Hanya Guna Kayu Kayan Belakang Rumah Pakcik Manfaatkan Waktu Pkp Siapkan Dangau Yang Sangat Cantik
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang semua rakyat Malaysia lalui sepanjang tiga bulan dahulu, adalah satu tempoh yang sangat panjang.
Semasa itulah, pelbagai idea aktiviti-aktiviti baharu dicipta bagi mengisi kekosongan masa berada di rumah, malah ia juga turut tular di media sosial hingga menjadi ikutan ramai netizen.
Ada yang cipta resipi kopi Dalgona, ada yang mendekorasi rumah, ada yang berjinak-jinak berkebun di luar halaman rumah malah siap wujud lagi beberapa group di Facebook seperti Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, Suami Masak Apa Hari Ini dan sebagainya.
Dalam banyak-banyak aktiviti di atas, antara yang paling menarik perhatian adalah dekorasi rumah.
Kebiasaannya, ramai yang memilih untuk mendekorasi di ruang dalam rumah sahaja, namun ada juga sesetengah individu yang mempunyai kekreatifan yang tinggi, mencipta rekaan atau bangunan yang unik.
Begitu juga yang dilalui oleh Norsuhaida Rusdin apabila ayahnya mengambil keputusan memanfaatkan ruang masa PKP dengan membina sebuah dangau di sebelah rumah.
Ikuti perkongsian gambar-gambar dangau tersebut di bawah ini.
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Dangau PKP ayah cheq. Ayah Rusdin Daud seorang yang tak reti dok diam, super duper kreatif. Ada ja idea dalam kepala dia.
Masa PKP mula-mula dikuatkuasakan pada 18 Mac hari itu, bermula la idea dia buat dangau tepi rumah.
Semua kayu-kayu, rotan, atap daun langkap dia amik kat hutan belakang rumah. Semua guna kuderat dia dan dibantu mak.
Kalau tengok keseluruhan dangau ni, memang bukan kaleng-kaleng. Antik dan penuh seni. Amat bernilai kurniaan Allah kat ayah.
Alhamdulillah, beruntung kami anak cucu dapat merasa suasana macam ni. Dangau ni dah jadi tempat liburan kami sekeluarga. Tenang, damai, sejuk
#JitraKedah
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Jelas puan Norsuhaida, dangau ini dibina sejak mula-mula PKP dilaksanakan lagi.
Malah hingga hari ini, masih ada lagi saki-baki bahagian yang perlu disiapkan.
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Dangau rumah kedua
Walaupun ada teratak kediaman sendiri, namun jelas Norsuhaida, mak dan ayahnya kini lebih gemar tidur di dangau tersebut.
“Sekarang ayah dan mak tidur di dangau sebab depa memang suka suasana macam tu,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Ayah memang kreatif
Selain itu, tambah Norsuhaida lagi, memang sudah menjadi rezeki ayahnya apabila dikurniakan Allah Taala idea-idea yang kreatif.
Ayah beliau, Rusdin Daud bukan sahaja mampu mencipta pelbagai reka bentuk benda dan bangunan, malah juga mampu ‘mencipta’ nama sendiri di persada negara.
“Ayah saya memang seorang yang kreatif. Pernah terima Anugerah Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2001 lalu, bagi kategori Kreatif & Inovasi. Kat rumah ayah macam-macam benda yang kreatif,” jelasnya lagi.
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Bakat bukan semata-mata di tangan
Ayah Norsuhaida bukan sahaja berbakat menzahirkan daya kreatif melalui binaan dangau, malah beliau juga dikatakan mahir bermain alat muzik seperti biola.
Tidak kurang juga, biola yang dimainkan itu adalah hasil seni tangannya sendiri, iaitu biola yang dibuat daripada kayu.
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Gambar: Norsuhaida Rusdin
Sumber: Norsuhaida Rusdin
The post Hanya Guna Kayu-kayan Belakang Rumah, Pakcik Manfaatkan Waktu PKP Siapkan Dangau Yang Sangat Cantik appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/08/02/hanya-guna-kayu-kayan-belakang-rumah-pakcik-manfaatkan-waktu-pkp-siapkan-dangau-yang-sangat-cantik/