Saya Tak Akan Hidup Sebegitu Luna F Kongsi Pandangan Isu Kesihatan Mental Sendiri
Lama kita tak dengar mengenai perkembangan kumpulan f(x) kan? Terbaru, seorang ahli kumpulan itu, Luna yang berkongsi mengenai kesihatan mental.
ARTIKEL BERKAITAN
Krystal f(x) Dipilih Jadi Duta Global Pertama Bagi Jenama 'Charles & Keith'
Pada tahun 2020, dia berkongsi bahawa dia menghidapi “Panic Disorder” selepas kehilangan dua orang sahabat karibnya. Dia turut tampil dalam satu rancangan hiburan siaran MBC, “Human Documentary People Is Good” untuk berkongsi mengenai kisah hidupnya.
Menerusi perkongsian terbaru Luna di akaun Instagramnya, Luna menggalakkan peminatnya untuk menyayanginya dan juga diri masing-masing. Dalam perkongsian itu, Luna berkata,
Apabila saya merasakan bahawa saya keseorangan kerana saya terlalu selesa untuk sentiasa ‘bersama’ dengan orang lain, saya sudah mula merasakan bahawa inilah masanya untuk saya berdiri untuk diri sendiri.
Dia berkata lagi,
Saya tidak boleh nak menulis semuanya ketika ini kerana sudah malam dan saya sedar terlalu banyak perkara dalam fikiran saya. Jadi, ini masanya untuk saya fokus pada diri sendiri. Saya sudah terlalu lama membiarkan diri saya dengan penyakit mental. Jadi, saya ingin menghadapi semuanya sendiri, saya boleh lakukannya.
Melihat kepada keadaannya sekarang, dia berkata
Saya dulu seorang yang sangat menyayangi diri dan saya sentiasa buat yang terbaik untuk mengenali diri sendiri. Semasa saya masih aktif sebagai idola, saya terlalu berkerja keras untuk dikenali orang ramai. Saya takkan hidup sebegitu lagi.
Bukan senang tau kita nak melawan dengan penyakit mental…
Semoga Luna terus kuat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-tak-akan-hidup-sebegitu-luna-fx-kongsi-pandangan-isu-kesihatan-mental-sendiri/