenderungan untuk didiagnosis dengan sakit kanser perut.
Antaranya adalah:
Hereditary diffuse gastric cancer – Keadaan ini jarang didiagnosis namun penghidap mempunyai risiko setinggi 80 peratus untuk mengalami kanser perut. Wanita yang menghidap sindrom ini juga berisiko untuk mendapat kanser payudara.
Sindrom Lynch (HNPCC) – Merupakan masalah genetik yang dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat kanser kolorektal, perut dan beberapa kanser yang lain.
Familial adenomatous polyposis (FAP) – Individu yang terlibat boleh mempunyai ratusan atau ribuan polip di dalam usus besar. Risiko kanser kolorektal agak tinggi dan keadaan ini turut meningkatkan risiko kanser perut.
BRCA1 dan BRCA2 – Mutasi pada gen ini sering dikaitkan dengan kanser payudara. Apa yang ramai mungkin tidak tahu adalah penghidap juga mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kanser perut.
Sindrom Li-Fraumeni – Mutasi pada gen TP53 (gen penindas tumor) boleh menyebabkan risiko kanser perut pada individu terlibat meningkat. Kebiasaannya penghidap boleh didiagnosis dengan masalah kanser pada usia yang muda.
Sindrom Peutz-Jeghers (PJS) – Penghidap PJS kebiasaannya turut mempunyai polip pada kawasan selain usus besar dan perut seperti pada hidung, peparu dan pundi kencing. Polip yang terbentuk digelar hamartoma dan ia boleh menyebabkan masalah pendarahan dan usus tersumbat. Penghidap PJS kebiasaannya mempunyai risiko kanser payudara, kolorektal, pankreas dan perut.
#15 Sejarah keluarga kanser perut
Individu yang mempunyai sejarah keluarga kanser perut berisiko untuk mendapat masalah kesihatan tersebut.
Secara amnya, jika ibu, bapa atau adik beradik anda didiagnosis dengan kanser perut, risiko anda lebih tinggi berbanding dengan jika saudara mara anda didiagnosis dengan barah yang sama.
#16 Jenis polip perut tertentu
Walaupun kebanyakan polip yang tumbuh pada permukaan lapisan perut tidak mempunyai sifat kanser, namun polip adenoma boleh berubah menjadi barah.
Pemeriksaan oleh doktor dan analisis makmal boleh membantu membezakan jenis polip sekaligus terdedah dengan risiko individu untuk mendapat kanser. 
#17 Penyebab sakit kanser perut disebabkan jangkitan virus Epstein-Barr
Majoriti orang dewasa pernah dijangkiti oleh virus Epstein-Barr (EBV) sepanjang hayat mereka.
Jangkitan tersebut kebiasaannya berlaku semasa mereka kanak-kanak dan remaja.
Virus EBV sering dikaitkan dengan masalah limfoma. Ia juga terdapat pada sel kanser dalam kalangan 5 hingga 10 peratus penghidap kanser perut.
Peranan virus tersebut sampai terjadinya kanser perut masih lagi tidak jelas. 
Namun, kanser yang dikaitkan dengan EBV rata-ratanya membesar dengan perlahan, kurang agresif dan jarang tersebar ke organ lain.
#18 Pekerjaan tertentu
Pekerja yang bekerja di industri besi, arang dan getah mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.
#19 Penyakit kekurangan imun variabel umum (CVID) 
CVID adalah keadaan kesihatan di mana badan anda gagal menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan kuman.
Oleh sebab antibodi merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pertahanan badan, individu yang menghidapnya mudah untuk mendapat jangkitan kuman.
Masalah kesihatan lain seperti anemia pernisius, limfoma perut dan gastritis juga boleh didiagnosis dalam pesakit terbabit.
Keadaan ini meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser perut.
Konklusi
Terdapat pelbagai jenis punca, penyebab, dan faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit kanser perut.
Interaksi di antara faktor-faktor tersebut boleh meningkatkan kecenderungan anda untuk didiagnosis dengan barah.
Walaupun terdapat faktor dan punca yang tidak boleh diubah seperti usia, jantina dan faktor genetik, tetapi dengan perubahan gaya hidup boleh membantu sedikit sebanyak untuk menurunkan risiko kanser perut.
Sekiranya anda mengalami simptom kanser perut, buat pemeriksaan awal di fasiliti kesihatan berhampiran sekarang.
Sumber artikel dengan keizinan dari Hello Doktor. Artikel asal DI SINI. Moga bermanfaat.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/10/sebab-berlaku-kanser-perut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Awas Dengan Point No 7 Dan 9

19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Awas Dengan Point No 7 Dan 9

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 304 hits
19 Faktor Risiko yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut Seramnya Macam macam penyakit ada di dunia ni dan salah satu penyakit yang ditakuti ialah kanser Tak kira kanser apa sangat menggerunkan bunyinya Terdapat pelbagai jenis faktor risiko pun...
Gempar Lelaki Ini Terkejut Jumpa Ikan Bermata Satu Setelah Membelah Perut Ikan Jerung

Gempar Lelaki Ini Terkejut Jumpa Ikan Bermata Satu Setelah Membelah Perut Ikan Jerung

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 523 hits
Baru baru ini suatu hal mengejutkan penduduk Indonesia apabila menemui haiwan kecil aneh ketika membelah isi perut seekor jerung dewasa yang tersangkut di jaring milik seorang nelayan di Maluku Indonesia Menurut Yahoo News Australia nelayan...
Suami Tampar Isteri Selepas Ternampak Kesan Parut Di Bawah Perut Tuduh Wanita Itu Curang Tetapi

Suami Tampar Isteri Selepas Ternampak Kesan Parut Di Bawah Perut Tuduh Wanita Itu Curang Tetapi

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 309 hits
Malam pertama seharusnya menjadi detik yang bahagia bagi pengantin baharu Tetapi dalam kes kali ini detik itu menjadi pahit kerana kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku Dalam satu kes yang dialami sepasang pengantin baharu di China ini si...
24 Jam Sebelum Lahir Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu No 8 Paling Tak Sangka

24 Jam Sebelum Lahir Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu No 8 Paling Tak Sangka

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 762 hits
Pernah tak anda terfikir apa yang mungkin dilakukan bayi di dalam rahim sebelum dilahirkan Jika sebagai ibu anda akan mempersiapkan diri begitu jugalah dengan si manja Bayi di dalam rahim apa mereka lakukan Biasanya kita hanya akan berkongs...
Kempiskan Perut Buncit Agar Badan Besar Anda Tampak Lebih Sihat

Kempiskan Perut Buncit Agar Badan Besar Anda Tampak Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 1231 hits
Sebelum ini perut saya sangat buncit Buat kerja harian pun cepat letih dan mengah sebab badan besar Dah habis ratusan ringgit cuba macam macam produk tapi berat tak turun turun jugak Malah badan makin naik gemuk Perut makin buncit pulak Tap...
Perut Buncit Ini Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit

Perut Buncit Ini Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 2022 hits
Perut Buncit Ini Punca Dan Cara Mudah Menghilangkan Perut Buncit hi there masalah perut buncit selalu dikaitkan dengan lelaki lebihm untuk nampak lelaki yang perut buncit berbanding wanita Tapi wanita juga tidak terkecuali daripada mengalam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization