Saya Terkejut Bila Ia Bocor Kata Peguam Cara Negara Iii


MALAYSIA GAZETTE Jabatan Peguam Negara. foto HAZROL ZAINAL 
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan sentiasa patuh kepada segala arahan kerajaan selagi ia sah agar semua perbicaraan melibatkan SRC International Sdn Bhd, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes-kes lain membabitkan Kerajaan Kleptokrasi dijalankan mengikut tarikh ditetapkan mahkamah.

Peguam Cara Negara III, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria menjelaskan bahawa AGC adalah sebahagian daripada jentera kerajaan Persekutuan, dan dalam menjalankan peranan tersebut, jabatan itu menerima arahan daripada kerajaan.

“AGC akan sentiasa patuh kepada segala arahan kerajaan selagi ia sah dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang bertulis.

“Oleh itu, menjadi tugas saya selaku Peguam Cara Negara III yang bertanggungjawab terhadap pendakwaan untuk memaklumkan kepada semua timbalan pendakwa raya (DPP) terlibat berkenaan arahan kerajaan bagi memastikan kes-kes itu yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah,” katanya.

Mohamad Hanafiah mengulas tentang laporan media terhadap emel beliau kepada semua timbalan pendakwa raya, yang bocor serta tersebar dan menjadi perbualan umum baru-baru ini.

“Kini berlaku perbincangan awam mengenai kandungan emel saya berhubung pendakwaan kes-kes rasuah yang menunggu perbicaraan di mahkamah.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa arahan itu adalah urusan dalaman AGC. Saya terkejut bila ia bocor dan kini dalam pengetahuan awam sedangkan ia hanya dialamatkan kepada DPP yang mengendali perbicaraan SRC, 1MDB dan kes-kes lain melibatkan Kerajaan Kleptokrasi. Ia tidak dialamatkan kepada sesiapa di luar AGC,” katanya.

Mohamad Hanafiah berkata ini adalah konsisten dengan sub-seksyen 172B(4) Kanun Prosedur Jenayah yang menyebut bahawa sebarang perbicaraan mestilah dimulakan tidak lewat dari 90 hari dari tarikh tertuduh didakwa.

Selain itu, kata beliau, rakyat Malaysia begitu menunggu-nunggu perbicaraan kes-kes berkenaan untuk dimulakan.

“Demikian juga, Peguam Negara berpandangan bahawa kes-kes itu perlu disegerakan.

Oleh itu, emel saya adalah ingatan kepada DPP berkenaan bahawa kes-kes itu mestilah berjalan mengikut jadual dan tidak boleh berlaku kelewatan mengendali kes tersebut.

Dalam hal ini DPP mestilah sentiasa dan siap sedia sepenuhnya untuk mengendalikan perbicaraan kes mengikut tarikh dijadualkan.

Akhirnya, saya ingin menyatakan bahawa e-mel tersebut adalah juga satu arahan kepada DPP berkenaan bahawa sebarang permohonan bagi penangguhan akan ditentang keras dan kami tidak akan setuju dengan sebarang permohonan untuk penangguhan.

Bagaimanapun, kami ambil maklum bahawa keputusan muktamad berkaitan perjalanan sesuatu kes tersebut akan hanya ditentukan oleh hakim perbicaraan, kata beliau.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/saya-terkejut-bila-ia-bocor-kata-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

Komen Peguam Negara Terhadap Bekas Anggota Spr Tidak Hormat Tribunal Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 236 hits
V AnbalaganFMTFebruary 1 2019 Peguam Negara Tommy Thomas ditempelak berhubung kenyataannya nbsp terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR yang disiasat kerana dakwaan salah laku PETALING JAYA Seorang peguam mempersoalkan peguam negara berhubung keny...
Sprm Tai Chi Masalah Rm90 Juta Kepada Peguam Negara

Sprm Tai Chi Masalah Rm90 Juta Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 308 hits
Mengikut SPRM setakat ini tidak ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini dan dipercayai ianya hanya tuduhan palsu yang dirancang oleh Clare dan Ambiga Penyata bank pun tidak wujud yang boleh menunjukkan RM90 juta dikeluarkan dari 1MDB dan...
Imej Ds Najib Razak Tetap Sudah Terjejas Walaupun 3 Kes Ditarik Balik Pejabat Peguam Negara

Imej Ds Najib Razak Tetap Sudah Terjejas Walaupun 3 Kes Ditarik Balik Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 487 hits
Zaman sekarang ni memang macam macam alasan pelik kita akan dengar Ponteng kerja sehinggalah ke peringkat Peguam Negara ni Berhubung penarikan balik 3 pertuduhan terhadap DS Najib Razak ni ha Pejabat Peguam Negara gagal sediakan dokumentasi...
Dulu Kata Trx Membazir Kini Aset Negara Terbaik Kata Guan Eng Da Ma Cai Betul Lah

Dulu Kata Trx Membazir Kini Aset Negara Terbaik Kata Guan Eng Da Ma Cai Betul Lah

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 407 hits
Biar betul Guan Eng kata TRX antara aset negara yang terbaik Dulu saya ingat mereka kata projek TRX oleh 1MDB ini membazirkan bermasalah dan hanya satu lubang besar dalam tanah Kini jadi aset kebanggaan negara pulak Saya juga diberitahu bah...
Jabatan Peguam Negara Batalkan Pertuduhan Terhadap Siti Kasim

Jabatan Peguam Negara Batalkan Pertuduhan Terhadap Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 290 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 11 Februari 2019 5 39 PM SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan terhadap seorang p
Tangguh Bicara Jabatan Peguam Negara Tulis Surat Ke Mahkamah Rayuan

Tangguh Bicara Jabatan Peguam Negara Tulis Surat Ke Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 349 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 12 Februari 2019 12 19 PM KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta SRC In
Kata Prabowo Anggaran Bocor Surya Paloh Pertanyakan Faktanya

Kata Prabowo Anggaran Bocor Surya Paloh Pertanyakan Faktanya

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 239 hits
Calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto menyebutkan adanya kebocoran di anggaran negara sebesar 25 persen Namun pernyataan tersebut dipandang miring oleh Ketum NasDem Surya Paloh
Jawab Tantangan Jokowi Gerindra Beberkan Bukti Anggaran Negara Bocor

Jawab Tantangan Jokowi Gerindra Beberkan Bukti Anggaran Negara Bocor

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 257 hits
Presiden Jokowi menantang Capres Prabowo membuktikan kebocoran anggaran negara sebesar 25 persen Bahkan Jokowi meminta Prabowo tak asal bicara menyarankan agar informasi itu dilaporkan ke KPK
Prabowo 25 Persen Anggaran Negara Bocor

Prabowo 25 Persen Anggaran Negara Bocor

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 224 hits
Calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto kembali menyinggung adanya kebocoran anggaran negara Menurut Prabowo tiap tahunnya telah terjadi kebocoran sebanyak 25 persen dari total anggaran pemerintah
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi