Saya Tidak Sangka Husni Rendahkan Dirinya Sehingga Tahap Office Boy Najib


Kasthuri Jeevendran Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menyangka Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang pernah berjawatan Menteri Kewangan II sebelum ini menanggap dirinya (Husni) tidak lebih daripada budak pejabat atau ‘office boy’.

Malah anggapan Ahmad Husni terhadap dirinya sendiri sebagai ‘office boy’ itu disifatkan ‘komedi’ oleh Najib sebentar tadi ketika  perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan penyewelengan dana RM42 juta.

Najib yang ketika membacakan keterangan saksi bersumpahnya itu menyatakan, adalah tidak masuk akal sama sekali untuk Ahmad Husni meletakkan dirinya sehingga ke tahap ‘office boy’ sahaja.

“Tuduhan kononnya diperlakukan sebagai ‘office boy’ adalah komedi memandangkan tanda tangan beliau sebagai MOF2 menunjukkan sebaliknya.

“Adalah sangat tidak masuk akal sama sekali untuk MOF2 merendahkan diri sendiri ke tahap office boy yang kononnya mengikut arahan sedangkan beliau sendiri yang gagal menjalankan tanggungjawabnya.

“Walaupun saya percaya Datuk Husni mengakui ketika perbicaraan kes ini bahawa saya tidak pernah menggunakan apa-apa perkataan menghalang beliau menjalankan kerja selaku MOF2.

“Dan, saya tidak pernah beritahunya untuk tidak terlibat dengan SRC. Memang jelas dalam dokumen yang telah dikemukakan ketika perbicaraan, beliau telah meluluskan beberapa memo penting selaku MOF2,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sebelum ini ketika perbicaraan SRC International, Ahmad Husni yang menjadi saksi ke-55 mendakwa dirinya tidak lebih daripada ‘budak pejabat’ sahaja dan mendedahkan Najib telah memberikan amaran supaya beliau tidak sesekali mencampuri urusan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahupun SRC International.

Jelas Ahmad Husni ketika itu, beliau sekadar menurunkan tanda tangan ketika diperlukan dan jarang sekali mengetahui status sebenar syarikat-syarikat pelaburan tersebut.

Malah beliau mengakui dirinya telah dipaksa menandatangani dokumen RM2 bilion pelaburan itu tanpa mengetahui sebarang maklumat terperinci.

Najib juga sebentar tadi menafikan dirinya menyembunyikan pemindahan dana SRC kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) daripada Ahmad Husni

Beliau yang memberi keterangan dari kandang saksi berkata, apa yang dilakukan Ahmad Husni kepada mahkamah adalah implikasi D524 (Memo yang dikaitkan dengan pemindahan SRC International dari 1MDB) yang sengaja disembunyikan daripadanya.

“Saya boleh kata dengan yakin bahawa ia tidak disembunyikan dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menyembunyikan daripadanya.

“Ia bergantung kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk memberitahu dia terlebih dahulu mengikut protokol,” tegasnya.

Perbicaraan bersambung selepas berhenti untuk makan tengah hari. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/saya-tidak-sangka-husni-rendahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yoursay The Buck Should Stop With Najib Not Jho Low

Yoursay The Buck Should Stop With Najib Not Jho Low

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 383 hits
YOURSAY Najib s defence an insult to the intelligence of the rakyat Sarawak4Malaysian The perfect strategy blame someone in absentia and four other fictitious characters It would have worked except that there is now the rule of law in our n...
Tindakan Malaysiakini Jelas Subjudice Terhadap Kes Mahkamah Najib

Tindakan Malaysiakini Jelas Subjudice Terhadap Kes Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 370 hits
oleh Ab Jalil Backer Undang undang yang semakin kelam kabut Ketika pengguna media sosial yang mengkritik kerajaan berhadapan ancaman undang undang SKMM media pro kerajaan seperti Malaysiakini bebas melanggar undang undang negara Tindakan Ma...
Mahkamah Diberitahu Rm3 2 Bilion Masuk Ke Akaun Najib

Mahkamah Diberitahu Rm3 2 Bilion Masuk Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 467 hits
Sebanyak US 1 05 bilion daripada pihak Arab Saudi dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmBank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2011 hingga 2013 Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Menurut penyataan saksi Najib seb...
Sering Sebar Berita Palsu Najib Dinobat Juara Cybertrooper Bn

Sering Sebar Berita Palsu Najib Dinobat Juara Cybertrooper Bn

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 338 hits
Pada 5 Disember 2019oleh PentadbirAhli Parlimen Kluang Wong Shu Qi secara berseloroh menobatkan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai juara cybertrooper Barisan Nasional Kerana dia secara terang terangan mengeluarkan berita palsu tanpa ...
Dap Tak Mahu Kaki Putar Belit Macam Najib Razak

Dap Tak Mahu Kaki Putar Belit Macam Najib Razak

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 508 hits
Pada 5 Disember 2019 Mengulas lanjut Edry dalam pada itu turut sempat berseloroh apabila mengajak Najib untuk turut memohon kerja kosong yang ditawarkan DAP memandangkan beliau kini kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum lalu Sebe...
Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 336 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor Loading Justeru bekas Perdana M...
As Expected Najib Blames Jho Low Drags In Terengganu Sultan

As Expected Najib Blames Jho Low Drags In Terengganu Sultan

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 501 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak admitted in court today that he had known 1MDB linked businessperson Low Taek Jho and he believed that the man could ease Malaysia s investment dealings in the Middle East Testifying in the High Court...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies