Seawal Setahun Bagi Gajet Anak Mula Tunjuk Ciri Rabun Bapa Cepat Sedar Walaupun Anak Mengamuk


Tak perlu rasa bangga anak diam, tak melompat sana-sini, jika di depannya ada gajet. Memang mudah nak urus anak yang macam ni, tapi kesan jangka panjangnya buat ibu bapa menyesal kemudian hari.
Mungkin awalnya niat ibu bapa sebagai hiburan tak mahu anak bosan, namun bila dah ketagih susah nak kawal.
Perkongsian dari seorang bapa, Syamsul Rijal Jamil mengenai kesilapannya mendidik anak dengan memberikan gajet seawal usia setahun setengah boleh dijadikan peringatan bersama.

Kesilapan besar saya dalam mendidik anak adalah dengan memberikan dia TABLET (TAB). Ketika itu anak saya Muhammad Jibriel Emand baru berusia setahun setengah. Tujuan awal “kononnya” supaya dia :
1) Mudah mengenal huruf dan belajar melalui software interaktif pintar yang menarik dan menyeronokkan;
2) Emand ini sub-modality nya adalah “kinestetik” iaitu jenis anak sangat sangat lincah, aktif dan memang langsung tak boleh duduk diam. Maka dengan adanya TAB, dunia dilihat menjadi aman seketika kerena dia leka bermain TAB tersebut (terutamanya di meja makan);
Pada usia beliau 3 tahun, dia sudah boleh men “download” game-game yang beliau suka dan dengan jarinya yang kecil itu dia sudah mampu untuk “create new folder” bagi mengisi game baru yang telah dimuatnaik.
Sewaktu umur beliau 4 tahun, dia sudah bermain “Zombie Plant” pada “level” yang tinggi. Beliau akan menjadi “tutor” kepada ibunya bagaimana cara bermain dengan betul. Sebelum bermain dilevel yang lebih tinggi, Emand akan belajar dulu teknik-teknik baru melalui “You Tube” yang kami sendiri pun tak tahu masa bila dan macamana dia boleh tahu tentang “You tube” tu.

Pada usia 6 tahun, beliau mula bermain “strategic war game” yang “complicated” dan tahu sangat banyak terminology gamers yang ada.
Adakah ini suatu pencapaian yang dibanggakan ?
TIDAK !
Suatu malam saya terjaga sekitar jam 2 pagi untuk ke tandas dan sangat terkejut apabila dia begitu asyik bermain gamenya di dalam kegelapan bilik tidur !.
Selain itu kami juga menyedari perkara-perkara berikut :
1) Dia menjadi sangat tidak sabar bila apa yang diingini tidak kesampaian. Dalam game atau alam maya nak dapat sesuatu cepat dan senang, jadi di alam sebenar juga bagi dia harus begitu.
2) Watak anak yang ceria, aktif dan menghiburkan tiba-tiba berubah menjadi watak pemalu dan tidak suka bergaul. Dia sudah mula masuk dalam dunia game beliau dan terasa kekok bila berdepan dengan manusia lain;
3) Emand menjadi mudah sangat nak merajuk dan terasa hati serta mudah menangis. Anak-anak yang kurang bersentuhan dan berinteraktif dengan orang lain akan terasa seperti dipulau dan tidak disayangi.
4) Wataknya mudah bertukar agresif dan memukul ibunya jika tidak mendapat apa yang dipinta. Kalau ingin menang dalam game, anda harus membunuh musuh atau halangan anda dan mengambil apa yang anda inginkan. MAKA itulah yang dia buat.
5) Ujian mata yang dibuat di sekolah tadika beliau menunjukkan tanda-tanda rabun sedang berlaku.
Melihat kepada perkembangan yang menakutkan ini, kami telah mencuba banyak cara dan apa yang paling jelas adalah, kami MESTI mengurangkan masa yang diambil untuk bermain game-game kesukaanya .

Antara langkah yang kami diambil adalah :
1) Hanya 5 minit siang dan 5 minit malam untuk bermain. Jika dia melanggar lebih dari 5 minit maka dia akan kehilangan masa bermain selama 3 hari. 1 hari tanpa handphone atau tab cukup memberi sengsara bagi hidupnya.
2) Aktiviti luar yang lebih banyak. Emand dibawa lebih kerap untuk berbasikal, melakukan aktiviti luar yang lebih lasak dan dihantar ke program “survival” agar dia kembali berkomunikasi dengan orang lain.
3) Dia dihantar menjalani latihan karate supaya bila badannya letih keinginan nak bermain game itu sedikit berkurangan.
4) Saya gunakan sifatnya yang semulajadi aktif dengan menambah aktiviti yang lebih mencabar seperti berlumba di litar motocross pada usia beliau 5 tahun sehinggalah sekarang.
5) Beliau juga tahu jika di sekolah terdapat sebarang aduan dari guru atau markah peperiksaan beliau jatuh ke gred C, maka beliau akan kehilangan peluang bermain game selama 2 bulan.
6) Kami berikan dia LEGO yang dia suka bagi mengisi masa lapangnya. LEGO adalah gaming yang sangat baik untuk ransangan minda dan kreativiti. Tahap kesukaran LEGO itu saya tambah pada setiap binaan yang telah lengkap.
Alhamdulillah terdapat banyak peningkatan yang berlaku namun apa yang berlaku pada Emand terjadi pada ramai anak-anak kecil yang lain.
Teknologi sepatutnya membawa kemajuan dan peningkatan mutu hidup NAMUN, ia mesti dikawal dan digunakan sesuai pada umur dan masa. Jangan diulangi kesilapan saya.
Jangan sampai anak-anak anda ketagihan bermain TAB dan GADGET hingga menjahanamkan mata, otaknya dan yang paling bahaya adalah jiwanya.
Biarlah dia menangis di meja makan, biarlah dia berlari di Shopping Mall, biarlah dia menjerit dan meraung sekuat hati di dalam kereta sewaktu anda sedang memandu kerana semuanya itu hanya seketika. Itulah masa yang paling manis dan indah ketika dia masih kecil dan akan menjadi saat yang akan dirindui.
Usah kerana inginkan anak itu tenang dan terkawal maka TAB itu dihulurkan, takut- takut nanti kita pulak yang tak akan senang dan gulana sampai ke mati.
Sumber: Syamsul Rijal Jamil
 
The post Seawal Setahun Bagi Gajet, Anak Mula Tunjuk Ciri Rabun. Bapa Cepat Sedar Walaupun Anak Mengamuk appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/seawal-setahun-bagi-gajet-anak-mula-tunjuk-ciri-rabun-bapa-cepat-sedar-walaupun-anak-mengamuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Ini Kongsi 3 Kaedah Diamalkannya Bila Rasa Nak Marah Anak Senang Dan Cepat Tenang

Bapa Ini Kongsi 3 Kaedah Diamalkannya Bila Rasa Nak Marah Anak Senang Dan Cepat Tenang

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 340 hits
Anak kecil ni lagi di marah lagi teruk perangainya Kenapa jadi macam ni Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka Cara kita tengking pukul marah marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika ra...
Wawa Zainal Dedah Anak Marah Bapa Mesra Dengan Perempuan Lain

Wawa Zainal Dedah Anak Marah Bapa Mesra Dengan Perempuan Lain

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 559 hits
PELAKON Wawa Zainal memberitahu anak perempuannya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa 3 menangis kerana tidak membenarkan suaminya Aeril Zafrel bermesra dengan wanita lain Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin 27 berkata Hayla bertindak m...
Ibu Bapa Belasah Tukang Sapu Kerana Halang Anak Mereka Buang Air Besar Tepi Jalan

Ibu Bapa Belasah Tukang Sapu Kerana Halang Anak Mereka Buang Air Besar Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 489 hits
The ReporterSeorang pekerja pembersihan cedera dibelasah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dia cuba menghalang seorang kanak kanak membuang air besar di tempat awam di bandar Ruzhou Henan China minggu lalu Dalam kejadian pada Kham...
Netizen Kecam Ibu Bapa Tinggalkan Nota Marah Guru Conteng Buku Iqra Anak

Netizen Kecam Ibu Bapa Tinggalkan Nota Marah Guru Conteng Buku Iqra Anak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 810 hits
Baru baru ini tersebar sekeping gambar yang diupload oleh seorang wanita dipercayai seorang guru sekeping nota yang dilekatkan di atas buku Iqra Di dalam nota berkenaan dilihat waris pelajar yang memberi amaran kepada guru supaya tidak menc...
Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara Gara Tendang Pukul Anjing

Bapa Empat Anak Di Dakwa Gara Gara Tendang Pukul Anjing

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 361 hits
KUANTAN Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing yang videonya tular di laman sosial minggu lalu Ng Eh Choah 47 mengaku bersalah terhadap pertuduhan it...
Bapa Tiga Anak Dipenjara 50 Tahun Lakukan Amang Seksual

Bapa Tiga Anak Dipenjara 50 Tahun Lakukan Amang Seksual

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 508 hits
Foto BernamaMELAKA Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabkan kedua dua ma...
10 Tingkah Laku Anak Yang Nampak Annoying Tetapi Sebenarnya Ciri Ciri Anak Bijak

10 Tingkah Laku Anak Yang Nampak Annoying Tetapi Sebenarnya Ciri Ciri Anak Bijak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 334 hits
Perasan tak kadangkala tingkah laku anak nampak annoying tetapi sebenarnya jika diperhatikan ia nampak bijak dan kreatif Pernah tak anda memerhatikan tingkah laku anak yang berusia dua hingga enam tahun Walaupun anda sibuk dengan bermacam u...
Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 617 hits
Kuala Lumpur Amalan menasabkan anak zina atau Anak Tak Sah Taraf kepada penzina adalah amalan masyarakat jahiliyah yang telah lama dibatalkan Islam Perkara tersebut ditegaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sohibuh Samahah Datuk Dr Zulkifli...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut