Saya Tak Bertanding Pada Pru 15 Tun M


SAYA TAK BERTANDING PADA PRU-15 – TUN M
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi dalam masa akan terus memerangi rasuah melalui Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
“Saya mahu sedikit masa lagi, tetapi saya fikir saya akan berkhidmat dalam jangka masa yang singkat.
“Tetapi saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-15,” katanya kepada Kyodo News dalam wawancara di pejabatnya, di Putrajaya seperti yang dilaporkan Nikkei Asian Review.
Dr Mahathir yang kini berusia 95 tahun memegang rekod sebagai Perdana Menteri tertua di dunia ketika beliau memegang jawatan itu untuk kali kedua selepas memimpin Pakatan Harapan (PH) dengan kemenangan yang tidak dijangka pada pilihan raya Mei 2018.
Beliau juga Perdana Menteri paling lama berkhidmat pada giliran pertamanya iaitu bermula tahun 1981 hingga 2003.
Bagaimanapun kali ini, Dr Mahathir memegang jawatan berkenaan dalam tempoh singkat iaitu kurang dua tahun sebelum meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu.
Dr Mahathir berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kaedah pentadbiran lama kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya mengamalkan rasuah.
“Selama tiga bulan selepas PN menjadi kerajaan, saya tidak membuat sebarang komen kerana ingin melihat prestasi mereka.
“Sayangnya, ia berubah menjadi rasuah, membeli sokongan untuk kerajaan tetapi masih mempunyai majoriti dua Ahli Parlimen,” katanya.
Ketika ini Muhyiddin mendapat sokongan 113 anggota Dewan Rakyat daripada 222 Ahli Parlimen. Beliau bagaimanapun digugat pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai penyokong yang cukup untuk mengambil alih kerajaan.
Anwar turut mendakwa hanya memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membentuk kerajaan baharu.
Dr Mahathir sebaliknya berpendapat Anwar mesti mengemukakan jumlah itu di Parlimen untuk mengesahkan beliau benar-benar mempunyai jumlahnya.
“Sama ada beliau mempunyai majoriti, mesti dibuktikan terlebih dahulu dan untuk membuktikannya, beliau mesti pergi ke Parlimen,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyokong musuh lamanya Anwar, Mahathir berkata anggota partinya, PEJUANG sudah menghubungi Anwar sebelum ini tetapi ditolak.
“Kami sudah banyak kali mengusulkan untuk bekerja dengannya tetapi ditolak. Oleh itu, kami harus memikirkan dengan teliti sama ada harus menyokongnya atau tidak.
“PEJUANG mempunyai prinsip yang sangat kuat, di antaranya adalah untuk menghapuskan rasuah di negara ini,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir maklum beliau tidak mempunyai banyak waktu lagi dan mengharapkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz akan meneruskan warisannya.
“Terserah kepadanya. Saya tidak akan menghalang. Ini tidak adil baginya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/saya-tak-bertanding-pada-pru-15-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Tidak Setuju Pru Mengejut Bimbang Covid 19 Merebak

Tun M Tidak Setuju Pru Mengejut Bimbang Covid 19 Merebak

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 356 hits
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan dalam waktu terdekat kerana wabak Covid 19 dalam negara belum pulih kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Ahli Parlimen Langkawi itu bimbang kos pilihan raya akan meningkat dan ramai rakyat ak...
Dr Mahathir Tidak Berhasrat Bertanding Pru Pada Usia 98 Tahun

Dr Mahathir Tidak Berhasrat Bertanding Pru Pada Usia 98 Tahun

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 318 hits
290 total views 290 views today LANGKAWI Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika i...
Tun Mahathir Gambarkan Bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim Seorang Lupa Diri Tak Kenang Budi

Tun Mahathir Gambarkan Bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim Seorang Lupa Diri Tak Kenang Budi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 537 hits
HARI INI Tun Dr Mahathir Mohamad menDEDAHkan sesuatu yang sudah lama kita ketahui mengenai BAKAL PERDANA MENTERI Anwar Ibrahim seorang yang lupa diri dan tak kenang jasa Berikut kenyataan yang dibuat oleh Tun hari ini A Tun M Saya atur peng...
Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid

Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 414 hits
Entah mengapa apabila saya terbaca dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mendapat majoriti bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan baru dan menunggu untuk menghadap DYMM SPB Yang di Pertuan Agong di masa te...
Saya Tak Akan Maafkan Najib Sampai Bila Bila Tun M

Saya Tak Akan Maafkan Najib Sampai Bila Bila Tun M

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 1454 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak sampai bila bila Menurut Mahathir pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh sungguh agar Najib boleh ...
Adakah Tun Akan Maafkan Najib Kenapa Buat Soalan Bodoh

Adakah Tun Akan Maafkan Najib Kenapa Buat Soalan Bodoh

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 453 hits
Najib bukan buat salah dan secara peribadi kepada Tun Apabila Najib dihukum secara sah kesalahan Najib adalah kepada rakyat parti bangsa ugama dan negara Mahkamah pun tidak memaafkannya Soalan itu kena tanya pada rakyat
Mesyuarat Keadilan Putuskan Tidak Sokong Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Ph

Mesyuarat Keadilan Putuskan Tidak Sokong Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Ph

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 482 hits
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Ahli Parlimen KEADILAN hari ni KEADILAN mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk ...
Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Drama Good Boys Go To Heaven

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Syukur Di Hujung Jalan Menghargai Perjalanan Hidup

Legenda Ironman Negara Razani Hussain Meninggal Dunia