Saya Tiada Kuasa Pilih Calon Malah Kawan Kawan Dipancung Semasa Pru 15 Ismail Sabri


agendaily.com18/02/2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Selepas menjadi sasaran susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil menjawab selepas dipersalahkan pihak tertentu sebagai punca kekalahan tersebut.

Naib Presiden UMNO itu menjelaskan walaupun dipilih sebagai poster boy pada PRU-15 lalu, namun ia tidak bermakna beliau mempunyai kuasa sepenuhnya semasa memilih calon dan lebih malang lagi banyak calon yang sepatutnya menang disingkirkan.

“Poster boy dalam PRU-15 baru-baru ini hanyalah poster boy, poster boy sebagai poster… poster sahajalah.

“Tapi dari segi kuasa sebagai poster boy tidak ada… Sebagai contoh, memilih calon. Kalau saya nak jadi Perdana Menteri, ini bermaksud Ahli Parlimen itu sayalah pilih sepatutnya sebab yang menang itu akan bekerja dibawah saya… Saya akan lantik mereka jadi menteri,” katanya dalam satu video wawancara yang disiarkan dalam TikTok.

Jelas Ismail Sabri lagi, sudahlah tidak diberi kuasa untuk memilih calon dan ramai juga calon-calon yang juga merupakan rakan yang berada dalam pentadbirannya sebelum ini tidak dicalonkan semula dengan digantikan calon lain oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bukan sahaja saya tidak memilih calon, tetapi calon-calon saya, kawan-kawan saya kena pancung.

“Annuar Musa (Tan Sri Annuar Musa) kena pancung, Shahidan Kassim (Datuk Seri Shahidan Kassim) kena pancung, Tajuddin Rahman (Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman), YB Salim Jempol (Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif), Dr Adham Baba (Datuk Seri Dr Adham Baba), Halimah Sadique (Datuk Halimah Mohamed Sadique) diantara contoh calon kena pancung,” katanya lagi.

Untuk rekod, hampir semua Ahli Parlimen yang berada dalam Kabinet Ismail Sabri sebelum ini tidak dicalonkan semula dan digantikan muka baharu.

Menurut Ismail Sabri lagi, melihat kepada senario tersebut apabila banyak calon-calon yang rapat dengan beliau disingkirkan, ia jelas menunjukkan kuasa sebagai poster boy sama sekali tidak ada.

“Poster boy tapi menteri-menteri yang saya nak lantik yang ini bukan dikalangan saya, itu pun dah nampak jelas… Saya poster boy tapi tak ada kuasa sebagai poster boy,” katanya lagi.

Malah, manifesto yang dibentangkan oleh Zahid secara bersendirian semasa kempen PRU-15 lalu bukan dibuat oleh beliau walaupun diletak sebagai poster boy bagi UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Waktu manifesto diumumkan, saya tiada… Poster boy pun orang tak jelas, betul ke saya.

“Sebab itu dalam pilihan raya ada timbul kempen dimana-mana mengatakan ‘Undi BN, Zahid PM’… Undi BN, dapat Zahid sebagai PM dan waktu pilihan raya semua kempen seperti itu,” ujarnya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/saya-tiada-kuasa-pilih-calon-malah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 303 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 89SharesDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ya...
Bawa Reputasi Sebagai Perdana Menteri Bawah Kawalan Muhyiddin Sukarkan Ismail Sabri Untuk Bertanding

Bawa Reputasi Sebagai Perdana Menteri Bawah Kawalan Muhyiddin Sukarkan Ismail Sabri Untuk Bertanding

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 228 hits
Oleh Adam MalikSehingga hari ini mantan Perdana Menteri lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Seri Ismail Sabri masih belum umum sama ada akan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO atau tidak Mungkin DSIS masih memegang kartu nya rapat keda...
Ismail Sabri Kecam Zahid Hamidi

Ismail Sabri Kecam Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 150 hits
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob melemparkan kritikan pedas terhadap kepimpinan parti berhubung apa yang dikatakannya sebagai pilih kasih dalam cara mereka melayannya ketika dilantik sebagai perdana menteri selama 16 bulan sebelum Pil...
Ismail Sabri Moots Flexible Hajj Packages To Reduce Costs

Ismail Sabri Moots Flexible Hajj Packages To Reduce Costs

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 72 hits
PARLIAMENT Former prime minister Ismail Sabri Yaakob has urged Lembaga Tabung Haji to consider providing hajj pilgrims with options to shorten the duration of their journey and reduce overall subsidised costs The Bera MP said while Tabung H...
Ismail Sabri Terus Lantang Pengeluaran Kwsp

Ismail Sabri Terus Lantang Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus lantang menyuarakan isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Dewan Rakyat pada Rabu
How Different Will Pm Anwar S Budget 2023 Be Key Points From Ismail Sabri Govt S Spending Plans

How Different Will Pm Anwar S Budget 2023 Be Key Points From Ismail Sabri Govt S Spending Plans

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 387 hits
Anwar is expected to table Budget 2023 in Parliament today Bernama photo KUALA LUMPUR Analysts expect Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to table a fresh federal Budget today that would mainly aim to calm a public getting increasingly ...
Pengeluaran Kwsp Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pembenaran Ismail Sabri

Pengeluaran Kwsp Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pembenaran Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 211 hits
Pengeluaran KWSP Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pembenaran Ismail Sabri Makluman terkini isu semasa negara bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan kerajaan untuk mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlu...
Bila Pilih Calon Tak Buat Kerja

Bila Pilih Calon Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 82 hits
Terima kasih kepada penulis artikel ini yang membangkitkan soal Adun Puteri Wangsa Amira Aisya dari parti Muda Baca artikel penuh di https bit ly 3XR58Y9 Cuma ada sedikit kesilapan dalam artikel ini Puteri Wangsa adalah DUN bukan parlimen j...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin