Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real
Korang pernah tengok cerita Suzanna tak? ala, yang sundel bolong tu. Ada satu scene dalam cerita dimana Suzanna telah kembali ke alam nyata dengan berambut kembang sambil bermain piano. Seram bukan? itulah keadaan yang berlaku pada kami sekeluarga sewaktu bercuti di Cameron Higlands. Percutian ke Cameron Higlands buat kali ke-2 amat menakutkan bagi kami.
Homestay di Cameron HiglandsSampai ke LokasiKejadian seramMalam terakhir di Homestay Cameron HiglandsTiada bacaan al-Quran dari deviceMisteri : malam yang sunyiRutin sebelum tidurDetik cemasScene dalam cerita: Suzanna bermain pianoDalam ketakutanMimpi dalam mimpiKeesokan hariLain-lain kejadian misteri di homestay :Kesimpulannya :
Homestay di Cameron Higlands
Tak dirancang bercuti ke Cameron Higlands, jika ikut plan asal kami mahu bercuti ke Melaka untuk bersiar-siar di muzium dan Zoo disana. Tapi, memandangkan baby Muqarrabin nak operate bibir Klef pada bulan June 2025, saya tak nak baby demam sekiranya pergi ke tempat panas. Saya menukar plan ke tempat sejuk, iaitu ke Cameron Higlands
Dalam mencari homestay di Facebook, terjumpa lah Homestay Tanah Rata yang masih available. Pelik tak, lagi 2 minggu nak bercuti pun masih ada homestay kosong. Kami tak fikir apa dah, apa yang penting dapat homestay bangunan bawah syukur nikmat! Tak perlu dah naik lift. Suami terus buat pembayaran deposit tanda setuju ingin menginap di Homestay 3 bilik 2 tandas.
Sebelum buat bayaran deposit. Saya dah tengok, master bedroom ada 2 katil iaitu 1X Queen saiz dan 1x single. Bilik ke-2 katil Queen dan 1 single, manakala bilik ke-3 katil single sahaja. Melihatkan ini, saya tidak fikir apa dah. Kata saya, homestay dah okay untuk kami menginap selama 4 hari 3 malam di homestay Tanah Rata.
Yang tak best, owner homestay tak tunjukkan gambar tandas. Ini lah suami kurang berkenan. Rupa-rupanya, ada sebab mengapa tidak ditunjukkan dalam iklan Facebook. Tandas kecil, water heater jenis zaman 90-an.
Sampai ke Lokasi
Dipendekkan cerita, pada awal nak masuk ke homestay. Kat situ sebenarnya dah ada petanda tak best. Tapi, saya hanya buat tak tahu aje. Nak tahu apa? pintu tak boleh buka. Nampak macam biasa, tapi sebenarnya ada yang mengusik. Sengaja nak beri tanda salam pengenalan. Walhal, nombor passcode dah masuk betul ya. Mulanya suami, dah cuba berkali masih tidak berjaya pintu terbuka. Kemudian, suami beri saya cuba. Pun masih sama. Call owner, line telefon pula sekejap ada dan tiada. Akhirnya, pintu berjaya. Fuh!
Macam biasa, setiap kali masuk homestay kami ada baca surah ayat Qursi serta memberi salam. Dah selesai, kami buat pemeriksaan keatas Homestay.
Bila masuk ke Homestay tersebut. Macam hotel bajet pun ada. Air minum pun guna yang bersambung dengan paip, dan papan menggosok pun senget menanti rebah.
Tempat pertama kami tuju adalah tandas. Sebab macam pelik, kenapa nak berahsia sangat. Tak boleh hantar gambar tandas menerusi whatsapp. Nah! rupanya tandas yang sangat kecil. Dengan water heater jenis lama tu. Mengucap panjang sekejap! suami geleng kepala dah.
Tandas kedua pula, busuk. Bau najis yang tidak di flush! Allahuakbar! nak pengsan pun ada sebab terlalu busuk. Dah lah tandas berdekatan dapur memasak. Katanya, ada penyewa keluar lambat. Jadi, semasa saya sampai tu pada jam 2 petang, ngam-ngam owner bersihkan. Hmm, entah lah.
Kejadian seram
Malam pertama dan kedua di Homestay tersebut, ok sahaja. Gangguan taklah berat. Bunyi-bunyian seperti kerusi ditarik dan budak-budak berlari itu perkara biasa bagi kami sekeluarga. Sebab di hotel pun gangguan ringan begini.
Malam pertama, kami tak keluar mana-mana memandangkan penat tidak hilang. Makanan dimasak sendiri. Malam ke-2, bersiar-siar di Centrum Mall dan Centrum Market.
Sebelum saya terlupa, percutian ke Cameron Higlands kali ini keluarga kecil saya bersama adik bongsu dan 2 orang anaknya berumur 5 dan 3 tahun. Jadi, ketika menginap di homestay tersebut terdiri daripada 3 dewasa, 7 orang kanak-kanak termasuk baby yang berumur 6 bulan.
Adik bongsu dah bercerita pada saya, katanya jam 5 pagi, dia basuh beras di sinki yang mengadap tingkap dapur. Hajatnya nak masak nasi goreng. Ada bunyi suara perempuan menangis yang lalu lalang depan tingkap naco. Seram tak? homestay yang kami menginap ni lebih kurang rumah flat keadaannya. Bila adik cerita macam ni, saya tidak ambil pusing. Sebab kata saya, benda tu main di luar sahaja. Ok! tak perlu takut dan jangan tegur.
Malam terakhir di Homestay Cameron Higlands
Selepas kami pulang dari Agro Market pada jam 2 petang. Bunyi budak-budak berlari semakin kerap dan rancak ya. Pernah dengar ustaz cakap, kalau bunyi macam ni bukanlah dari rumah atas , tapi dalam rumah kita sendiri. Suami pun dah jerkah. Tapi semakin kuat sehingga menjelang maghrib.
8.30 malam, kami keluar untuk mencari makan dan ingin bersiar-siar di sekitar Tanah Rata dan Brinchang. Sewaktu berjalan kaki ingin ke parking kereta, saya dapati bunyi dari rumah lain yang pasang bacaan al-Quran secara kuat. Ia jelas kedengaran gais! saya dah mula tak sedap hati. Saya hanya abaikan sahaja.
Tiada bacaan al-Quran dari device
Malam tersebut, saya pelik. Kenapa adik bongsu tak pasang device mengaji tu. Sedangkan malam pertama dan kedua adik pasang dengan kuat.
Bukan saya seorang yang tak dengar bacaan al-Quran dari device tu, malah kami satu bilik memang takde dengar ya pada malam terakhir menginap.
Misteri : malam yang sunyi
Saya pelik sangat. Malam tu, satu bunyi cengkerik pun tiada. Apatah lagi bunyi kenderaan yang keluar masuk. Mungkin ramai yang dah balik kot. Itu yang saya fikirkan. Nak dibandingkan dengan malam pertama dan kedua, memang tak takut. Sebab tengah malam dan pagi pun ada yang baru sampai check-in homestay.
Malam yang sunyi tu, mata saya susah nak lelap. Tambah lagi, katil saya bertentangan dengan tandas. Bayangkan korang, pintu tandas yang pintunya tak sama saiz . Jadi, bagi menampung ruang atas pintu tandas ditutup dengan kabus panjang telah jatuh petang tadi. Maka terlopong lah atas pintu tandas ( sila rujuk gambar dapur . Kat situ juga tandas yang sama di master bedroom ). Cahaya tersebut tepat mengena kearah saya tidur.
Hanya pejamkan mata sahaja saya ni, konon nak tidur. Tapi tidak! dalam keadaan pejam mata tu, saya tak kosong. Baca juga zikir-zikir memandangkan saya masih period. Saya dapat rasakan angin dari pintu bilik. Seakan pintu dibuka. Saya ingatkan mimpi, rupanya betul! anak yang umur 10 tahun tidur disebelah saya ketakutan, lalu memeluk baby. Jadi, saya hanya berlakon tidur sahaja. Sebab anak yang ni lemah semangat, kalau pergi bercuti memang dia akan tidur disebelah saya. Manakala, suami tidur di katil sebelah dalam bilik yang sama.
Rutin sebelum tidur
Dah menjadi rutin kami sekeluarga sebelum tidur. Saya ajar anak-anak baca surah Al-Fatihah, Bismillah 5, dan 3 Qul. Kemudian tidur. Selain itu, saya akan calitkan sedikit minyak bidara pada anak-anak sebelum tidur.
Manakala, pada baby saya bacakan juga Bismillah 5 dan hembuskan di ubun dan telinga. Dengan niat baby tidur lena tanpa sebarang gangguan.
Detik cemas
Saya terjaga dari tidur ye korang! sebab terdengar bunyi . Telinga saya ni sensitif, peka dengan bunyi walaupun tengah tidur.
“Mesti bunyi alarm phone ni, dah masuk waktu subuh!” kata saya dalam hati.
Tiba-tiba saya teringat, bahawa smartphone dalam mode vibrate.
Ha, masa ni lah bunyi tu semakin jelas kedengaran sebaik saya cuba mengamati bunyi tersebut.
Dalam kepala, tiba-tiba dapat jawapan. Bunyi tersebut adalah piano. Ya. Orang bermain piano korang! Jam 1 pagi ada bunyi piano. Korang rasa apa?
Scene dalam cerita: Suzanna bermain piano
Terus saya teringatkan cerita seram dari Indonesia, iaitu Sundel Bolong. Ada satu scene dimana isterinya berubah menjadi sesuatu menyeramkan.
Berbalik kepada cerita saya, piano tu semakin kuat tau. Semasa kejadian, saya memang tak berani nak buka mata. Maklumlah, depan saya kalau buka mata nampak tandas. Haha. Manakala, di hujung kepala ada tingkap dan tepi katil pun ada tingkap naco tapi ditutupi dengan langsir yang berkain nipis. Ah, risau kalau ternampak bayang-bayang kat situ pula.
Dalam ketakutan
Dalam pada takut, dalam hati saya semakin kuat membaca tahlil yang diajarkan oleh arwah Suhaimi Saad. Tahlil tersebut berbunyi :
Lailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai-in qadir.
Maksud ayat : “Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.”
Entah macam mana, saya lupa makna tersebut. Mungkin ini jadi tak berkesan sekiranya dibaca. Sehinggalah saya tertidur.
Mimpi dalam mimpi
Dalam mimpi ke-2, saya baca pula lafaz zikir pendek . Yang ni saya ingat maksud ayat:
Lailahaillallah ( لا اله الا الله ) yang membawa maksud ‘Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah’ merupakan aqidah yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat tertinggi dan mulia.
Entah lah macam mana pula perginya, lafaz zikir dari mimpi saya keluar dari bibir dan suara saya jelas kuat dan bersemangat. Terus saya terjaga dari tidur. Bunyi piano sudah hilang. Anak perempuan saya terkejut sebab saya berzikir gitu. Rupanya dia, suami dan Yusuf 5 tahun terjaga sejak awal bunyi muzik piano.
Saya baca zikir tu sebab tak nak lalai dengan bunyi tersebut. Agak risau jika sesuatu yang buruk berlaku keatas kami yang dalam bilik.
Sebelum bunyi piano tamat, bunyi batu kecil dicampak pada tingkap Naco di hujung kepala katil kami.
Keesokan hari
Saya tanya anak-anak. Mereka ada beritahu bahawa ada bunyi muzik kuat dari luar. Yang paling seram, bila anak 5 tahun ( Yusuf ) kata ada suara gerakkan dia suruh dengar muzik. Dan, saya pun sedar Yusuf terbangun kemudian dia tidur semula selepas tengok saya dan kakak dan baby tidur lena.
Suami pun sama, dan adik saya di bilik berlainan pun sama seperti digerakkan oleh satu suara.
Lain-lain kejadian misteri di homestay :
1. Tilam yang kami tidur tu ada beberapa tompokan darah.
2. Adik bongsu terdengar suara perempuan menyanyi, tapi tak timbul butir ayat.
3. Di ruangan tamu ada gambar lukisan. Begitu juga tandas.
4. Anak adik yang berusia 3 tahun, bercakap dengan sesuatu di almari bilik sebelum tidur.
5. Bahu saya terasa berat pada malam ke-2. Tapi, saya tak syak apa benda menakutkan. Saya fikir mungkin penat dukung baby dalam carrier. Tapi tidak, selepas saya sapukan minyak bidara terus rasa lenguh tu hilang.
6. Malam ke-3, adik lenguh bahu ( selepas dengar bunyi suara perempuan menyanyi ) sama seperti saya rasa pada malam ke-2. Selepas disapu minyak, hilang sakit dan lenguh bahu dan atas belakang.
7. Bau busuk tandas. Tidak dinafikan, sekiranya ada bau busuk najis. Sila berhati-hati. Ini kali ke-2 berlaku kejadian seram yang dimulai dengan bau busuk najis. Korang cuba search, ada ustaz pesan juga macam tu. Busuk najis tu ada benda dah tanda tempat dia.
8. Malam pertama di homestay, baby minum susu botol sedikit. Separuh susu dah tak habis. Yang saya perasan, sewaktu saya susukan. Dia seakan ketakutan dengan saya. Sudahnya, saya tak meneruskan susu. Fikir mungkin baby dah kekenyangan. Masa ni, bahu saya lenguh. Teramat letih, dan saya sapukan minyak bidara sebelum tidur.
Sebagai penyewa homestay, sepatutnya kami buka langkah awal dari situ. Tapi itulah, malas nak cari homestay lain dah. Yang tak bestnya, homestay blackout pada jam 10.50 pagi hari terakhir. Chat owner homestay, tak dibalas. Call pun tak berjawab. Apa yang kami fikirkan, owner homestay tutup elektrik iaitu cara halus halau penyewa homestay. Dah kami bersangka-sangka. Jam 4.24 petang, owner respon whatsapp katanya fius terbakar.
Duit baki homestay, laju pula dia minta masa tu saya tak sampai lagi di Homestay. Tanya kami dah masuk ke homestay dan hantar QR scan.
Kesimpulannya :
Kat mana-mana pun boleh berlaku kejadian misteri dan seram. Ia sekadar ujian kecil dari Allah. Di dunia bukan manusia sahaja yang menumpang. Dengan ujian begini, mengajar kami sekeluarga banyak perkara. Terutamanya keberanian dan ilmu allah perlu ada sewaktu menghadapi kejadian misteri.
Tengok di Youtube , scene dalam cerita main piano .
The post Scene dalam Cerita Suzanna berlaku secara Real first appeared on Ghostwriter Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/scene-dalam-cerita-suzanna-berlaku-secara-real/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=scene-dalam-cerita-suzanna-berlaku-secara-real