Saya Tanam Sebab Takut Mak Ayah Marah Remaja Tanam Bayinya Yang Baru Lahir Sebelum Diselamatkan Oleh Anjing
The Reporter
Seekor anjing menjadi 'hero' selepas ia menyelamatkan seorang bayi yang dikubur hidup-hidup oleh ibu kandungnya, dalam kejadian yang berlaku di Korat, Thailand, pagi Rabu 15 Mei 2019.
Terdahulu, anjing bernama Ping Pong itu dilihat menggali tanah di tanah pertanian. Hairan melihat kelakuan anjing itu, pemiliknya, Usa Nisaika, 41, datang melihat apa yang digali oleh anjirnya itu.
Alangkah terkejutnya Usa apabila mendapati sekujur kaki kecil muncul dari dalam tanah yang digali oleh Ping Pong.
Tanpa berlengah, Usa terus menggali tanah itu sehingga mangsa berjaya dikeluarkan sepenuhnya sebelum dikejarkan ke hospital.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
Usa menganggap anjingnya yang tempang sebelah kaki akibat dilanggar kereta suatu ketika dulu, sebagai hero yang berjaya menyelamatkan anak kecil itu.
"Saya memelihara Ping Pong sejak dia lahir dan selama ini dia selalu menjadi anjing yang setia.
Masa dia kecil, ada sebuah kereta yang melanggarnya menyebabkan salah satu kaki belakangnya mengalami kecederaan dan lumpuh. Namun dia masih membantu saya menjaga ternakan.
"Semua orang di kampung menganggap dia sebagai hero kerana dia menyelamatkan nyawa seorang bayi lelaki," katanya.
Sementara itu, polis menyiasat kes tersebut tetapi mengalami sedikit kesukaran kerana tiada seorang pun penduduk di situ yang dapat memberi maklumat berhubung kejadian itu
Sehinggalah seorang individu tampil memaklumkan ada seorang remaja perempuan membeli pembalut luka dalam jumlah yang besar.
Berdasarkan maklumat tersebut, polis giat mengesan remaja berusia 15 tahun itu sebelum berjaya menahannya pada Khamis 16 Mei 2019 dan suspek mengaku telah melahirkan bayi berkenaan.
Menurut suspek, dia sengaja menanam bayi itu kerana mahu menyembunyikan kehamilannya, bimbang dimarahi oleh ibu bapa.
Bayi itu kini masih dibawah permantauan pihak hospital untuk rawatan lanjut. Tetapi ibu bapa suspek pula menawarkan diri mereka untuk menjaga mangsa.
Polis dan pihak berkuasa yang lain masih mempertimbangkan tawaran ibu bapa suspek demi keselamatan mangsa.
Sumber: Tribun News
May 18, 2019 at 03:04PM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2019/05/saya-tanam-sebab-takut-mak-ayah-marah.html