Scammer Semakin Melampau Kini Memperdaya Orang Ramai Dengan Pelaburan Secepat 3 Jam Silalah Berhati Hati


 


LANGSUNG TIDAK MASUK AKAL apabila pelabur dijanjikan keuntungan 'luar biasa' 15 kali ganda hanya dalam tempoh masa tiga jam. Malah, sindiket sengaja membuat mangsa gelap mata apabila berkongsi beratus testimoni 'pelabur hantu' serta gambar timbunan wang dan emas setiap hari kononnya hasil pulangan keuntungan pelaburan dianjurkan.Itu antara taktik sindiket penipuan didalangi scammer Indonesia yang dikesan aktif memperdaya warga tempatan melalui aplikasi Telegram. 
Sindiket kononnya mengendalikan pelbagai platfrom pelaburan antarabangsa menggunakan pelbagai nama untuk menipu mangsa melalui kaedah 'pujuk dan labur'. Difahamkan sindiket berjaya memperdaya ribuan mangsa dengan menawarkan pelaburan tidak munasabah membabitkan keuntungan 15 kali ganda hanya dalam tempoh tiga hingga enam jam setiap hari.
Berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket penipuan ini menawarkan keuntungan tidak munasabah membabitkan pelbagai pakej pelaburan menggunakan pelbagai nama antaranya XM Tarades Capital, XMo Malaysia Berjaya, Smart Account, komuniti XM, Globel Protrade, C Trading, Trading Sukses, O Forex dan pelbagai nama lain.Pakar perunding kewangan, Burhan Mohd Wahab, 45, yang mendedahkan perkara itu berkata, modus operandi penipuan pelaburan melalui telegram ini sudah berlegar lama di negara jiran sebelum mula merebak ke negara ini.
"Biasanya mangsa dimasukkan secara automatik ke dalam kumpulan Telegram yang kononnya menawarkan pelaburan keuntungan harian."Terdapat pelbagai pakej pelaburan ditawarkan sindiket bermula dengan pakej basic (asas) serendah RM500 membabitkan keuntungan sebanyak RM7,000 diikuti pelaburan RM1,000 dengan pulangan RM15,000 serta pelaburan RM1,500 dan dijanjikan keuntungan RM30,000."Pakej pelaburan silver (perak) pula membabitkan nilai pelaburan asas RM2,000 dan RM2,500 membabitkan keuntungan RM35,000 dan RM45,000," katanya.
Menurutnya, sindiket turut memperkenalkan pakej pelaburan gold (emas) membabitkan nilai pelaburan asas serendah RM3,000 dengan keuntungan lumayan mencecah RM55,000."Pakej pelaburan emas maksimum pula adalah RM10,000 dengan keuntungan menjangkau RM120,000. Memang jumlah tidak masuk akal kerana pelaburan ini didakwa pasti untung tanpa risiko kerugian.
"Penyangak saham tidak wujud ini cuma meyakinkan mangsa bahawa pelaburan dianjurkan itu dijamin selamat, patuh syariah, diuruskan secara profesional dan paling penting keuntungan dibayar dalam tempoh enam jam sahaja," katanya.Menurutnya, golongan 'buta saham' dan tiada pengetahuan berkaitan aktiviti pelaburan biasanya mangsa paling mudah ditipu sindiket ini."Saya pernah cuba dijerat sindiket ini, namun apabila mengajukan pelbagai pertanyaan berhubung ketulenan pelaburan itu, sindiket terus menendang keluar saya daripada kumpulan Telegram itu," katanya.
Sementara itu, seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Hamdan, 47, mendakwa kerugian RM2,000 selepas membuat pelaburan melalui pakej silver.Menurutnya, dia termakan 'hasutan' untuk melabur selepas pengendali telegram itu turut menghantar gambar 'bukti' puluhan slip transaksi wang keuntungan harian kepada pelabur."Gambar slip bank tempatan itu turut disertakan dengan video testimoni beberapa individu yang meluahkan rasa syukur atas keuntungan diperoleh mereka.
"Malah, terdapat ramai ahli kumpulan di dalam telegram itu saling menghantar mesej memuji dan keyakinan atas keuntungan diperoleh.
"Bermula dari situ, saya termakan 'umpan' dipasang apabila bertindak menghantar butiran peribadi kepada individu dikenali sebagai Alex yang mendakwa menguruskan pelaburan harian itu," katanya.Menurutnya, dia kemudian diarahkan memilih pakej pelaburan diinginkan dan memindahkan sejumlah wang mahu dilaburkan ke akaun bank diberikan.
"Namun saya terkejut apabila tiba-tiba 'ditendang' keluar daripada kumpulan telegram berkenaan. Malah 'admin' yang menguruskan pelaburan itu tidak dapat dihubungi."Apabila difikirkan semula, saya yakin semua ahli kumpulan dalam telegram itu adalah penjenayah sama yang menyamar 'beratus' watak untuk menjerat mangsa," katanya.


SC terima 47 aduan skim pelaburan haram sejak Januari
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima 47 aduan dan pertanyaan berhubung skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui aplikasi Telegram sejak Januari lalu.SC dalam satu kenyataannya semalam memaklumkan sindiket penipuan itu menawarkan peluang pelaburan tidak wujud serta menjanjikan pulangan menarik dan bebas risiko dalam jangka masa singkat.
"Skim ini biasanya menawarkan pulangan yang tidak realistik sehingga 1,000 peratus dalam masa 24 jam atau beberapa jam."Sindiket ini menggunakan pelbagai nama untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan," katanya.Menurutnya, sindiket itu juga boleh menyamar atau mengklon perantara pasaran modal berlesen menggunakan nama, logo, kelayakan, laman web dan butiran lain daripada entiti yang sah bagi mempromosikan skim haram itu.
"Mereka juga mewujudkan kumpulan awam di Telegram bagi mempromosikan pakej pelaburan yang kebiasaannya disertakan dengan testimoni palsu dan juga diiklankan sebagai patuh syariah."Pelabur yang berminat akan diminta untuk menghantar mesej terus kepada wakil untuk memulakan pelaburan dalam pelbagai pakej ditawarkan," katanya.
Katanya, pelabur juga sering diarahkan mendepositkan wang ke dalam akaun bank peribadi individu yang mendakwa mewakili entiti sah atau ke dalam akaun korporat tidak berkaitan."Bagi mendapatkan kepercayaan dan menarik mangsa untuk tidak curiga, pelaku akan mendakwa bahawa entiti mereka atau skim pelaburan terbabit sudah diluluskan oleh pihak berkuasa kewangan.
"Justeru, SC mengingatkan pelabur supaya sentiasa berhati-hati dalam menilai peluang pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan tinggi tidak realistik dengan risiko sedikit atau tiada," katanya.Kenyataan itu turut memaklumkan pelabur tidak seharusnya memindahkan wang ke dalam akaun bank peribadi seseorang jika diarahkan.
"Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur. Senarai itu mengandungi butiran laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu beroperasi tanpa kebenaran," katanya.


Kredit : Harian Metro
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/03/scammer-semakin-melampau-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produser Naruto Nggak Berminat Jual Nft Ingatkan Fans Untuk Berhati Hati

Produser Naruto Nggak Berminat Jual Nft Ingatkan Fans Untuk Berhati Hati

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 231 hits
Produser mengingatkan bahwa mereka tak pernah mengeluarkan NFT resmi untuk Naruto Jadi jangan mudah tertipu ya
Bekalan Air Di Kl Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 4 Pagi Esok

Bekalan Air Di Kl Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 4 Pagi Esok

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 164 hits
Gambar Hiasan SHAH ALAM Bekalan air di semua 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 pagi Sabtu kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri Beliau berkata bekalan...
Telefilem Kaligrafi Hati Di Tv2

Telefilem Kaligrafi Hati Di Tv2

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 251 hits
Saksikan telefilem Kaligrafi Hati yang akan bersiaran pada 29 Mac 2022 hari Selasa pada pukul 9 00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 dan secara online di Telefilem ini merupakan arahan Hashim Rejab terbitan K S Visions Sdn Bhd denga...
Prn Johor Hampir 40 Pengundi Selesai Sehingga Jam 2

Prn Johor Hampir 40 Pengundi Selesai Sehingga Jam 2

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 210 hits
Sebanyak 40 peratus pengundi di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam dua petang menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Bernama melaporkan pengundi mula beratur di pusat mengundi seawal 7 pagi tadi walaupun pengundian dibuka sec...
Hiburan Siap Lerai Dalam Tempoh 2 Jam Sahaja Proton Wira Viral Hilang Ditemui Dalam Keadaan Togel

Hiburan Siap Lerai Dalam Tempoh 2 Jam Sahaja Proton Wira Viral Hilang Ditemui Dalam Keadaan Togel

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 212 hits
Tular di media sosial Facebook semalam apabila seorang pemilik kenderaan jenis Proton Wira yang dilaporkan kehilangan keretanya itu telah ditemui semula dalam keadaan lerai dan togel Kejadian yang berlaku di PPR Batu Muda Jalan Ipoh itu men...
Kami Tak Mahu Anak Ini Lepas 5 Jam Lahir Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

Kami Tak Mahu Anak Ini Lepas 5 Jam Lahir Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 145 hits
Kehadiran anak dianggap sebagai pembawa rezeki Ada pasangan yang diuji dengan bertahun tahun kahwin masih belum dikurniakan cahaya mata Namun ada juga yang rezekinya sentiasa murah dengan kehadiran anak Seperti pengalaman seorang pegawai ke...
Pelajar Kolej Nak Langgan Pelacur 2 Jam Tak Kesampaian Rugi Rm10 000 Ditipu Sindiket Di Twitter

Pelajar Kolej Nak Langgan Pelacur 2 Jam Tak Kesampaian Rugi Rm10 000 Ditipu Sindiket Di Twitter

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 144 hits
Pelajar kolej nak langgan pelacur 2 jam tak kesampaian rugi RM10 000 ditipu sindiket di TwitterFoto hiasanHasrat seorang pelajar kolej untuk mendapatkan khidmat seks tidak kesampaian malah dia mengalami kerugian RM10 000 akibat ditipu sindi...
Hati Anda 20 Tahun Lebih Muda Dengan Meminum Jus Buah Istimewa Ini

Hati Anda 20 Tahun Lebih Muda Dengan Meminum Jus Buah Istimewa Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 174 hits
Sebelum ini kami ada kongsikan tentang petua tradisional menggunakan buah Asam Jawa untuk kecantikan Yang pasti kita kekal cantik dengan hanya menggunakan bahan asli tanpa bimbang tercemar dengan bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada ...
Mudahnya Membuat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury

Mudahnya Membuat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 170 hits
Sempena ketibaan Ramadan tahun ini Cadbury Diary Milk ingin mengajak seluruh Rakyat Malaysia menggunakan kertas lapik pembakar eksklusif mereka yang direka khas untuk memudahkan proses pembuatan kuih raya dari hatiuntuk bulan yang mulia ini...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco