Bersatu Parti Melayu Bukan Kebangsaan Exco Pemuda Bersatu Tegur Ketua


 
Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin mempersoalkan sama ada Hilman Idham masih terbawa-bawa idealogi parti lamanya.
PETALING JAYA: Seorang exco Pemuda Bersatu mempersoalkan kenyataan Ketuanya Hilman Idham yang mendakwa parti itu bukan parti Melayu dalam sebuah forum baru-baru ini.
Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin mendakwa kenyataan Hilman mengatakan Bersatu parti kebangsaan disifatkan jauh menyimpang dari tujuan asal penubuhan parti iaitu memperjuang nasib pribumi khususnya Melayu dan rumpunnya di kalangan anak Sabah serta Sarawak.
“Perkara ini terang lagi nyata dalam Perlembagaan Bersatu melalui Fasal 1 bercerita tentang namanya, Fasal 2 jelaskan takrif ‘Pribumi’ dan Fasal 6 pula berhubung matlamatnya.
“Maka, Bersatu secara jelas sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu dan kaum Pribumi/Bumiputera,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Hilman keliru dan terbawa-bawa ideologi dan perjuangan parti lamanya iaitu PKR, bukannya Bersatu.
Hilman pernah menjadi timbalan ketua Pemuda PKR sebelum keluar parti itu untuk menyertai Bersatu pada 2020.
Sementara itu, Hilman mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan perjuangan kebangsaan Bersatu yang didakwanya dinyatakan secara jelas dalam perlembagaannya.
“Apa yang saya maksudkan dalam forum itu telah saya syarahkan sebelum ini dalam ucapan dasar ketua Pemuda Bersatu semasa persidangan agung tahunan tahun lalu.
“Perjuangan Bersatu adalah sebuah perjuangan kebangsaan dan itu dimaktub dalam perlembagaan,” kata Adun Gombak Setia itu.
“Perkara itu merujuk kepada semangat perjuangan kaum pribumi yang tuntas berpegang kepada identiti dan jati diri selari dengan peredaran zaman hari ini.”
Hilman dipetik portal Suara Kebangsaan menyatakan Bersatu adalah sebuah parti kebangsaan yang boleh menaungi dan menepati semangat rakyat Malaysia ketika ini.
Beliau turut dilaporkan berkata Bersatu bukan parti Melayu tetapi kebangsaan, selari perlembagaannya membela seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/bersatu-parti-melayu-bukan-kebangsaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Pandai Melobi Serah Parti Tentukan Kata Ketua Pemuda Umno Tapah

Saya Tak Pandai Melobi Serah Parti Tentukan Kata Ketua Pemuda Umno Tapah

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 188 hits
Fahmi Ahmad Jakhisi di samping Adun Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia baru baru ini PETALING JAYA Saya tak pandai melobi atau meminta minta kata Ketua Pemuda Umno Tapah Fahmi Ahmad Jakhisi selepas namanya dilaporkan menjadi...
Jadi Exco Pilihan Ketua Menteri Jadi Adun Baru Pilihan Rakyat

Jadi Exco Pilihan Ketua Menteri Jadi Adun Baru Pilihan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 249 hits
Dah jadi pun tak reti reri lagi Ko jadi ADUN memang dipilih rakyat Tapi rakyat pilih ko sebagai ADUN je Jadi exco Mana ada dalam Malaysia pilihanraya exco Tak tahulah ko ke tak dapat jadi exco tu Tapi hakikatnya kalau nak jadi exco atas KM ...
Ketua Pemuda Pas Dakwa Umno Pahang Hanya Bakal Mengulangi Skrip Pilihan Raya Umum Ke 15

Ketua Pemuda Pas Dakwa Umno Pahang Hanya Bakal Mengulangi Skrip Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 2846 hits
KUANTAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan tindakan UMNO Pahang yang menyebarkan persepsi PAS dan Perikatan Nasional bakal kehilangan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke 16 ...
Dr Akmal Beri Amaran Kepada Ketua Pemuda Dap

Dr Akmal Beri Amaran Kepada Ketua Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 2903 hits
bharian com myOleh Februari 9 2025Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong KUALA LUMPUR Pemuda UMNO memberi amaran kepada Pemuda DAP supaya tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan orang Islam Ketua Pemuda UMNO Datu...
Pemilihan Bersatu Ketua Kota Melaka Nafi Komplot Gagalkan Sidang Cawangan

Pemilihan Bersatu Ketua Kota Melaka Nafi Komplot Gagalkan Sidang Cawangan

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 271 hits
Ketua Bersatu Kota Melaka Hishamuddin Abdul Karim kata mengeluarkan kenyataan terus kepada media adalah tidak bertanggungjawab di sebalik isu berkait persidangan cawangan PETALING JAYA Ketua Bersatu Kota Melaka yang baharu Hishamuddin Abdul...
Katanya Ketua Pemuda Penakut Nak Berdebat Depan Penyokong Handai Kemain Tak Kan Ajak Berdebat Tak Tahu

Katanya Ketua Pemuda Penakut Nak Berdebat Depan Penyokong Handai Kemain Tak Kan Ajak Berdebat Tak Tahu

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 38468 hits
kata mungkin hanya layak berdialog dengan Hah ok la tu Sebab tu Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog Sebab bukan setakat Pemuda bahkan macam Masalah banjir hakisan laut negeri tiada pendapatan pemimpin PAS Nak bayar bonus pun Pasu bunga ...
Lagi Ketua Bahagian Bersatu Tewas

Lagi Ketua Bahagian Bersatu Tewas

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 203 hits
lagi wakil rakyat Bersatu pemilihan ketua bahagian Apa dah jadi ni Ahli sendiri pun wakil rakyat mereka Kalah bukan sikit sikit pulak tu ni dapat sahaja Memang ditolak sepenuhnya la kiranya Dihina ahli sendiri Tak hairan kalau parti ni dija...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi

Oval House Jorgelina Tortorici Asociados Nicol S Lanza Argentina

Trump Threatens To Send Military To San Francisco

Will Madani Caning Students End School Violence

57 Evacuated As Flash Floods Hit Pontian