Sd Boleh Berubah Undi Percaya Di Parlimen Lebih Jelas


SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas. Kaedah penentuan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah proses pengesahan keabsahan sokongan majoriti ahli Parlimen yang paling telus dan tepat berbanding kaedah mengumpul surat akuan bersumpah (SD).
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, secara peribadi, beliau gembira Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tepat apabila memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya usul undi percaya ditentukan menerusi sidang Parlimen pada bulan September hadapan.
Jelas beliau, kaedah itu juga langkah terbaik bagi mematahkan cubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengelirukan Istana Negara dan rakyat apabila mendakwa memiliki jumlah SD ahli Parlimen parti itu mencukupi bagi membuktikan kerajaan PN hilang majoriti.
“Sememangnya selepas sidang media Ahmad Zahid petang semalam (Selasa), saya sendiri pun keliru sama ada dakwaan beliau sudah ada jumlah SD ahli Parlimen UMNO mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan PN sahih atau tidak.
“Sejujurnya, sejumlah 36 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin pada malam Ahad.
“Sebilangan ahli Parlimen UMNO yang kelihatan bersama Zahid pada sidang media semalam (Selasa), sebenarnya termasuk dalam senarai mereka yang menyokong Muhyiddin pada malam Ahad.
“Justeru, sidang media Ahmad Zahid memang amat mengelirukan. Sebab itu keputusan Yang di-Pertuan Agong membenarkan Perdana Menteri menentukan keabsahan sokongan terhadap beliau adalah tepat. Jika tidak, dakwaan liar akan berterusan timbul,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Muhyiddin yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permintaan beliau untuk membuktikan keabsahan sokongan ahli Parlimen terhadapnya menerusi usul undi kepercayaan di sidang Parlimen, September hadapan.
Permohonan itu disembah maklum Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong susulan warkah Seri Paduka Baginda memaklumkan bahawa terdapat lapan ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada baginda menyatakan mereka telah menarik sokongan daripada Perdana Menteri itu.
Dalam sidang media khas itu juga, Muhyiddin turut menegaskan beliau masih memiliki jumlah sokongan majoriti ahli Parlimen, sekali gus menyatakan isu peletakan jawatan bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.
Sementara itu, Mohamed Nazri turut berpandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan kesukaran untuk mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dalam tempoh sebulan sebelum sidang Parlimen dibuka semula.
Jelas beliau, tidak mungkin ahli-ahli Parlimen daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) akan bersetuju menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri kerana pengasas Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mencadangkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri seterusnya.
“Jadi, sebagaimana saya cakap sebelum ini, tempoh sebulan ini mungkin akan digunakan sepenuh Anwar bagi ‘membeli’ sokongan ahli-ahli Parlimen PN.
“Saya tunggu tawaran Anwar. Harap-harap tawaran itu jangan sekadar janji manis politik sebagaimana dikemukakan beliau selama ini,” kata Mohamed Nazri menyindir Anwar.
SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas
Baca Artikel Menarik :
Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin Earth-shattering day for Muhyiddin Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan tipu, kenapa tunggu Sept? Buktikan sekarang

The post SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/04/sd-boleh-berubah-undi-percaya-di-parlimen-lebih-jelas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Percaya Parlimen Boleh Bersidang Bila Bila Masa Kenapa Tunggu Sept

Undi Percaya Parlimen Boleh Bersidang Bila Bila Masa Kenapa Tunggu Sept

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 428 hits
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak perlu menunggu sehingga September untuk memanggil sidang Parlimen dan membentangkan usul Undi Percaya ke atas pentadbirannya Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen menegaskan tidak munas...
Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 372 hits
IMBAS Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOHAIM...
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

Muhyiddin Kekal Perdana Menteri Undi Percaya Di Parlimen September

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 249 hits
Muhyiddin Kekal Perdana Menteri KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sejumlah surat akuan daripada ahli ahli Parlimen yang masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ...
Sidang Parlimen Ganti 2 Ogos Boleh Dipanggil Kenapa Tunggu Hingga September Abdullah Sani

Sidang Parlimen Ganti 2 Ogos Boleh Dipanggil Kenapa Tunggu Hingga September Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 244 hits
Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang menangguhkan usul Undi Percaya ke atas beliau sehingga sidang Parlimen bermula 2 September 2021 Menurut Abdullah PM boleh denga...
Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

Ahli Parlimen Umno Harus Undi Batal Kuasa Darurat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 427 hits
July 25 2021 8 08 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Umno mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan ordinannya PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua Ahli Parlimen parti i...
Ph Usul Undi Tak Percaya Kepada Pm Mahiaddin

Ph Usul Undi Tak Percaya Kepada Pm Mahiaddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 419 hits
Kenyataan keras Yang di Pertuan Agong membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di bawah Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin yang membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan istana memerlukan penanggungjawaban penuh...
Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker

Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 440 hits
July 25 2021 Azhar Azizan Harun berkata semua wakil rakyat termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat bermula esok KUALA LUMPUR Semua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ket...
Pakar Percaya Virus Covid 19 Boleh Dilenyapkan

Pakar Percaya Virus Covid 19 Boleh Dilenyapkan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 263 hits
Pemakaian pelitup muka boleh membantu melenyapkan virus korona AFP DUNEDIN NEW ZEALAND Sekumpulan saintis percaya bahawa peratusan wabak Covid 19 untuk dibasmi sepenuhnya adalah lebih tinggi berbanding ketika dunia berperang dengan penyakit...
Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Hal Hal Semasa 15 10 25

Beliawanis Mca Stabbing Incident In Bandar Utama School A Wake Up Call For Moe

Tikam Pelajar Polis Rampas Pisau Kerambit Dipercayai Dibeli Dalam Talian

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Ultimet Guide To Workout Shapewear And Bodysuits With Tummy Control

Seshat And The Science Of History How Big Data Is Rewriting Our Past

Patrick Kluivert Tinggalkan Pasukan Nasional Indonesia

Lelaki Teruja Sambut Bos Dari Malaysia Melawat Pakistan

Raes Arifin Jalan Cinta Chord

Antriya House 23 Degrees Design Shift India