Saya Tak Hisap Dadah Saiful Apek


Pelakon komedi, Saiful Apek bersama empat rakannya termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka, tahun lalu.

Saiful atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka. Hanya Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis.

Mohamad Shafarul yang bekerja secara sambilan di syarikat milik Saiful, Gitu-Gitu Production turut mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.09 gram kanabis dan memiliki perkakas yang digunakan untuk menyediakan kanabis.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 306, Blok C, Pangsapuri Sunway Court, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam, hari yang sama. Dakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 10(2)(a) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Dengan pengakuan salah itu, Mohamad Shafarul dikenakan denda antara RM2,000 dan RM3,000 yang kesemuanya berjumlah RM7,500 atau penjara 10 bulan serta dua tahun pengawasan oleh pihak polis.

Sementara itu, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan Saiful dan tiga rakannya yang lain masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latif manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Fadly Hashim.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah kerana mengambil dadah bersama empat lagi rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja atau kanabis.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakan-rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pemadamwangsamaju.blogspot.com/2011/11/saya-tak-hisap-dadah-saiful-apek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 296 hits
Gambar ContohMELAKA 26 Okt Seorang ibu kepada dua anak antara tujuh ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan negeri bersama tujuh agensi lain di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian dan Simpang...
Telemovie Kampong Bharu Lakonan Saiful Apek Sabrina Ali

Telemovie Kampong Bharu Lakonan Saiful Apek Sabrina Ali

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 601 hits
Tonton telefilem Kampong Bharu arahan Aziz M Osman pada Isnin 1 November jam 9 malam di TV2 JUDUL KAMPONG BHARUWAKTU SIARAN Isnin 1 November 2021 9 00 malam RANGKAIAN TV2 PENGARAH Aziz M OsmanPRODUKSI CC Media 2020 Sdn BhdPELAKON Saiful Ape...
Saiful Apek Jadi Pemain Bola Sepak

Saiful Apek Jadi Pemain Bola Sepak

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 386 hits
Saiful Apek jadi pemain bola sepak Selepas tamat perlawanan bola sepak kebiasaanya akan diadakan satu sesi temu bual oleh pengulas sukan bersama jurulatih mahupun pemain itu sendiri ia bertujuan bagi mengulas kembali corak permainan yang di...
Kisah Ibu Menderita Anak Hisap Dadah

Kisah Ibu Menderita Anak Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 262 hits
KISAH minggu ini memang berlainan sekali ia tentang luahan hati seorang kakak juga ibu mengenai masalah adik dan anaknya yang terlibat dengan dadah Hanya mereka yang senasib boleh memahami masalah yang dipikulnya selama ini Itu cerita Salin...
Ibu Dan Anak Diberkas Polis Sedang Hisap Dadah Bersama

Ibu Dan Anak Diberkas Polis Sedang Hisap Dadah Bersama

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 357 hits
Apa hendak jadi dengan seorang ibu dan anak perempuannya yang ditahan sepasukan anggota polis dalam serbuan di Felda Palong 15 dekat sini 27 Mac lalu Sudahlah tidak tahu malu dengan perbuatan menagih dadah kehadiran mereka berdua di lokasi ...
Satu Keluarga Anak Beranak Ditahan Hisap Dadah

Satu Keluarga Anak Beranak Ditahan Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 216 hits
Gambar ContohTiga sekeluarga yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jenis heroin sejak beberapa ...
Penagih Lepas Gian Hisap Dadah Di Hotel Bajet

Penagih Lepas Gian Hisap Dadah Di Hotel Bajet

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 299 hits
MUAR 8 Mac Jika sebelum ini rumah kosong kebun dan kawasan semak menjadi tempat melepaskan gian lain pula dengan 13 penagih dadah di sini apabila menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini untuk menghisap dadah Dalam serbuan pukul 12 45 t...
Mp Dap Minta Pm Selamatkan Penyeludup Dadah Oku Dari Hukuman Mati

Mp Dap Minta Pm Selamatkan Penyeludup Dadah Oku Dari Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 271 hits
SUARA MERDEKA SEORANG Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto menuntut agar Perdana Menteri campur tangan dalam pelaksanaan hukuman mati terhadap warga negara Malaysia K Nagaethran di Singapura kerana mengedar dadah Ahli Parlimen Batu Kawan itu be...
Penghuni Pusat Pemulihan Dadah Maut Dipercayai Dipukul

Penghuni Pusat Pemulihan Dadah Maut Dipercayai Dipukul

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 240 hits
ALOR SETAR Seorang lelaki maut dipercayai dipukul di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Changlun dekat sini malam tadi Mangsa disahkan meninggal dunia kira kira jam 8 malam oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Jitra Ketua Polis Ke...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain