Seawal Usia 2 Tahun Kena Cabut Semua Gigi Doktor Kongsi Puncanya Tak Gosok Gigi


Anak sekecil secomel 2 tahun ini sudah dicabut semua gigi susunya. Kenapa?

Perkongsian cerita ini telah mendapat kebenaran ibunya demi memberi kesedaran dan pengajaran ibubapa diluar sana.
Ayden sangat susah untuk diberus giginya. Gusi sering berdarah dan mengadu sakit. Makan juga agak susah, maka dietnya hanya minum susu botol. Kebiasaannya apabila melihat kaum keluarga makan, dia akan meminta disuapkan.
Baca:
“Rasa Bersalah Dengan Anak” Genap 8 Tahun Berhenti Merokok, Bapa Ini Kongsi Tip.
Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Dijatuhkan Hukuman Mati
Resepi Sambal Cekur, Air Tangan Ibu Di Kampung Pembuka Selera Makanan Berpantang
Tetapi setelah disuap makanan oleh ibunya, dia tidak mengunyah malah diluek keluar makanannya.
Ibu pernah membawa Ayden berjumpa doktor gigi kerajaan untuk pemeriksaan. Sebaik diperiksa, doktor gigi memberi ubat tahan sakit.
Kemuncak kejadian, Ayden menangis-nangis tidak boleh tidur 2-3 malam akibat sakit gigi. Ibu memberi ubat tahan sakit tetapi tangisannya tidak reda. Ketika itu klinik kerajaan tutup.
Maka ibubapa membawa ke bahagian kecemasan hospital. Doktor gigi ‘oncall ‘ memberi ubat tahan sakit paracetamol.
Ayden tetap nangis kesakitan, keesokan paginya ibubapa membawa Ayden ke klinik gigi swasta. Doktor gigi tersebut menyarankan agar dirujuk ke pakar pergigian di hospital kerajaan kerana gusi sudah mulai bengkak-bengkak.
Sebaik jumpa doktor pakar di hospital, doktor memberi ubat antibiotik untuk dihabiskan . Rawatan tidak dapat terus dijalankan kerana senarai menunggu pesakit sangat ramai.
Mereka terpaksa pulang dan menunggu panggilan dari pihak hospital. Sekiranya ada pesakit lain yang terpaksa dibatalkan prosedur di dalam bilik pembedahan, barulah giliran rawatan Ayden akan di buat.
Kena pulang tunggu lagi. Selepas 2 hari menunggu, alhamdulillah dapat panggilan daripada pihak pakar bedah mulut hospital. Doktor memaklumkan Ayden perlu menjalani cabutan semua gigi susu dibawah bius umum (General Anaesthesia).
Boleh bayangkan bagaimana perasaan ibubapanya setelah prosedur? Melihat mulut anaknya penuh dengan jahitan dan bekas darah cabutan gigi?
Alhamdulillah..Sekarang semua sudah selesai.
—————————————————————————–
Cabut semua gigi susu? YA betul.
Ini kerana Ayden mengalami Karies Awal Kanak-kanak. Kes Ayden berpunca dari minum botol susu.
APAKAH KARIES AWAL KANAK-KANAK ?
Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan sebatang atau lebih sebatang gigi.
Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Diantara punca kejadian karies gigi :
1. Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi seperti gula-gula, makanan manisan.
2. Kurang atau tidak memberus gigi.
3. Teknik memberus gigi yang tidak betul dan tidak berkesan untuk menanggalkan plak sisa makanan
4. Menyusu botol minuman yang mengandungi gula sukrosa.
5. Transmisi (pemindahan) bakteria daripada ibubapa / penjaga kepada anak melalui air liur.
Contoh: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan. Kebersihan mulut ibu yang tidak memuaskan boleh menjangkitkan bakteria dari ibu kepada anak.
6. Pengambilan ubat yang mengandungi gula ( supplement tambahan)
_________________________________________
KENAPA GIGI AYDEN ROSAK HINGGA MENYEBABKAN BENGKAK GUSI ?
Sekiranya gigi berlubang tidak dirawat, lubang ini akan menjadi lebih besar dan merebak ke bahagian saraf gigi (pulpa) dan boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak gusi.
Sekiranya ini terjadi, rawatan yang lebih kompleks diperlukan iaitu rawatan akar ataupun cabutan bagi mengelakkan kerosakan kepada gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang kanak-kanak berkenaan.
APAKAH KESAN CABUTAN AWAL GIGI SUSU?
Cabutan gigi susu yang terlalu awal boleh menyebabkan kesesakan pada rahang akibat pergerakan gigi dan akhirnya boleh menyebabkan tiada ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh.
Jika ini berlaku, gigi kekal yang tumbuh akan berlapis dan kanak-kanak ini mungkin memerlukan rawatan ortodontik contohnya braces untuk membetulkan kedudukan gigi kekal berkenaan.
BAGAIMANA MENCEGAH KARIES GIGI SUSU ?
1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)
2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari
Ibubapa / penjaga perlu membantu dan pantau anak-anak bawah 8 tahun memberus gigi.
3. Ibubapa / penjaga perlu mengangkat bibir atas anak (Lift the Lip Technique), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.
4. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)
Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol. Jangan biarkan anak mengempeng susu botol !
5. Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan.
6. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.
7. Elakkan letak gula / manisan ke dalam botol susu.
8. Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah dan pantau kekerapan pengambilan makanan ringan.
9. Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
10. Minum air masak / berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula. Ini sebagai bilasan mulut.
11. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun. Seeloknya sebaik sahaja gigi susu mulai tumbuh.
Menjalani pemeriksaan gigi secara berkala (disarankan 3 – 6 bulan sekali ).
12. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.
13. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)
Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.
Sekian.
Bantu saya kongsikan informasi ini agar lebih ramai ibubapa lebih peka bersama-sama menjaga gigi anak masing-masing.
Kredit: Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
The post Seawal Usia 2 tahun Kena Cabut Semua Gigi, Doktor Kongsi Puncanya Tak Gosok Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/seawal-usia-2-tahun-kena-cabut-semua-gigi-doktor-kongsi-punca-tak-gosok-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Tips Berkhatan Cuti Sekolah Doktor Ini Kongsi 10 Cara Menjaganya Dari Luka

Wow Tips Berkhatan Cuti Sekolah Doktor Ini Kongsi 10 Cara Menjaganya Dari Luka

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 233 hits
Tips Berkhatan Cuti Sekolah Doktor Ini Kongsi 10 Cara Menjaganya Dari Luka Bila sebut tentang berkhatan sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia mendengarnya dan sudah tentu ia sudah menjadi satu perkara yang dituntut untuk seseorang itu...
Legenda Real Madrid Amancio Amaro Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun

Legenda Real Madrid Amancio Amaro Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 266 hits
LEGENDA Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada pagi Selasa pada usia 83 tahun lapor Xinhua Amancio menjaringkan 155 gol dalam 471 penampilan untuk kelab itu sebelum menggantung but pada 1976 Beliau mewakili Sepanyol sebanyak 42 kali...
Di Usia 52 Tahun Penampilan Cantik Anna Shirley Di Film Warkop Dki Bikin Pangling

Di Usia 52 Tahun Penampilan Cantik Anna Shirley Di Film Warkop Dki Bikin Pangling

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 120 hits
Bagi penggemar film Warkop DKI sudah tidak asing lagi dengan sosok Anna Shirley Anna Shirley merupakan pemeran sosok Anita dalam film Warkop DKI berjudul Sabar Dulu Dong Anna Shirley kini menginjak usia kepala lima Penampilannya bikin pangl...
Elak Beli Mainan Made In China Doktor Kongsi Kesan Pada Otak Bayi Jika Mainan Dimasukkan Ke Dalam Mulut

Elak Beli Mainan Made In China Doktor Kongsi Kesan Pada Otak Bayi Jika Mainan Dimasukkan Ke Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 150 hits
Kita selalu belikan barang mainan pada anak anak kan kadang kadang tak tengok pun dari mana mainan itu diperbuat betul Barang barang mainan sebenarnya haruslah bebas daripada PVC atau mengadungi logam plumbum dan arsenik Ini kerana mengikut...
Bahaya Tidur Satu Katil Dengan Bayi Doktor Kongsi Cadangan Tempat Tidur Yang Selamat Untuk Bayi

Bahaya Tidur Satu Katil Dengan Bayi Doktor Kongsi Cadangan Tempat Tidur Yang Selamat Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 141 hits
Pada keseluruhannya bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari 2 hingga 4 jam...
Rasa Bersalah Dengan Anak Genap 8 Tahun Berhenti Merokok Bapa Ini Kongsi Tip

Rasa Bersalah Dengan Anak Genap 8 Tahun Berhenti Merokok Bapa Ini Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 198 hits
Bukan mudah untuk seorang lelaki berhenti merokok lebih lebih lagi yang sudah berpuluh tahun merokok Itulah yang dilalui oleh bapa tunggal kepada 3 cahaya mata lelaki ini Yang membuatnya tekad untuk berhenti merokok 8 tahun yang lalu apabil...
Doktor Pesan Jangan Kongsi Sudu Garpu Dengan Bayi Air Liur Dewasa Bahaya Untuk Kesihatan Mulut Bayi

Doktor Pesan Jangan Kongsi Sudu Garpu Dengan Bayi Air Liur Dewasa Bahaya Untuk Kesihatan Mulut Bayi

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 188 hits
Pernah dengar pesanan doktor gigi anda berbunyi Jangan kongsi sudu garpu dengan anak anda Selain itu perbuatan ibu bapa meniup makanan anak kecil sebenarnya akan menyebabkan makanan tersebut dicemari dengan air liur yang mengandungi pelbaga...
Jerry Yan Ungkap Resep Awet Muda Di Usia 46 Tahun Tidak Pakai Handphone

Jerry Yan Ungkap Resep Awet Muda Di Usia 46 Tahun Tidak Pakai Handphone

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 133 hits
20 tahun sudah berlalu sejak kemunculannya di drama Meteor Garden wajah Jerry Yan dinilai nggak berubah Kira kira apa hubungannya dengan nggak pakai ponsel ya
Kerajaan Terlalu Suap B40 Mana Adil Patutnya Bantuan Untuk Semua Doktor Ij Luah Rasa Tak Puas Hati

Kerajaan Terlalu Suap B40 Mana Adil Patutnya Bantuan Untuk Semua Doktor Ij Luah Rasa Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 381 hits
Umum mengetahui golongan berpendapatan rendah atau B40 di negara ini sering mendapat perhatian dan diberi bantuan oleh kerajaan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup nbsp Namun tidak dinafikan juga keprihatinan kerajaan ini membuatkan se...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand