Kebas Dan Mati Rasa
KEBAS DAN MATI RASA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Suntik untuk kebaskan. Matikan sementara saraf dikawasan tersebut dan tertentu. Bius. Tak boleh sembarangan bius. Sebab itulah adanya pakar bius. Terlebih boleh bawa maut. Kurang pesakit tanggung kesakitan dalam sedar. Serahkan kepada yang pakar dan terlatih.
Mati rasa sementara dalam tempoh waktu tertentu yang dibolehkan. Kadang tak suntik pun boleh kebas. Kebas kaki duduk lama-lama. Meraung bila nak berjalan. Ada yang kata ada kaitannya dengan masalah saraf pada tubuh badan kita. Pun serahkan pada yang pakar untuk lakukan pemeriksaan dan memutuskan mengikut kemahiran dan ilmunya.
Sekarang semakin ramai yang kebas dan mati rasa, lebih-lebih bab mematuhi arahan. Hal ini berlaku. Semakin ramai yang melakukannya juga. Macam tak ada rasa bersalah. Ke memang tak rasa bersalah. Mati rasa. Ke mana perginya rasa. Rasa hormat dan menghargai. Sudah kebas ke hati. Allahu. ini masalah serius yang menular dalam masyarakat kita juga sebenarnya. Cuma kita perasan atau tidak sahaja keadaan ini.
Ada masanya untuk memahami sesuatu tidak perlu sijil, kerana kesedaran itu adalah pilihan diri sendiri. Pilihlah untuk tidak mati rasa. Tidak terus kebas, kerana orang lain berusaha merawat hati yang sedang rawan. Betapa sangat pentingnya celik mata hati dan warasnya fikiran ketika bertindak.
Jangan sampai awak kebas dan mati rasa buat orang lain susah akan hal tersebut. Dalam keadaan fizikal yang masih kuat dan cergas tetapi kebas dan mati rasa kemanusiaan, hilang empati dan simpati ianya adalah sangat-sangat tidak sihat.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Kebas Dan Mati Rasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/04/kebas-dan-mati-rasa.html