Saya Rasa Emosi Lee Seyoung Ulas Soal Wataknya Dalam The Red Sleeve
Pelakon popular kini Lee Se-young, baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Vogue Korea!
Pada awal sesi temu bual, Lee Se-young berborak mengenai drama hitnya “The Red Sleeve”. Dia menjelaskan soal wataknya dalam drama tersebut,
Ia benar-benar membuatkan saya berasa emosi. Apabila saya selesai penggambaran untuk sebuah drama, ramai orang bertanya kepada saya apa yang saya rasa watak saya akan lakukan sekarang. Watak saya, Seong Deok-im, mati dalam drama, jadi ia menghancurkan hati saya. Walau bagaimanapun, saya rasa Deok-im dan Yi-san (Lee Jun-ho 2PM) mengetahui perasaan masing-masing dengan baik, sehingga mereka akan baik-baik saja bersama.
Lee Se-young juga turut berkongsi tentang apa yang dia suka dengan wataknya sebagai Seong Deok-im. Katanya,
Deok-im ialah seorang wanita yang kuat semangat, yang berbangga dengan apa yang dia lakukan. Apabila dia bersumpah untuk melindungi Yi-san sehingga dia menjadi raja, dia terus menentang matlamatnya untuk hidup panjang. Saya fikir ini adalah tindakan yang sangat berani olehnya.
Setelah mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan penggambaran bagi drama “The Red Sleeve”, Lee Se-young juga bercakap tentang persahabatan yang dia jalin semasa penggambaran drama, khususnya persahabatan antara wanita mahkamah.
Saya pernah berfikir bahawa saya harus menyelesaikan masalah saya sendiri dan membantu orang lain dengan masalah mereka, tetapi saya menyedari bahawa tidak mengapa untuk bergantung pada orang lain kadang-kadang, dan saling membantu satu sama lain. Persahabatan menjadikan orang lebih kuat.
Bagi yang belum tahu, “The Red Sleeve” ialah drama sejarah kelima Lee Se-young. Ketika ditanya sama ada dia berpendapat bahawa genre ini sesuai dengannya, pelakon itu menjawab,
Saya memilih untuk menyertai drama yang saya suka. Saya tidak pernah memikirkan sama ada genre itu sesuai dengan saya atau tidak.
Pada akhir sesi temu bual, Lee Se-young ditanya tentang apakah yang membuat dia bahagia. Dia berkongsi,
Saya mempunyai standard yang rendah. Saya benar-benar menyedari bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang saya putuskan, dan saya boleh menjadi sama ada gembira atau tidak gembira mengikut piawaian saya sendiri. Saya tidak membandingkan diri saya dengan orang lain. Hidup saya adalah milik saya dan hidup awak adalah milik awak. Saya gembira selepas mandi dan makan sesuatu selepas bekerja.
Mesti ramai yang rindu nak tengok “The Red Sleeve” kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-rasa-emosi-lee-seyoung-ulas-soal-wataknya-dalam-the-red-sleeve/