Mahkamah Diberitahu Rm3 2 Bilion Masuk Ke Akaun Najib


Sebanyak US$1.05 bilion (RM3.2 bilion) daripada pihak Arab Saudi dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmBank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2011 hingga 2013, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Menurut penyataan saksi Najib, sebanyak US$99,999,976.00 (RM304,329,765.73) dikreditkan pada 2011; US$269,999,985.59 (RM831,919,489.84) pada 2012 dan US$680,999,976.00 (RM2,081,476,926) pada 2013.

Loading… Perkara ini timbul semasa Najib, 66, memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Ketika ditanya peguamnya Rahmat Hazlan sama ada beliau mengetahui secara tepat transaksi kredit akaun AmBank miliknya yang nombornya berakhir dengan 694 dari tahun 2011 hingga 2013, Najib menjawab: “Saya tidak tahu berkenaan butiran bagi setiap satu dan semua transaksi kredit ke akaun 694 pada ketika itu.”
Ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai jumlah wang yang diterima itu, Najib berkata beliau hanya mengetahui mengenai kesemua transaksi itu apabila keterangannya diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Najib, identiti penghantar wang tersebut semestinya diketahui oleh AmBank dan Bank Negara Malaysia yang turut menerima beberapa surat dari 2011 hingga 2013 sebagai dokumen sokongan yang menyatakan bahawa derma itu akan dibuat beberapa syarikat.
“Saya percaya ini adalah sebab mengapa tiada apa-apa yang mencurigakan dibangkitkan kepada saya pada masa itu,” katanya.
“Saya juga telah ditunjukkan beberapa surat yang dikatakan berasal daripada wakil sah Raja Abdullah yang menyatakan bahawa Raja Abdullah mengurniakan saya wang tersebut sebagai hadiah yang boleh digunakan atas budi bicara mutlak saya,” katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu menambah, pada dasarnya wang tersebut diberikan kerana baginda (Raja Abdullah) tidak mahu kesan buruk seperti Arab Spring merebak ke Malaysia.
Najib berkata surat asal tersebut tertinggal di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri.
Menjawab soalan Rahmat sekiranya beliau membelanjakan keseluruhan wang yang diterima dalam akaun banknya pada 2013, Najib berkata bahawa sehingga Julai 2013, beliau diberitahu terdapat sejumlah besar wang yang tinggal di dalam akaun yang berakhir dengan 694.
Najib berkata sejumlah RM2.02 bilion dikembalikan dan baki sekitar RM162 juta dipindahkan ke satu akaun baharu yang dibukanya pada Ogos 2013.
Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/mahkamah-diberitahu-rm3-2-bilion-masuk-ke-akaun-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 317 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor Loading Justeru bekas Perdana M...
Najib Mahu Kit Siang 2 Pihak Lagi Tunjuk Sebab Artikel Hina Mahkamah

Najib Mahu Kit Siang 2 Pihak Lagi Tunjuk Sebab Artikel Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 254 hits
Hidir Reduan Abdul Rashid Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan permohonan untuk penasihat DAP Lim Kit Siang sebuah portal berita dan wartawannya menunjukkan surat tunjuk sebab berkaan satu artikel di internet berkaitan kes SRC Inter...
Kes Saman Virnetx Ke Atas Apple Melibatkan Ganti Rugi Rm1 8 Bilion Kembali Ke Mahkamah

Kes Saman Virnetx Ke Atas Apple Melibatkan Ganti Rugi Rm1 8 Bilion Kembali Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 363 hits
VirnetX mengheret Apple ke mahkamah pada tahun 2010 kerana dikatakan menggunakan empat teknologi yang dipatenkan oleh mereka tanpa membayar lesen yang sewajarnya Semalam mahkamah rayuan menerima rayuan Apple ke atas bayaran ganti rugi berju...
Najib Src Trial Mahathir Has Documented Evidence To Prove Arab S Rm3 2b Political Donations

Najib Src Trial Mahathir Has Documented Evidence To Prove Arab S Rm3 2b Political Donations

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 318 hits
The RM3 2 billion deposited into Datuk Seri Najib Razak private accounts in multiple transactions between 2011 and 2013 were political funds donated by the Saudi Arabia kingdom The original documented evidence to prove the Arab political do...
Najib I Only Knew About Rm3 2bil In My Bank Account After Macc Took My Statement

Najib I Only Knew About Rm3 2bil In My Bank Account After Macc Took My Statement

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR Former prime minister Datuk Seri Najib Razak told the High Court that he found out some US 1 05bil had been wired into his personal bank account between 2011 and 2013 after his statement was taken by the Malaysian Anti Corrupti...
Tindakan Malaysiakini Jelas Subjudice Terhadap Kes Mahkamah Najib

Tindakan Malaysiakini Jelas Subjudice Terhadap Kes Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 349 hits
oleh Ab Jalil Backer Undang undang yang semakin kelam kabut Ketika pengguna media sosial yang mengkritik kerajaan berhadapan ancaman undang undang SKMM media pro kerajaan seperti Malaysiakini bebas melanggar undang undang negara Tindakan Ma...
Kenalan Rapat Najib Pulangkan Rm3 68 Juta 1mdb Kepada K Jaan

Kenalan Rapat Najib Pulangkan Rm3 68 Juta 1mdb Kepada K Jaan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 433 hits
Ahli Perniagaan Sarawak Tan Sri Bustari Yusof yang digambarkan sebagai kenalan rapat bekas perdana menteri Najib Razak telah memulangkan wang berjumlah RM3 683 117 94 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Develo...
Cara Lengkap Tukar Syiling Di Mesin Coin Deposit Sehingga Duit Masuk Akaun

Cara Lengkap Tukar Syiling Di Mesin Coin Deposit Sehingga Duit Masuk Akaun

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 1401 hits
Kalau keluar makan atau beli barang je balik rumah mesti banyak dapat baki duit syiling Lebih lebih lagi jika anda jenis main campak je duit syiling dalam beg Dompet kering ada banyak syiling tapi malas nak kira Senang je nak setel Jom Kita...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat