Saya Sedia Bekerjasama Dengan Najib Tapi Dia Mesti Kecam Skandal 1mdb


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 18, 2022 12:02 PM
ULASAN l Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Najib Razak demi kebaikan negara dan bukannya untuk sebahagian dari kekayaan 1MDB, tetapi dia sendiri pertamanya perlulah mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi
Dalam enam dekad kehidupan politik saya, saya sentiasa dipandu oleh pandangan bahawa personaliti seseorang itu tidak boleh dilihat sebagai suatu perkara yang sama ada hitam atau putih, sebaliknya dilihat sebagai pelbagai tona kelabu.

Tidak ada malaikat dalam kalangan manusia, tetapi salah juga untuk melihat sesiapa sekali pun sebagai sumber segala kejahatan.

Semua orang mempunyai naluri baik dan jahat, dan kita menilai seseorang itu berdasarkan sama ada naluri baiknya mampu mengatasi naluri jahatnya.

Semua orang mampu untuk berubah menjadi lebih baik.

Saya misalnya bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, demi kebaikan negara, bukan untuk mendapatkan sebahagian daripada kekayaan 1MDB, tetapi dia pertamanya perlulah mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi. Adakah Najib bersedia untuk berbuat sedemikian?

Pejabat Peguam Negara (AGC) telah mengesahkan yang ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho, telah cuba mencapai penyelesaian dengan pihak kerajaan untuk dakwaan terhadapnya yang berkaitan dengan 1MDB dengan menawarkan RM1.5 billion adalah bukti terakhir yang skandal 1MDB ini sememangnya wujud dan bukanlah cerita dongeng semata-mata.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah memberitahu Dewan Rakyat pada bulan Mac yang hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM32.3 billion dengan RM6.5 billion lagi dalam bentuk faedah pinjaman, sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, mengatakan baru-baru ini yang jumlah aset yang dilucuthak dan dikembalikan kepada kerajaan Malaysia pada tahun lepas adalah sejumlah RM5.1 billion, di mana 99.57 peratus daripadanya berkaitan dengan 1MDB.

Dalam situasi sebegini, tawaran RM1.5 billion Jho Low sebagai penyelesaian dakwaan 1MDB terhadapnya adalah tidak masuk akal, kerana jumlah ini hanyalah empat peratus daripada jumlah hutang dan faedah hutang 1MDB yang ditanggung kini perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Adakah Najib akan bertanggungjawab ke atas baki 96 peratus hutang dan faedah 1MDB ini?

Tetapi terdapat juga dua lagi persoalan berkepentingan awam: sama ada patut seorang bekas Peguam Negara untuk bertindak bagi pihak Jho Low sedang dia sepatutnya mendakwa Jho Low untuk kesalahan berkenaan 1MDB semasa menjadi Peguam Negara; dan sama ada patut untuk Peguam Negara sekarang berurusan dengan Jho Low dengan tawaran penyelesaian sekecil RM1.5 billion ini.

Selepas 65 tahun membina negara, kita telah gagal dengan Impian Malaysia kita untuk membina sebuah negara hebat bertaraf dunia, ditinggalkan di belakang Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, dan Vietnam, dan kini berkemungkinan besar ditinggalkan di belakang Indonesia dan China pula dalam dekad yang akan datang.

Di manakah silap kita?

Saya teringat mengenai apa yang saya katakan dalam minggu pertama selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018:

“Pilihan Raya Umum ke-14 pada hari Rabu, 9 Mei 2018 telah memberikan rakyat Malaysia peluang untuk menetapkan semula dasar dan hala tuju pembangunan negara.

“Enam puluh satu tahun yang lepas, semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dan 55 tahun yang lepas, semasa Malaysia dibentuk pada tahun 1963, kita telah memulakan perjalanan sebagai sebuah negara baharu, penuh dengan harapan dan keyakinan, berdedikasi dengan Proklamasi Merdeka 1957, yang kemudiannya diperkuatkan lagi dengan Proklamasi Malaysia enam tahun kemudian, bahawa negara kita akan ‘kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.’

“Kita berjanji kepada diri kita sendiri yang Malaysia akan menjadi ‘sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu’.

“Tetapi kita telah terpesong arah dan jatuh ke lubang hitam kleptokrasi dan kakistokrasi.

“Rakyat Malaysia perlu kembali kepada perkara asas, dan apakah cara yang lebih baik selain daripada kembali kepada dokumen asas seperti Perlembagaan Merdeka 1957, Perjanjian Malaysia 1963, dan Rukunegara 1970 untuk memenuhi Impian Malaysia untuk menjadi contoh kepada dunia bagaimana sebuah negara dengan kepelbagaian kaum, agama, bahasa, dan budaya boleh bersatu padu, hidup dalam harmoni, secara demokratik, progresif, dan makmur, dengan kerajaan yang berintegriti yang dipandu oleh prinsip tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab.”

Namun, usaha penetapan semula dasar dan hala tuju negara kepada Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara ini telah disabotaj hanya 22 bulan kemudian oleh konspirasi Langkah Sheraton.

Rakyat kecewa dengan ketidakupayaan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan untuk menetapkan semula dasar dan hala tuju negara memandangkan Pakatan Harapan mempunyai mandat untuk berbuat demikian selama lima tahun.

Cabarannya kini untuk rakyat Malaysia adalah sama ada kita semua dapat bersatu-padu untuk satu lagi peluang untuk menetapkan hala tuju dan dasar negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15, sama ada diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan.

LIM KIT SIANG ialah ahli parlimen DAP Iskandar Puteri. Tulisan ini adalah daripada ucapannya kepada para penyokong di sebuah dialog di Teater Impian, Kuala Lumpur pada Ahad, 17 Julai lalu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/saya-sedia-bekerjasama-dengan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Are Tears The Only Thing Pkr Can Offer

Are Tears The Only Thing Pkr Can Offer

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 607 hits
What we need to do is to appeal to the people and try to win again Rafizi RamliThe country is going down the crapper Inflation is a beast that reminds us that bangsa and agama mean very little to it Operatives of the deep Islamic state are ...
Betoi Dah Tu Mat Najib Memang Dah Sedia Dah Nak Ke Sg Buloh

Betoi Dah Tu Mat Najib Memang Dah Sedia Dah Nak Ke Sg Buloh

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 321 hits
Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara July 5 2022 Mohamad Hasan berkata kenyataannya berhubung kes rasuah Najib Razak dalam SRC International diambil di luar konteks PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan laporan...
I Can Work With Najib But He Must Condemn 1mdb Scandal

I Can Work With Najib But He Must Condemn 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 258 hits
The MACC has detained around 40 people as part of ongoing investigations code named Ops Hire which is believed to involve the Human Resources Ministry and the Social Security Organisation sources said It is unclear if any staff members have...
Tak Jadi Pm Sebab Anwar Tolak Korupsi 1mdb Tapi Kes Zeti Nazlan Dan Guan Eng Anwar Senyap Pula

Tak Jadi Pm Sebab Anwar Tolak Korupsi 1mdb Tapi Kes Zeti Nazlan Dan Guan Eng Anwar Senyap Pula

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 230 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Dengar sini Nak suruh saya berjaya dengan menjadi penjilat kepada perasuah pilih presiden lain Anwar IbrahimKenyataan diatas yang dibuat hadapan penyokong Parti Keadilan Rakyat sekadar retorik dan penyedap ucapan sahaj...
Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri

Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 174 hits
Dua hari lalu saya terbaca satu artikel di sebuah portal yang menulis tentang beban skandal 1MDB yang dikatakan akan terus menghantui Ismail Sabri Yaakob dalam usaha beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Antaranya disebut ba...
Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

Apa Kata Najib Jho Low Pernah Tawarkan Rm1 5b Untuk Selesaikan Pertuduhan 1mdb

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 185 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan pernah menawarkan RM1 5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya The Edge memetik sumber yang tidak dinamakan mengatakan bahawa kerajaan tel...
Ph Gila Serang Kerajaan Hari Hari Tapi Takut Tarik Balik Mou Kata Najib

Ph Gila Serang Kerajaan Hari Hari Tapi Takut Tarik Balik Mou Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 206 hits
Najib Razak berkata Pakatan Harapan tidak berani menarik sokongan terhadap memorandum persefahaman walaupun menyerang pentadbiran Ismail Sabri Yaakob setiap hari PETALING JAYA Najib Razak mempersoalkan keengganan Pakatan Harapan menarik bal...
Baki Komitmen Hutang 1mdb Rm32 08 Bilion Jasa Najib Yang Tidak Harus Dilupai

Baki Komitmen Hutang 1mdb Rm32 08 Bilion Jasa Najib Yang Tidak Harus Dilupai

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 303 hits
Jumlah baki komitmen hutang 1Malaysia Development Bhd adalah RM32 08 bilion setakat 30 Jun 2022 dengan andaian kadar tukaran wang asing AS 1 bersamaan dengan RM4 50 kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Beliau ber...
1mdb Court Rejects Stay Bid Against Return Of Najib Rosmah S Property

1mdb Court Rejects Stay Bid Against Return Of Najib Rosmah S Property

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 208 hits
The High Court here today dismissed an application by the prosecution to stay the execution of an order for the return of property seized from former Prime Minister Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor their sons and several other indiv...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner