Finger Sandwich Egg Mayo



Saya sangat sedih mendapat perkhabaran anak saudara kesayangan saya sedang sakit dan mendapat rawatan di hospital. Sama sama doakan agar anak saudara saya diberikan kesembuhan seperti sedia kala ya. Aamiin. Saya boleh rasakan kebimbangan dan kesedihan kakak saya bila mendapat perkhabaran ini. Semoga kakak saya dan keluarganya kekal tabah.
Teringat rakan sepejabat dulu, seorang yang sangat aktif dengan pelbagai kegiatan sukan. Bila dia datang jumpa saya satu hari di pejabat saya, dia memberitahu dia disahkan mengidap kanser usus. Katanya biasanya kanser untuk orang tak aktif tapi dia aktif, kanser usus untuk orang yang suka makan pedas, sedangkan dia tak makan pedas. Iytulah antara perbualan dengan dia yang saya ingat sehingga kini. Beliau pun telah lama meninggal dunia.
Entah kenapa tiba tiba terasa kematian atau kesakitan boleh datang bila bila masa sahaja. Kita hanya perlu berusaha untuk menjaga kesihatan, jaga pemakanan. Akhirnya jika ditakdirkan, kita perlu redha. Lagi pun kematian tidak mengenal tua muda, sihat atau sakit. 
Rasa sangat bersyukur kerana masih diberi ruang untuk bernafas lagi kerana hidup hanya sekali sahaja. Setiap orang akan menyesal selepas kematian samada orang baik atau orang jahat. Orang baik menyesal tak buat lebih banyak kebaikan dan orang jahat menyesal kerana tak buat kebaikan. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.



Saya memang suka makan sandwich, lagi lagi sandwich sardin atau tuna. Kalau tak ada dua ni, barulah sandwich telur. Sandwich telur ni yang paling mudah. Kalau ada telur, sekejap jer buat dah siap. 
Nak lagi sedap, boleh tambah chives. Chives ni bukan herba biasa di tempat kita, jadi kalau nak yang fresh memang susah sebab kita tak selalu guna dalam masakan.
Tapi di London ni, saya tanam pokok chives menggunakan benih yang diberi jiran sebelah rumah. Mereka memang suka menggunakan chives dan thyme dalam masakan. Setiap kali bertembung di balkoni, dia akan promote penggunaan herba ini dalam masakan. Saya biasanya guna chives dan thyme ni bila masak steak atau pasta sahaja. Tapi apa pun Egg Mayo ni lebih sedap dengan menggunakan daun chves. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…

Finger Sandwich Egg MayoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 biji telurSedikit garamSerbuk lada hitam secukup rasa2 sudu besar mayonis - ikut kuantiti disukaiDaun chives4 keping roti 
Cara cara:Rebus telur sehingga soft boil sahaja. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan telur yang telah dibasuh. Biarkan selama 8 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Kupas kulit.
Lenyek kan mengikut hancur yang disukai. 
Masukkan garam, serbuk lada hitam, mayonis dan kacau rata. 
Masukkan daun chives. Kacau rata. 

Sapu mentega pada roti dan letakkan adunan telur. Ratakan. Tutup dengan sekeping lagi roti yang disapu dengan mentega. 

Jika suka, simpan dalam peti ais seketika sehingga telur set untuk memudahkan dipotong roti dengan cantik. 

Potong roti keliling dan potong lagi kepada 3 atau 4 bahagian untuk menjadi finger sandwich. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/finger-sandwich-egg-mayo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Local Chicken Egg Production Exceeding Demand Says Govt

Local Chicken Egg Production Exceeding Demand Says Govt

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 767 hits
The agriculture and food security ministry says supply is both sufficient and stable The agriculture and food security ministry said surveys found that Grade A B and C egg supplies remain stable and available in supermarkets PETALING JAYA T...
Ultimate Beef Tenderloin Recipe Green Egg

Ultimate Beef Tenderloin Recipe Green Egg

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1010 hits
Unlock the secret to a truly unforgettable dish Our family s best kept secret for decades this beef tenderloin recipe green egg This isn t just another beef tenderloin recipe green egg it s a culinary journey that promises a flavor explosio...
Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Is Cooking With Ghee Healthy Or Unhealthy

How Businesses Can Stay Competitive


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selagi Ikatan Itu Sah

From Garage Experiment To Auction Block Bike Exif S Diesel Mini Bike

Postecoglou Tekad Pulih Reputasi Forest

Pageviews Blog Cecah 60 Juta Lebih Perjalanan Panjang Seorang Blogger

Monolog Khas Khamis 11 September 2025

Indah Delvia Sajalan Indak Satujuan Chord