Saya Tak Pandai Melobi Serah Parti Tentukan Kata Ketua Pemuda Umno Tapah


 
Fahmi Ahmad Jakhisi (tengah, kemeja ungu dan bertopi) di samping Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia baru-baru ini.
PETALING JAYA: “Saya tak pandai melobi atau meminta-minta,” kata Ketua Pemuda Umno Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi, selepas namanya dilaporkan menjadi pilihan Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Ayer Kuning.
Bercakap kepada FMT, naib ketua Pemuda Umno Perak itu menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan Umno dan BN memilih calon terbaik, dan sebagai ahli jentera beliau berikrar memastikan kerusi tradisi parti itu kekal milik BN.
“Kami Pemuda Tapah hanya ikut keputusan parti, siapa calonnya kami tetap akan sokong dan agresif turun di lapangan kerana apa yang penting adalah memastikan BN menang (DUN Ayer Kuning),” katanya ketika ditanya mengenai potensi dirinya dipilih calon.
Awal hari ini, FMT melaporkan Fahmi antara pilihan BN sebagai calon PRK DUN Ayer Kuning, selepas Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh mendedahkan sayap itu sudah mengenal pasti calon berpotensi untuk diketengahkan bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
Sumber beritahu FMT, nama Fahmi mendapat restu kepimpinan BN Perak dan pusat.
Sehari sebelumnya, Ketua Amanah Perak Asmuni Awi berkata parti itu beri laluan kepada BN meletakkan calon mewakili kerajaan perpaduan.
 PH pasti bantu Umno
Mengulas jangkaan penganalisis bahawa Umno bakal berdepan cabaran membawa keluar pengundi Pakatan Harapan (PH) khususnya penyokong DAP, Fahmi percaya kerjasama erat antara parti dalam kerajaan perpaduan mampu mengatasi situasi itu.
“Dengan kerjasama kerajaan perpaduan, tak mungkin PH tak boleh bantu kita bawa pengundi mereka keluar. Jadi nak tak nak mereka kena bantu kita menang untuk kukuhkan kerajaan Perak,” katanya.
Untuk memastikan pengundi muda keluar mengundi, beliau berkata Pemuda Umno Tapah akan lebih agresif menggerakkan pengundi muda, selain memanfaatkan platform media sosial dalam kempennya.
“Budaya sekarang kita kena lebih fokus pada media sosial. Buat ceramah besar-besaran pun tak membantu sangat. Bukan nak kata tak membantu langsung, cuma (kesannya) ada tapi sedikit saja kerana generasi sekarang lebih tumpu pada media sosial,” jelasnya.
Bagaimanapun, cabaran yang paling dibimbangi Fahmi adalah sekiranya PRK diadakan pada bulan Syawal, kerana bimbang pengundi luar keberatan untuk pulang mengundi sekembali dari kampung halaman.
“Saya yakin pengundi Ayer Kuning akan keluar mengundi, cuma saya khuatir jika PRK diadakan dalam bulan raya… pengundi luar dah balik raya, takkan mereka nak balik lagi untuk mengundi.
“Kita akan cuba sebaik mungkin. Itu cabaran yang mungkin kita hadapi,” katanya.
PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan bagi mengisi kekosongan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, Sabtu lalu, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang.
Pada PRU15 2022, ketua Umno Tapah berusia 59 tahun itu menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/saya-tak-pandai-melobi-serah-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Parti Melayu Bukan Kebangsaan Exco Pemuda Bersatu Tegur Ketua

Bersatu Parti Melayu Bukan Kebangsaan Exco Pemuda Bersatu Tegur Ketua

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 149 hits
Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin mempersoalkan sama ada Hilman Idham masih terbawa bawa idealogi parti lamanya PETALING JAYA Seorang exco Pemuda Bersatu mempersoalkan kenyataan Ketuanya Hilman Idham yang mendakwa parti itu bukan parti Me...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 115 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Katanya Ketua Pemuda Penakut Nak Berdebat Depan Penyokong Handai Kemain Tak Kan Ajak Berdebat Tak Tahu

Katanya Ketua Pemuda Penakut Nak Berdebat Depan Penyokong Handai Kemain Tak Kan Ajak Berdebat Tak Tahu

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 160 hits
kata mungkin hanya layak berdialog dengan Hah ok la tu Sebab tu Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog Sebab bukan setakat Pemuda bahkan macam Masalah banjir hakisan laut negeri tiada pendapatan pemimpin PAS Nak bayar bonus pun Pasu bunga ...
Tunjuk Slip Rm10 Juta Masuk Akaun Akmal Cabar Pemuda Umno

Tunjuk Slip Rm10 Juta Masuk Akaun Akmal Cabar Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 137 hits
Ketua Penerangan Pemuda Umno Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata pihaknya tidak akan teragak agak mengambil tindakan undang undang jika tiada bukti kukuh dikemukakan terhadap dakwaan itu PETALING JAYA Pemuda Umno mencabar pihak mendakwa...
Pemilihan Pkr Bertanding Atau Tidak Anwar Biar Parti Tentukan

Pemilihan Pkr Bertanding Atau Tidak Anwar Biar Parti Tentukan

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 15 2025Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata terserah kepada parti itu untuk menentukan sama ada jawatan tertinggi parti itu serta timbalannya wajar dipertandingkan atau sebaliknya Ditemui media di Bestari Jaya ...
Akmal Pemuda Umno Bukan Penjilat Macam Nazri

Akmal Pemuda Umno Bukan Penjilat Macam Nazri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 207 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 23 2025 6 21 PMKetua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membalas kenyataan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz dengan menegaskan sayap parti itu bukanlah golongan pengampu Kami Pemuda bukan penji...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

Istirehatlah Daripada Cinta Yang Salah

Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je

Tema Maal Hijrah 2025 1447h Membangun Ummah Madani

Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy