Seamless Bra Yang Sangat Selesa Dari Summer Peach
Assalamualaikum
Hello girls out there, hari ni qaseh nak kongsi jenis bra yang sangat selesa untuk korang cuba iaitu seamless bra. Seamless bra tu apa ? Qaseh berani jamin ramai lagi yang tak tahu dan cuba sebab haritu qaseh up ig story then ada yang tanya seamless bra tu macamana. Haaa ni yang nak bagitahu ni, hello mari rapat-rapat okay girls.
Ikut pengalaman sendiri sebelum ni qaseh rasa nursing bra is no 1 bra yang paling selesa gila wei, masa tu tak tahu lagi seamless nursing bra pun wujud tapi rupanya seamless nursing bra pun ada, kalau mengandung lagi memang qaseh cari yang jenis seamless ni la, super selesa gitu
Apakah itu Seamless Bra?
Seamless bra ni bra yang dijahit tanpa besi atau dawai, ianya dijahit mengikut size kita, memang tiada cangkuk ataupun klip di bahagian tali bra, melainkan seamless nursing bra ada cangkuk di tali untuk memudahkan ibu-ibu menyusu , tapi untuk yang tidak menyusukan anak hanya ada cangkuk besi di belakang sahaja.
Bestnya seamless bra ni, kebiasaannya bila kita pakai baju tanpa pakai inner, kadang-kadang akan menonjolkan bentuk cup atau pun line bra kan, tapi seamless bra ni tidak menonjolkan kesan cup di baju sebab kualiti dan jenis kain dia sangat-sangat lembut dan licin. Walaupun tiada besi atau wayar ia masih mampu memberikan sokongan kepada payudara
Seamless Bra dari Summer & Peach
Mana nak cari seamless bra yang berkualiti dan selesa ni ? Korang boleh survey dan dapatkan di www.summerandpeach.com , sebelum ni qaseh dan pernah cuba bralette dari website ni tau korang, bralette dia cantik-cantik dan sexy gituh, aumm sangat haha boleh baca di sini
Noelle Seamless Bra
Bila qaseh cuba sendiri Seamless Bra dari Summer & Peach ni, memang terasa perbezaan dari bra yang qaseh selalu pakai, rasa sangat ringan dan tak menyakitkan langsung, sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja walaupun waktu tidur. One more, bila pakai seamless bra ni kan, bawah ketiak kita, tak rasa ada lebihan lemak keluar haha boleh faham tak perasaan tu. Boleh tengok details dalam gambar yang qaseh snap okay.
Bagi korang yang suka pakai bra waktu tidur boleh lah bertukar kepada seamless bra supaya tidak memberi kesan buruk kepada peredaran darah kita waktu malam, pastikan tidak ketat dan mengganggu waktu tidur korang. Elakkan tidur dengan bra yang ada besi okay sebab memang banyak kesan buruk tanpa kita sedar
Design seamless bra ni sangat simple tau, sememangnya ia tiada renda-renda atau pun design yang sexy seperti bralette tapi bab keselesaan tu memang dijamin best dan selesa sangat, langsung tidak menyakitkan. Qaseh suka sebab selalunya bila pakai bra yang ada besi tu memang tak boleh pakai dalam waktu yang lama, ia menyakitkan dan memang akan ada kesan merah.
Material fabrik Noelle Seamless Bra ni adalah dari Ployamide, elastic material untuk keselesaan. Ada beberapa pilihan warna yang korang boleh pilih dan juga size mengikut ukuran korang sendiri, boleh fit sehingga saiz XL. Tak tahu macamana nak pilih saiz ? Jangan risau, dalam website ada size guide untuk korang. Saiz qaseh adalah rahsia okay haha, qaseh suka pilihan warna Noelle Seamless Bra ni, lembut seperti materialnya
Kelebihan Seamless Bra - Push Up bra tanpa besi / wayar
- Tidak menyakitkan
- Keselesaan yang optimum
- Material lembut dan tidak merengsakan kulit
- Murah
- Sesuai untuk dipakai waktu indoor, outdoor dan ketika tidur
- Selesa dan ringan
- Memberi sokongan kepada payudara
So korang yang masih mencari-cari bra yang memberi keselesaan dalam masa yang sama mampu memberi sokongan penuh kepada payudara kita, ni lah masa yang sangat sesuai untuk korang cuba seamless bra pula dan nikmati sendiri keselesaannya. Qaseh rekomen sangat untuk para wanita di luar sana, dan untuk para suami juga, kalau isteri mintak tolong beli tu, ni tips untuk memilih bra untuk isteri korang heheh !
More Info : www.summerandpeach.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2020/08/seamless-bra-yang-sangat-selesa-dari-summer-and-peach.html