Ismail Sabri Kecam Zahid Hamidi


 
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob melemparkan kritikan pedas terhadap kepimpinan parti berhubung apa yang dikatakannya sebagai pilih kasih dalam cara mereka melayannya ketika dilantik sebagai perdana menteri selama 16 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas.
Dalam sindiran tajam yang dipercayai ditujukan kepada Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Ismail membuat perbandingan terhadap perwakilan Umno dalam Kabinet yang dipimpinnya dengan yang ada sekarang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Beliau berkata semasa menerajui kerajaan campuran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan GPS, menteri daripada Umno membentuk hampir separuh daripada Kabinet walaupun hanya mempunyai 38 ahli Parlimen ketika itu. 
Sebaliknya, beliau berkata hanya enam slot Kabinet diberikan kepada Umno, termasuk timbalan perdana menteri, dalam kerajaan campuran sekarang.
“Dia kata inilah satu pencapaian yang besar kepada kita. Ada enam menteri Umno, termasuk satu timbalan perdana menteri. Sedangkan (di bawah) saya, 14 menteri Barisan Nasional (BN), termasuk perdana menteri.
“Dan hari ini, tak ada siapa kepimpinan Umno yang kritik kerajaan. Dulu saya dikritik begitu teruk. Tetapi hari ini, pemimpin parti lain disanjung begitu mulia.”
Beliau mempersoalkan sikap berdiam diri kepimpinan Umno walaupun kerajaan sedia ada melakukan sesuatu yang salah.
“Sekarang ini, dia punya lambung, kita tengoklah. Benda yang tak munasabah yang kadang-kadang dilakukan oleh kerajaan, dia orang (pemimpin Umno) yang mempertahankan.
“Saya menjangkakan saya yang dipertahankan, seperti kalau saya dikritik terlalu keras, mungkin mereka boleh jadi perisai kepada saya. Tetapi dulu, mereka yang turut sama untuk serang saya,” tambahnya.
Ismail mengenangkan bagaimana media digunakan oleh pemimpin Umno untuk menyerang rakan seperjuangan parti yang berkhidmat sebagai anggota Kabinet yang dipimpinnya.
“Saya ditekan oleh kepimpinan Umno sendiri, seperti saya bukan menteri Umno. Setiap apa yang berlaku, tekanan adalah terlalu kuat kepada saya.
“Saya boleh kata, kenapa tak gunakan saluran betul untuk beri arahan dan pandangan parti kepada saya, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi setiap bulan, beritahulah saya apa yang patut buat. Tak payahlah bantai saya dalam surat khabar. Di dalam media, secara terbuka (mereka) serang saya.”
Ismail dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos 2021 rentetan pembelotan yang dirancang oleh Zahid dan bekas pemimpin Najib Razak hingga memaksa perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin berundur. 
Beliau kemudiannya berjaya mengatasi Anwar, calon Pakatan Harapan (PH) untuk perdana menteri, selepas mendapat sokongan daripada majoriti ahli Parlimen termasuk kira-kira 50 daripada PN dan 18 daripada GPS.
Namun, beberapa bulan berikutnya menyaksikan Ismail mendapat tekanan hebat daripada pemimpin Umno, terutama daripada presiden parti Zahid dan timbalannya Mohamad Hasan, yang mahu beliau membubarkan Parlimen tanpa berlengah-lengah untuk memihak kepada apa yang mereka anggap sebagai kembalinya populariti BN.
Selepas berbulan-bulan ditentang, Ismail akhirnya tunduk kepada tekanan apabila membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 pada November tahun lepas, berakhir dengan beliau menjadi perdana menteri paling singkat.
Ismail menyertai beberapa pemimpin Umno lain dalam menentang rancangan Zahid untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Beliau juga antara pemimpin tertinggi Umno yang menentang tindakan Zahid baru-baru ini untuk membersihkan parti itu daripada beberapa pemimpin dan ahli yang berpendirian kritikal. 
Dalam wawancara yang sama dengan Utusan Malaysia, Ismail meramalkan kekalahan Umno akan berulang pada pilihan raya negeri akan datang di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Kita mungkin akan hadapi masalah yang sama, seperti di dalam PRU baru-baru ini, iaitu akhirnya ditolak oleh rakyat terutama golongan muda dan profesional kerana sikap (kita).
“Kalau dulu, waktu PRU, mereka tolak kita, tidak ada sebabnya mereka akan berubah pemikiran untuk tidak menolak kita pada PRN.”
Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2023/02/07/ismail-kritik-sikap-double-standard-kepimpinan-umno






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/ismail-sabri-kecam-zahid-hamidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 278 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 89SharesDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ya...
Keberanian Zahid Hamidi Yang Luar Biasa

Keberanian Zahid Hamidi Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 124 hits
Memecat pemimpin untuk mengekalkan kuasa atau atas apa alasan sekali pun adalah perkara biasa di mana mana saja di planet bumi ini Oleh itu tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memecat dan menggantung beberapa pemimpin yang tidak sebul...
I Ve Not Been Suspended Says Umno Veep Ismail Sabri

I Ve Not Been Suspended Says Umno Veep Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 200 hits
Ismail Sabri Yaakob had last week criticised the action taken against several prominent Umno members PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob has brushed off speculation that he has been suspended from Umno dismissing it as a mere rumour He said h...
Proses Pecat Gantung Oleh Umno Cacat Ismail Sabri

Proses Pecat Gantung Oleh Umno Cacat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 158 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2023 9 32 PMNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin parti itu semalam Menurut Ismail dia tidak bersetuju dengan keputusa...
Selain Kj Apakah Hishammuddin Ismail Sabri Dan Noh Omar Antara Turut Dipecat Malam Ini

Selain Kj Apakah Hishammuddin Ismail Sabri Dan Noh Omar Antara Turut Dipecat Malam Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 329 hits
Kenyataan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan akan berlaku pembersihan besar besaran dalam mesyuarat MT malam ini secara tidak langsung memperlihatkan bukan setakat Khairy Jamaluddin saja bakal berdepan tindakan pecat atau ga...
Make Your Business Standout

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Nota Perempuan Jomblo 4

Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Rahsia Buat Duit Dengan Template Canva

Interest Wells Fargo Savings