Saya Tidak Memusuhi Cina Tapi Sikap Ultra Kiasu Tidak Adil Kepada Melayu Itu Ditentang



TERAMAT sedih melihat apabila seorang menteri bertaraf negarawan tidak dapat membezakan antara perkara pokok dengan ranting. Atau lebih tepat lagi disebut sebagai fiqh awlawiyyat dengan maksud memahami keutamaan. Antara mana dia wajib, sunat, makruh dan haram.Sebagai ahli politik, menteri dan negarawan, sudah tentu perkara ini sudah menjadi mainan bibir. Namun, ia tidak berlaku. Sudahlah sebelum ini kenyataan demi kenyataan penuh kontroversi. Ini tidak termasuk lagi isu menayang ‘body’, terbaharu isu ketuanan Melayu disensasi. Apabila menjadi viral, maka berlakulah apa yang disebut sebagai defensif.Memanglah Melayu pada hari ini dilanda pelbagai masalah, seolah-olah Melayu tidak menjadi tuan lagi dalam negara sendiri. Tetapi itu bukan bermakna, kita menjadi celupar dengan berkata, ketuanan Melayu sudah berakhir. Fikir dulu sebelum berkata.Tidakkah kita sedar bahawa ‘ketuanan’ setiap bangsa yang menjadi majoriti di dunia sentiasa mengakar. Sebut sahaja negara apa, China, India, Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan sebagainya.Rantau ini asal-usulnya adalah kepunyaan orang Melayu. Sebab itu, seluruh dunia mengenali sebagai kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskritdi India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).Sudah menjadi lumrah, sesiapa yang menjadi tuan di sesebuah negara itu, bangsa, agama dan institusi monarki (jika ada) akan lindungi atau kadangkala dimaktubkan dalam Perlembagaan. Misalnya, imuniti raja dan agama Buddha di Thailand. Di Thailand, imuniti raja mengatasi segala-galanya atau lebih dikenali sebagai ‘lese-majeste laws’. Undang-undang ini masih digunakan di kalangan negara-negara di dunia ini yang mengamalkan pemerintahan beraja seperti Poland, begitu juga Netherlands dan Sepanyol.Sesiapa yang mengkritik atau menggugut raja Thailand akan dipenjara lebih 15 tahun tanpa dibicarakan. Undang-undang yang telah berusia lebih 100 tahun masih dipertahankan sehingga ke hari ini.Seorang aktivis politik Thailand, Daranee Charnchoengsilpakul pernah ditangkap dan dipenjara tanpa bicara pada Julai 2008 kerana mengkritik institusi raja Thai. Begitu juga dengan seorang rakyat Australia, Harry Nicolaides, pengarang dan pensyarah kolej, dipenjarakan pada 31 Ogos 2008 lalu, kerana mengkritik keluarga diraja Thailand dalam novel yang diterbitkan dalam tahun 2005 berhubung akaun perbelanjaan keluarga diraja Thai.Apakah kita tidak melihat bagaimana umat Islam dihina, dianiaya, dizalimi dan dibunuh saban hari kerana mereka tidak menjadi tuan lagi meskipun berada di tanah air sendiri.Sebab itu saya sarankan ahli politik bertaraf menteri ini, banyakkan membaca bagi menambah ilmu. Sekadar menjadi pendebat terbaik, itu bukan jaminan kita akan menteri, pentadbir dan ahli politik yang baik dan disegani.Konsep ketuanan Melayu merujuk kepada kepada Melayu sebagai tuan asal tanah ini. Melayu perlu diberikan hak yang sewajarnya. Inipun sudah termaktub dalam perlembagaan. Nampaknya, penjajah Inggeris lebih faham Melayu daripada kita sebagai rakyat MalaysiaSebab itu, nama-nama penjajah iaitu bekas-bekas pegawai Inggeris yang memahami Melayu seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O Windsted, Sir George Maxwell, Sir Cecil Clementi, Ronald Bradel dan lain-lain lagi, turut mengingatkan penjajah British yang berpusat di London supaya jangan memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, selepas Perang Dunia Kedua.Pegawai penjajah yang memahami orang Melayu menasihatkan, jika Malayan Union bertujuan untuk membalas dendam terhadap Melayu dengan menarik hak istimewa Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu, orang Melayu akan bangkit menentang.Nasihat ini tidak diendahkan Gabenor British berpusat di London, mereka bertegas melaksanakan agenda Malayan Union. Akhirnya, seluruh umat Melayu bangkit menentang Malayan Union sehingga Malayan Union terkubur dan seterusnya negara menuju kemerdekaan. Apakah menteri muda kita tidak belajar daripada sejarah ini? Naif sangat-sangat.Selaku orang Cina yang memahami sejarah biar saya jelaskan sekali, ketuanan Melayu hanya tinggal nama, sebenarnya tuan adalah orang lain. Hujah saya yang pertama, siapakah yang menguasai ekonomi dan tanah-tanah strategik di negara ini? Siapa yang menjadi taukeh? Siapakah yang menjadi pekerja (hamba). Melayu/bumiputera atau Cina. Lebih dahsyat, membaca iklan perjawatan, “untuk Cina sahaja” atau for Chinese only. Apa! Ini Republik Rakyat China ke?Kedua, dominasi bahasa Cina dan Sekolah Cina. Media elektronik dan cetak Cina semakin mengakar dengan bersemaraknya sekolah Cina yang bertambah saban tahun, melalui bantuan kerajaan sepenuhnya. Sedih mendengar, apabila ada pemimpin yang berkata, orang Melayu mesti belajar bahasa Cina kerana negara China akan bangkitkan sebagai kuasa ekonomi. Persoalannya, bagaimana pula Cina yang duduk di tanah air tercinta ini tidak perlu menfasihkan diri dengan bahasa Melayu. Kenapa kita begitu naif?Ketiga, lihat pula budaya mereka berkembang. Tulisan Cina dan budaya Cina dipamerkan di khalayak tanpa segan silu seolah-olah budaya bangsa mereka mengakar dan majoriti. Rata-rata kita lihat, terutama di kawasan majoriti Cina, kebanyakan maklumat seperti banner, bunting, risalah, bahasa pengantara dan lain-lain, semuanya dalam bahasa Cina yang langsung tidak difahami oleh orang Melayu. Semua ini dibenarkan, tanpa kawalan. Sebab itu, apabila tiba musim perayaan, Malaysia seperti negara China, negara India dan negara Kristian. Tenggelam habis identiti Melayu dan Islam.Keempat dan bukan yang terakhir, lambakan NGO-NGO mereka mengatasi NGO-NGO Melayu. Orang Cina sahaja ada lebih 9,000 mengatasi NGO-NGO bangsa lain termasuk Melayu. Ini tidak termasuk kebebasan menubuhkan persatuan di universiti awam dan awasta. Apabila ada sedikit sahaja hak mereka dicuit, lihat bagaimana mereka bangun dan bersatu. Tetapi kita masih buta.Jangan haraplah kelibat mereka memakai baju Melayu dan bersongkok meskipun berada di Parlimen dan majlis rasmi, berbanding dengan Melayu yang terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi Cina dan kurta. Rata-rata kita lihat, mereka lebih rela dan berbangga memakai tali leher dan blazer daripada berasimilasi dengan budaya Melayu.Peliknya, apabila Melayu mengangkat keris yang menjadi simbol dan identiti Melayu seperti yang pernah dilakukan oleh Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Husein ketika Perhimpunan Agong UMNO suatu ketika dahulu, setiap hari akhbar Cina memainkan isu betapa rasisnya Melayu. Pendek kata, apabila Melayu mengagungkan Melayu itu rasis. Apabila mereka lakukan, itu hak selaras dengan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Ketika cuti hari perayaan pula, jika kita cuti hari dua hari. Mereka pun dapat dua hari. Semua ini dilakukan ketika cuti sekolah. Ini tidak termasuk cuti-cuti yang lain. Desakan supaya Deepavali turut diberikan cuti dua hari sudah lama berkumandang. Punya baiklah Melayu tetapi mereka masih tidak puas hati.Pada hemat saya, sebenar isu ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan politik. Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu. Dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu bangsa yang mempunyai kelebihan atau keutamaan. Bila semua ini tiada, mudahlah untuk diranapkan.Apakah kita sudah lupa bagaimana, Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu) mendesak agar hak istimewa ini orang-orang Melayu dihapuskan pada tahun 1999?Belajarlah…ambillah pengajaran wahai pemimpin negaraku. Lihatlah negara lain bagaimana mereka membina negara bangsa. Contohilah Brunei dan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.Brunei mempunyai will power yang tinggi dalam membina negara. Apa jua perkara yang boleh mematikan ketuanan Melayu Islam di sana, segera diambil tindakan. Hak-hak bukan Melayu diberikan, tetapi dalam batas-batas tertentu, bukannya semuanya Malaysia Boleh!Demi Allah, saya tidak pernah memusuhi Cina atau bukan Islam yang lain, kerana saya datang daripada lubuk yang sama. Jangan sama sekali pula ada Melayu memusuhi mereka kerana membaca artikel ini. Manusia, apa jua bangsanya, mereka tetap makhluk Allah. Saya hanya mahukan yang berhak diberikan haknya. Manakala, yang tidak berhak, berpada-pada dalam menuntut hak. Jangan pula kita mendiskriminasikan.Saya hanya sangat benci kepada sikap ultra kiasu mereka yang tidak pernah puas dan sentiasa mahu memutarbelitkan sejarah.Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi CGBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/11/saya-tidak-memusuhi-cina-tapi-sikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punya Banyak Kenalan Memang Bagus Tapi Punya Sahabat Satu Atau Dua Itu Harus

Punya Banyak Kenalan Memang Bagus Tapi Punya Sahabat Satu Atau Dua Itu Harus

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 346 hits
Pokoknya jangan sampai kamu punya banyak kenalan atau teman tapi nggak ada yang benar benar bisa jadi sahabat yang dipercaya
Melayu Itu

Melayu Itu

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 443 hits
MELAYU ITUKarya Usman AwangMelayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut...
Jangan Tunduk Desakan Ultra Kiasu India

Jangan Tunduk Desakan Ultra Kiasu India

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 373 hits
30 Safar 1440H Khamis Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan Parti Hak Minoriti yang menegur Universiti Kebangsaan Malaysia kerana merancang menganjurkan forum mengenai Polemik Penghijrahan Masyarakat India ke Tana...
I Said Yes Raja Ilya Tapi Siapakah Jejaka Twg Dari Australia Itu

I Said Yes Raja Ilya Tapi Siapakah Jejaka Twg Dari Australia Itu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 673 hits
TEKA TEKI mengenai status percintaan Raja Ilya terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dia kini telahpun menjadi tunangan orang Raja IlyaBerita gembira itu didedahkan sendiri oleh Raja Ilya menerusi entri instagramnya kelmarin Raja Ilya ju...
Bangsa Melayu Mencanai Minda Membentuk Sikap

Bangsa Melayu Mencanai Minda Membentuk Sikap

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 455 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahi Rahmani RahimMUKADIMAHSegala puji milik Allah Subhanahu Wa Ta ala yang telah menentukan tugas dan tanggung jawab di kalangan makhluk Nya Ya Allah Tuhan yang menguasai semesta alam hamba M...
Tomok Dakwah Tapi Cara Penyampaian Itu Pu Amin

Tomok Dakwah Tapi Cara Penyampaian Itu Pu Amin

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 383 hits
PU Amin menegur tindakan Tomok yang berpakaian merupai wanita dalam video muzik terbaharu HALAMAN HIBURANTomok Ia bukan cara berdakwah Haram tetap haram PERSOALAN mengenai perkongsian foto Tomok berpakaian wanita pada Selasa lalu akhirnya t...
Djarot Soal Sontoloyo Pak Jokowi Itu Sabar Tapi Ya Bisa Marah Juga

Djarot Soal Sontoloyo Pak Jokowi Itu Sabar Tapi Ya Bisa Marah Juga

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 270 hits
Dia memberikan contoh bahwa seorang seperti Soekarno pun pernah kelepasan marah
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord