Saya Sedar Hidup Saya Singkat Penghujung Kanser Adalah Mati Roslan Aziz




Roslan Aziz hari ini bukan lagi Roslan Aziz yang kita semua kenal semasa era kemasyhuran muzik Melayu sekitar awal 1990-an

Pada usia 60 tahun, individu yang pernah mencetus revolusi muzik tanah air itu diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah

Dalam tempoh yang sangat singkat, barah itu telah melepasi tahap empat – sesuatu yang tidak pernah terlintas akan berlaku padanya

Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan

Melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI)

Cadangan-cadangan rawatan susulan yang dicadangkan oleh doktor itu sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain di kotak fikirannya

Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk


“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” kata Roslan berkongsi cerita keadaannya kepada Awani dalam pertemuan di kediamannya di Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini

Kunjungan krew Awani adalah untuk menziarahinya selepas menerima khabar beliau sedang melalui fasa yang sukar akibat kanser

Memahami hasrat kami, Roslan membuka pintu rumahnya kepada saya bersama-sama rakan sekerja, Hafidah Samat, Madiha Abdullah serta jurukamera Airul untuk memberi peluang kepada kami mendasari ujian yang sedang dilaluinya

Sebelum ini juga, ramai kenalan Roslan dalam kalangan penggiat industri turut melawat dan memberi sokongan kepadanya

Antaranya ialah pelakon, penerbit dan pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Ida Nerina, pengurus acara, Dharanee serta rakan-rakan pemuzik yang pernah bekerjasama dengan Roslan

Kehadiran rakan-rakan dan kenalan kata Roslan, amat-amat dihargai kerana mengingatkan dirinya bahawa beliau masih dihargai dan disayangi

"Hilang rasa sakit bila kawan-kawan datang ke rumah untuk ziarah saya dan berborak. Saya amat hargai kehadiran mereka," Roslan merakam penghargaan buat mereka yang hadir memberi sokongan moral kepadanya

Tidak seperti orang yang sedang sakit apa lagi pengidap kanser tahap empat, Roslan sangat ceria, ramah bercerita dan sesekali bercanda

Secara zahirnya, penggerak label Roslan Aziz Production (RAP) yang pernah menaungi barisan artis Gred A seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin serta lain-lain pada awal 1990-an itu, tidak nampak sedang ‘berperang’ dengan kanser

Realitinya, beliau terpaksa menahan sakit dan harus melalui proses rawatan yang benar-benar mencabar termasuk secekak ubat yang perlu dimakan setiap hari selain rawatan kemoterapi yang bukan mudah untuk dilalui

Beliau juga sudah sering keluar masuk hospital bagi mendapatkan siri rawatan

Namun, di sebalik kesukaran-kesukaran itu, Roslan mengagumi kebesaran ALLAH menghadirkan hikmah yang besar

“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya
“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan... keluarga dan kawan sangat penting

"Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama... inilah hikmah yang saya tidak sedar ada di depan mata,” rancak Roslan bercerita

Bahkan, Roslan sepanjang perbualan itu juga bercerita penuh gembira mengenai empat cahaya matanya, Wan Nur Khaleda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz

“Mereka adalah pelengkap kehidupan dan kebahagiaan saya,” katanya

Tanpa berselindung, Roslan juga terbuka membicarakan soal kematian yang diakui beliau semakin dekat dengan setiap seorang daripada kita

Apa lagi berita kematian seorang demi seorang penggiat seni yang sampai ke telinga menyebabkan Roslan sudah bersedia untuk dijemput pulang oleh Yang Maha Esa

“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan

“Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” kata Roslan sambil merenung wajah isterinya, Sopphilea Hamid yang setia menemaninya sepanjang wawancara itu berlangsung

Dalam wawancara itu, Roslan tidak lekang-lekang menyatakan rasa terima kasih secara terbuka kepada wanita itu kerana setia mendampinginya di masa dia diuji dengan kesakitan

Kata Roslan, Sopphilea sudah terlalu banyak berkorban buatnya terutama pada saat-saat sukar seperti ini

“Saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekiranya Sopphilea tidak ada. Kami bukan sekadar suami isteri, bahkan, kami juga sahabat karib

"Dia satu-satunya kawan paling rapat dalam hidup saya. Kami tidak pernah berjauhan sejak kami berkahwin 23 lalu. Terima kasih saya pada Sopphilea,” ungkap Roslan

Sopphile yang tenang mendengar di sisi suaminya itu dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa sebak sambil menyeka air mata. 
Sumber; Awani
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2022/04/saya-sedar-hidup-saya-singkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moga Uncle Roslan Aziz Tabah Hadapi Ujian Ini

Moga Uncle Roslan Aziz Tabah Hadapi Ujian Ini

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 130 hits
Moga uncle Roslan Aziz tabah hadapi ujian ini Penyanyi Amira Othman terkejut apabila mengetahui penerbit dan komposer lagu terkenal Roslan Aziz 60 kini menghidap kanser limfoma tahap empat dan dimaklumkan doktor mempunyai tempoh enam bulan ...
Lirik Hidup Mati Denganmu Thomas Arya Elsa Pitaloka

Lirik Hidup Mati Denganmu Thomas Arya Elsa Pitaloka

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 260 hits
tulus ku serahkan kasih dan sayangsemua cinta hanya untukmu sorangtapi mengapa setelah akubenar benar mencintaimu dan kau pergi menjauhapa salahnya ku padamumaafkan aku yang tak mungkin bisasungguh ku tak mampu tuk menerimacinta sucimu tak ...
Kajian Bangkai Penguin Bagaimana Penguin Yang Telah Mati Mengurai Di Antartika

Kajian Bangkai Penguin Bagaimana Penguin Yang Telah Mati Mengurai Di Antartika

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 204 hits
Oleh Dr Heo Chong Chin Pakar Entomologi Forensik Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Bagi memahami bagaimana bangkai penguin mereput ketika cuaca ekstrem Antartika Dr Heo Chong Chin pakar entomologi forensik dari Fakulti Perubatan U...
Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 183 hits
Ahad baru baru ini saya ada berikan kursus dan latihan keusahawanan kepada anak anak muda di Melaka Kursus asas keusahawanan buat mereka yang baru berhasrat nak berkecimpung dalam dunia perniagaan Mungkin lebih tepat jika saya katakan merek...
Kebas Dan Mati Rasa

Kebas Dan Mati Rasa

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 257 hits
KEBAS DAN MATI RASA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Suntik untuk kebaskan Matikan sementara saraf dikawasan tersebut dan tertentu Bius Tak boleh sembarangan bius Sebab itulah adanya pakar bius Ter...
Lelaki Mati Pucuk Wanita Mati Putik

Lelaki Mati Pucuk Wanita Mati Putik

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 309 hits
Ramai wanita menjadi janda apabila bercerai dengan suami masing masing kerana mengalami masalah seksual iaitu mati putik yang semakin membarah dikalangan masyarakat jika tidak diubati Mati putik menjadi penyumbang utama kes perceraian keran...
Kes Langgar Mati 8 Mat Basikal Siapa Salah By Mariam Mokhtar

Kes Langgar Mati 8 Mat Basikal Siapa Salah By Mariam Mokhtar

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 169 hits
Some Malays are in denial over the 8 Mat Basikal deaths So who is to be blamed The car driver The feral kids The parents Society The police The teachers The unknown spectators who were urging the boys to race The illegal racing syndicates b...
Adakah Di Jangkiti Wabak Zombie Di Kira Mati Syahid

Adakah Di Jangkiti Wabak Zombie Di Kira Mati Syahid

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 181 hits
Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti Tak tahu samada niat dia benar bena...
Gagak Ketagih Rokok Dikhuatiri Mati

Gagak Ketagih Rokok Dikhuatiri Mati

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 469 hits
BURUNG gagak itu sering mengekori Catt apabila dia bekerja dan akan menyambar rokok tembakaunya ketika dia berehat untuk merokok Twitter IamCryptoCraig LONDON Seorang lelaki Britain yang berkawan dengan seekor gagak bimbang burung itu mati ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa