Mudahnya Membuat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury
Sempena ketibaan Ramadan tahun ini, Cadbury Diary Milk ingin mengajak seluruh Rakyat Malaysia menggunakan kertas lapik pembakar eksklusif mereka yang direka khas untuk memudahkan proses pembuatan kuih raya dari hatiuntuk bulan yang mulia ini.
Cadbury ingin mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan keikhlasan dan kasih sayang kepada rakan taulan dan ahli keluarga dengan membuat Kuih Raya Dari Hati hasil air tangan kita sendiri menggunakan resipi Cadbury yang mudah dan lazat.
Membuat kuih raya sememangnya rumit bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Tambahan pula setiap bahan perlu disukat dengan tepat mengikut resipi, menggunakan gajet dan peralatan yang khusus bagi menghasilkan kuih raya yang sempurna. Sebab itulah, mereka yang jarang ke dapur akan teragak-agak untuk membuat kuih raya mereka sendiri, dan memilih jalan mudah membeli kuih raya yang sudah siap di pasar raya atau kedai dalam talian. Cadbury sememangnya memahami keadaan ini, dan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kertas lapik pembakar bersama-sama dengan resipi kuih raya mereka sempena Ramadan tahun ini.
Mulai 1 Mac hingga 31 Mei, kepingan bar 160g Cadbury Dairy Milk akan dibalut dengan kertas lapik pembakar yang terdiri daripada satu (1) resipi dan templat alat penyukat bahan membuat kuih raya. Kertas lapik pembakar yang dicetak dengan templat itu, turut dilengkapi dengan arahan cara membuat alat penyukat tersebut. Tambahan lagi, alat penyukat itu boleh menyukat dengan tepat bahan yang diperlukan bagi resipi yang disertakan! Dengan adanya resipi, arahan serta visual yang mudah difahami, proses membuat kuih raya akan jadi lebih mudah.
Terdapat lapan resipi yang disediakan untuk kempen raya tahun ini, di mana enam daripadanya boleh didapati di laman sesawang mikro kempen ini dan pada kertas lapik pembakar yang didatangkan dengan kepingan bar Cadbury Dairy Milk, manakala 2 resipi lagi hanya boleh didapati secara eksklusif dalam talian.
Resipi kuih raya yang disediakan ialah:
Biskut Keju CadburyKek Batik CadburyKek Keju Hangus Mini Basque Coklat CadburyTat Coklat CadburyKek Keju Coklat Cair CadburyPuding Coklat Cadbury*Biskut Fudge Coklat Cadbury**Dalam talian sahaja
Walaupun menggunakan perkakas dan alatan yang betul, kebanyakan kita mungkin akan berasa gentar semasa membuat kuih untuk kali pertama. April ini, Cadbury Dairy Milk akan berkolaborasi dengan Chef Selebriti Anis Nabilah untuk membimbing para hadirin dalam sesi strim langsung eksklusif Kuih Raya Dari Hati Cadbury. Bersama-sama dengan hos Azura Zainal, Chef Anis akan memberikan tip-tip serta petua bagi memudahkan lagi proses membuat kuih raya yang enak ini! Sesi strim langsung ini adalah percuma, dan untuk mendaftar sebagai hadirin hanya memerlukan tiga langkah mudah:
Imbas kod QR pada kertas lapik pembakar untuk memasuki laman sesawang mikro Raya 2022 Cadbury. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui pautan: https://ift.tt/djEogeqIsikan butiran dengan tepat pada borang pendaftaran strim langsung.Hadir pada sesi strim langsung eksklusif bersama-sama Chef Anis Nabilah serta hos Azura Zainal, dan bersedia untuk membuat kuih raya enak dengan Cadbury!Cadbury turut menawarkan peluang untuk merebut hadiah lumayan bernilai hingga RM20,000 dengan hanya mendaftar. Hadiah yang disediakan termasuklah sebuah peti sejuk berjenama premium, sebuah ketuhar elektrik, dan banyak lagi. Mereka yang mendaftar awal turut berpeluang untuk memenangi kit istimewa yang mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Raya Dari Hati ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk Cadbury Dairy Milk yang boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya hiper seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, sila kunjungi laman Facebook di https://ift.tt/wjxDhWN.
The post Mudahnya Membuat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/03/mudahnya-membuat-kuih-raya-dari-hati.html