Kes Najib Usah Terburu Buru Tidak Perlu Emosi Jangan Seronok Sangat


oleh Zulkiflee Bakar
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam yang mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan dalam kes SRC International mendapat pelbagai reaksi dan terlahirnya macam-macam emosi. Ada yang gembira dan ada yang sedih, paling seronok tengok ada cuba yang menangguk di air keruh.
Tidak mengapalah itu hak masing-masing, apa yang pasti keputusan sama ada kita suka atau tidak, keputusan mahkamah perlu dihormati, lagipun ruang masih terbuka untuk bekas Perdana Menteri itu membuat rayuan bagi membuktikan beliau tidak bersalah.
Apabila menyentuh soal emosi, berikut adalah pandangan penulis berdasarkan pemerhatian selepas hukuman dijatuhkan ke atas Najib:
Pemimpin UMNO usahlah terburu-buru
Pemimpin UMNO perlu bertenang dan menghormati keputusan mahkamah. Tidak perlu membuat kenyataan yang dilihat tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Sebaliknya mereka perlu terus bersatu dan memperkukuhkan parti.
Sebab itulah penulis tidak bersetuju apabila ada pemimpin yang membuat kenyataan bercakap soal dendam kesumat dan sebagainya kerana ia boleh menimbulkan tafsiran negatif kepada parti itu.
Begitu juga bila ada pemimpin berkata, sekarang masa bagi UMNO untuk bergerak ke hadapan, melakukan proses perubahan parti dan berharap UMNO tidak akan diseret dalam kes Najib.
Pemimpin yang membuat kenyataan ini perlu faham sejak awal lagi kes ini, Najib tidak pernah mahu menyeret UMNO bersama, sebab itulah Pergerakan Pemuda UMNO memuji sikap Najib itu. Jadi jangan bertindak bagaikan ‘kacang lupakan kulit’ atau seolah-olah kita hebat apabila mahu proses perubahan parti dijalankan.
Perlu diingat proses perubahan parti bukan perlu dilakukan bersandarkan kes Najib sahaja, banyak lagi kelemahan dalam parti tersebut yang perlu diperbaiki. Antaranya termasuklah perlu agresif ‘menyerang’ pembangkang secara berfakta, bukannya hanya pandai mengkritik parti dan menyindir pemimpin sendiri sahaja.
Sebab itulah apabila berhadapan dengan situasi ini, semua pihak dalam UMNO jangan kelam kabut seperti mana kata bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ‘”Nasihat saya kepada semua, kekal bertenang dan jangan buat pendirian terburu-buru apatah lagi berlandaskan emosi.’’
Bertenang adalah sikap terbaik kerana ia mampu menjaga keharmonian dan perpaduan dalam parti. Mereka yang berada dalam UMNO perlu ingat ‘musuh’ politik mereka bukan sahaja mahu memusnahkan parti itu dari luar tetapi juga dari dalam.
Oleh itu berhati-hatilah dalam bertindak supaya jangan sampai ada pemimpin UMNO yang terperangkap sehingga dilihat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada parti.
Sama ada mereka mahu mengakui atau tidak, Najib mempunyai kekuatan dan penyokong sendiri. Melihat reaksi dalam laman sosial selepas hukuman dijatuhkan, ternyata keputusan mahkamah itu tidak mampu menggugat sokongan terhadap Najib.
Inilah yang harus diambil kira oleh sesetengah pemimpin UMNO yang awal-awal dilihat mahu ‘meminggirkan’ bekas Perdana Menteri itu.
Pembangkang jangan seronok sangat
Sudah pasti kelompok paling gembira ialah pembangkang. Berikutan itu ada pemimpin yang sebelum ini ibarat ‘berada dalam gua’ selepas cukup terkenal dengan propagandanya ketika pilihan raya umum tiba-tiba berkata ‘perjuangan yang berbaloi’. Aduh hebat sekali dia.
Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) pula menyifatkan keputusan itu adalah satu kemenangan buat rakyat dan orang ramai tidak akan dapat melihat Najib Razak dibicarakan melalui proses undang-undang jika rakyat tidak bangkit memberikan kemenangan kepada gabungan itu pada 2018.
Kalau begitu mungkin atas semangat yang sama, PH boleh meminta peguam negara membuka semula kes-kes melibatkan pemimpin-pemimpin pakatan itu yang menjadi ‘buah mulut’ rakyat apabila ia ditutup atau digugurkan.
Dan kita juga berharap selepas ini kalau ada pemimpin PH didakwa di mahkamah, janganlah pula tuduh ia konspirasi politik dan sebagainya.
Seperkara lagi, PH jangan seronok sangat dengan beranggapan kes Najib ini akan memberi keuntungan politik kepada mereka. Kalau tidak percaya, tunggulah apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.
Cukuplah bertahun-tahun Najib dijadikan modal untuk mereka meraih sokongan rakyat, sampai ada pemimpin mereka siang malam asyik ingat, ‘Najib, Najib, Najib’ sahaja.
Tempoh 22 bulan, PH memerintah sudah cukup memberikan pemahaman kepada rakyat terhadap kemampuan pakatan itu menjadi kerajaan.
Bukti Perikatan Nasional hormati kedaulatan Undang-undang
Keputusan Mahkamah Tinggi ke atas Najib membuktikan kerajaan sentiasa menegakkan prinsip dan kedaulatan undang-undang.
Penulis percaya kalau keputusan mahkamah menyebelahi Najib sudah pasti ada pihak yang akan menuduh kerajaan campur tangan. Tetapi seperti mana kata Muhyiddin dalam kenyataannya, kerajaan menghormati keputusan mahkamah.
Beliau juga menggesa semua pihak terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi bebas dan berkecuali.
Begitu juga Pas yang melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-undang yang didokong oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
Dan Abdul Hadi menegaskan, parti itu yakin Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya.
KESIMPULANNYA, dalam menghadapi keputusan mahkamah ke atas Najib, tidak perlu ada pihak yang beremosi, terburu-buru dalam tindakan dan berasa seronok sangat.
Sementara Najib akan berjuang habis-habisan melalui proses undang-undang bagi membersihkan nama beliau, pihak lain berhati-hati dalam memperkatakan kes ini.
Apa yang lebih penting sebagai umat Islam, jangan sesekali kita berasa gembira dengan musibah yang menimpa orang yang kita tidak suka atau musuh kita kerana kita sendiri pun tidak tahu apa pengakhiran kehidupan kita. Edisi9
The post Kes Najib: Usah terburu-buru, tidak perlu emosi, jangan seronok sangat appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/29/kes-najib-usah-terburu-buru-tidak-perlu-emosi-jangan-seronok-sangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Mahkamah Najib Sabar Dan Jangan Gelojoh

Kes Mahkamah Najib Sabar Dan Jangan Gelojoh

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 360 hits
Bermacam macam cerita yang kita dengar selepas Nazlan Mohd Ghazali Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman Terdapat beberapa kenyataan Hakim yang telah dipersoalkan Apa pun mereka yang menentang DS Najib Razak akan t...
Jangan Seronok Sangat Kahwin Dengan Selebriti Agama

Jangan Seronok Sangat Kahwin Dengan Selebriti Agama

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 252 hits
Jamzuri ArdaniJangan seronok sangat dapat kahwin dengan selebriti agama nie Sisi gelap yang mereka sembunyikan adakalanya sangat brutal Sembang mereka macam bagus hakikatnya Allah sahaja yang tahu Manusia memang mudah terpedaya dengan topen...
Kes Najib Pn Di Hujung Tanduk Hilang Majoriti Mudah

Kes Najib Pn Di Hujung Tanduk Hilang Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 363 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Bakal ganggu hubungan dalam MN PAS sering pertahankan NajibBANGI 7 Zulhijjah 1441H Selasa Keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah di atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa pe...
Kes Src Najib Balun Duit Rakyat

Kes Src Najib Balun Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 346 hits
1 Dijatuhkan hukuman bersalah 12 tahun penjara dan denda RM210 000 000 00 Jika tidak membayar denda maka tambahan 5 tahun penjara akan dikenakan 2 Bukti nyata Najib balun duit rakyat melalui SRC apabila dia disabitkan bersalah ke atas semua...
Keputusan Seleweng Dana Src Sebahagian Kecil Kes Libat Najib

Keputusan Seleweng Dana Src Sebahagian Kecil Kes Libat Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM 28 JULAI Keputusan mahkamah hari ini mensabitkan hukuman salah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebahagian kecil berbanding banyak lagi kes melibatkannya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad Ketua penerangan K...
Muhyiddin Pasti Tersenyum Dengan Keputusan Kes Najib Kata Batu Api

Muhyiddin Pasti Tersenyum Dengan Keputusan Kes Najib Kata Batu Api

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 293 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pasti tersenyum puas dengan keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap Najib Razak hari ini kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi Mohd Puad berkata demikian selepas mahkamah mendapati bek...
Suhakam Dakwa Usir Md Rayhan Sebagai Tindakan Yang Terburu Buru

Suhakam Dakwa Usir Md Rayhan Sebagai Tindakan Yang Terburu Buru

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia mendakwa tindakan mengusir keluar dan menyenarai hitam lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir daripada memasuki Malaysia buat selama lamanya sebagai tindakan terburu buru Pesuruhjay...
Tiba Masa Bina Semula Umno Khairy Harap Parti Tak Diheret Dalam Kes Najib

Tiba Masa Bina Semula Umno Khairy Harap Parti Tak Diheret Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 226 hits
PETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa parti itu melakukan proses rejuvenasi susulan sabitan bersalah ke atas bekas presidennya Najib Razak atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Menteri sai...
Rayuan Kes Najib Ambil Masa Bertahun

Rayuan Kes Najib Ambil Masa Bertahun

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 378 hits
CYBERJAYA Keseluruhan proses rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan akan mengambil masa dalam setahun Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd Timbalan pendakwa raya V...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba